20080813

Muktamar Pemuda PAS 'membuka tirai' malam ini

Azamin Amin | Foto Firdaus H
Wed | Aug 13, 08 | 11:30:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-54 di Ipoh akan dimulakan terlebih dahulu dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada jam 9 malam ini bertempat di Stadium Indera Mulia.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dijangka akan menyempurnakan majlis perasmiannya manakala perasmian muktamar Dewan Ulama di Dewan Bandaraya Ipoh dan Dewan Muslimat di Hotel Hillcity akan berlangsung keesokan pagi, 14 Ogos.

Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada Jumaat 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indera Mulia yang akan menyaksikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan Ucapan Dasarnya di pada hari tersebut.

Menurut wartawan Harakah English Section Muhammad Hamzah persiapan muktamar adalah di tahap yang terakhir dan berjalan lancar.

ImageKawasan sekitar stadium sibuk dengan para petugas memastikan koordinasi lori-lori yang mengangkut barang dan gerai-gerai yang baru dibuka malah Unit Amal sudah pun memulakan tugas mengawal selia keselamatan orang ramai yang akan hadir ke muktamar tersebut.

Semalam, telah berlangsung upacara raptai penuh Muktamar yang disaksikan sendiri oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, kata Hamzah.

Sementara itu Setiausaha Politik Mneteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir menjelaskan sedang bersiap sedia menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara.

"Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah dalam laman web PAS.

ImageDi samping itu laman web tersebut melaporkan terdapat program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos bermula jam 9.30 malam yang dijangka akan menarik minat golongan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.

Konsert tersebut bakal membariskan persembahan Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One di samping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.

Susulan keesokan 15 Ogos malam, Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dato� Dr Haron Din, Dato� Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin.

Manakala malam kemuncak 16 Ogos di mana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak akan menyaksikan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestin dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menyampaikan ucapan mereka._

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com