20080813

Pemuda PKR ragui syarat PAS di Pakatan selepas 16 Sept.

Oleh LEE YAN XIU

PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamamed Hafiz Mohamed Nordin hanya membawa persepsi dan pandangan peribadi beliau bukannya pendirian pemimpin tertinggi parti , kata Ketua Angkatan Muda Pas, Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Selesa lalu, Hafiz mengesahkan kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas akan tegas mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan parti dan mungkin akan berpisah daripada PKR jika Islam dipinggirkan selepas 16 September ini.

Menurut Hafiz, Pas selama ini tegas dengan pendiriannya yang menunjukkan bahawa mereka mempertahankan Islam sejak dahulu lagi.


“Komen daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (Mohamamed Hafiz Mohamed Nordin) bukan komen langsung daripada beliau (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang).


“Ini hanya persepsi dan pandangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dan saya yakin kenyataan itu dibuat di luar konteks.


“Komen yang tidak keluar dari mulut presiden Pas dan tidak mencerminkan pendapat keseluruhan pemimpin-pemimpin dalam banyak hal contohnya dalam urusan pentadbiran,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.


Shamsul meragui kesahihan berita tersebut kerana tidak diulas oleh Abdul Hadi sendiri.


“Kenyataan yang diberikan itu tidak menggambarkan keadaan yang sedang berlaku sekarang dan saya yakin ia bukan berita yang sahih kerana kenyataan itu bukan diulas oleh Datuk Seri (Abdul Hadi) sendiri,” kata Shamsul.


Menurut Shamsul, Abdul Hadi tidak mengeluarkan kenyataan bahawa parti Pas akan keluar daripada Pakatan Rakyat.


“Datuk Seri (Abdul Hadi) tidak sebut pun hendak keluar daripada Pakatan,” ujar beliau.


Apabila ditanya adakah perkara ini akan memberi kesan kepada parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PKR), beliau berkata: “Ia tidak memberi kesan besar.”

Di KOTA BAHARU, anggota Majlis Tertinggi PKR, Dr. Badrul Amin Bahron berkata, PKR berpendirian PAS wajar memberikan pendapat mereka termasuk memberi amaran untuk keluar daripada Pakatan Rakyat berdasarkan konsep dasar Islam yang diperjuangkan PAS selama ini.

Kata beliau, apa yang disuarakan beberapa pemimpin PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenainya baru-baru ini adalah tidak salah dan berpendapat ia bertepatan dengan dasar PAS.

"Secara peribadinya saya menghormati kenyataan itu kerana apa sahaja yang disuarakan oleh pemimpin PAS berpandukan kepada dasar perjuangan iaitu Islam," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Sambutan Hari Hudud hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi mengenai prinsip kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat pakatan kerjasama PKR, PAS, dan DAP, selepas 16 September ini.

PAS mahukan pentadbiran Islam dilaksana jika kerajaan pusat baru dibentuk.

Badrul Amin berkata, parti-parti lain termasuk DAP harus menghormati keputusan PAS itu dan sebarang perkara yang berbangkit berhubung kerjasama itu perlu dibincang di peringkat tertinggi. BERNAMA

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com