20080813

Permatang Pauh: Gobala yakin India beri undi

Mohd Sabri Said
Wed | Aug 13, 08 | 12:21:47 pm MYT

PERMATANG PAUH, 13 Ogos (Hrkh) - Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan yakin kaum India di Parlimen P44 Permatang Pauh akan memberi sepenuh sokongan pada calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari pengundian 26 Ogos nanti.

Ujarnya, masyarakat India telah bertekad akan mengotakan janji mereka sebagaimana yang telah dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-12 tempoh hari.

"Masyarakat India di Permatang Pauh telah berjanji pada saya akan membantu sekali gus mengundi calon Pakatan Rakyat. Biar jentera Barisan Nasional (BN) datang tapi mereka tetap bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Permatang Pauh yang diadakan di hadapan surau Taman Sutera semalam.

Menurut beliau, walaupun BN akan melakukan apa sahaja untuk menang di parlimen ini namun apa yang penting kecekalan pengundi di sini agar tidak tergugat dengan rekaan isu yang sengaja diatur.

Baginya, kewibawaan Dato' Seri Anwar di sini telah terserlah lama sewaktu menjadi Ahli Parlimen sejak 1982 lagi di mana banyak kemajuan telah diwujudkan.

"Rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah BN yang akan membawa isu perkauman dan kes liwat yang sedang dihadapi oleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Tapi, kena nilai dengan sepenuh hati," terang beliau.

Beliau mengatakan, kaum India selalu tertipu dengan kepimpinan MIC yang mendakwa akan menjagai kepentingan masyarakat India tetapi sebenarnya mereka adalah pencuri tanpa disedari.

Gobalakrisnan dalam ucapanya turut menyatakan kasihan kepada kepimpinan lain-lain parti berasaskan kaum India kerana senang diperbodohkan oleh Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu.

Rata-rata ahli parti tersebut katanya tidak merasai peluang merebut kewangan hasil sumber yang di perolehi kepimpinan dari MIC.

Mereka katanya akan membahagikan semua kekayaan antara mereka sahaja sedangkan ahli parti berasaskan kaum India lain terus berputih mata melihat lagak kepimpinan yang tidak bertanggung jawab. - mns_

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com