20080813

Olimpik: Malaysia didakwa hantar pegawai lebih daripada atlit

Mohd Sabri Said
Wed | Aug 13, 08 | 1:08:19 pm MYT

PERMATANG PAUH, 13 Ogos (Hrkh) - Kerajaan mesti memberikan jawapan segera kenapa menghantar pegawai sukan melebihi atlit ke Sukan Olimpik di Beijing, China yang sedang berlangsung dari 8 hingga 24 Ogos ini, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.

Beliau yang ditemui selepas berceramah di hadapan Surau Taman Sutera, Permatang Pauh semalam menegaskan, penghantaran pegawai yang terlalu ramai pastinya melibatkan wang rakyat yang banyak.

Menurutnya, PAS bukan menghalang penghantaran atlit ke Beijing kerana itu merupakan sukan terbesar yang menyaksikan ramai atlit dunia beraksi sekali gus boleh meningkatkan prestasi atlit Malaysia.

"Kerajaan mesti memberikan jawapan segera kenapa menghantar pegawai melebihi atlit yang menyertai sukan Olimpik di Beijing, China kerana terlalu ramai pegawai bukan boleh membantu atlit mencapai pingat sebaliknya merugikan," ujarnya.

Sudah memadai sekiranya seorang dua pegawai yang dihantar untuk seorang atlit demi mempastikan kesihatan atau prestasi mereka tidak menurun, katanya.

Tidak berbaloi katanya, berbanding negara lain Malaysia bertindak demikian sedangkan sampai hari ini Malaysia belum memperolehi sebarang pingat berbanding negara Asean yang lain termasuk Negara Togo yang berjaya meraih pinggat gangsa dalam acara kayak.

"Kita takut bila hantar terlalu banyak pegawai apapun tak dapat. Bila pulang nanti katok tudung botol kicap buat pingat emas, pingat perak kalung sana sini," ujarnya dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Permatang Pauh semalam.

Namun apapun PAS dan juga rakyat Malaysia berharap atlit negara mampu menyumbangkan pingat dalam kejohanan berpestrij itu.

Menyentuh mengenai penubuhan Majlis Ekonomi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, penubuhan itu sengaja dirangka untuk membuktikan Dato' Seri Abdullah seorang yang bijak merancang sektor ekonomi negara.

Banyak penubuhan majlis ekonomi seperti Majlis Ekonomi Inflasi yang akhirnya barangan kawalan tetap naik tinggi membuatkan rakyat gelisah dan marah.

Penubuhan majlis ekonomi sambung Haji Mahfuz, bermakna menghabiskan wang rakyat kerana ia tidak menunjukan sebarang peningkatan bahkan memberi kepuasan kepada individu yang dilantik menggangotai majlis berkenaan apabila mendapat peluang melancung ke sana ke mari.

"Bila tubuh Majlis Ekonomi seperti Gabem, Majlis Ekonomi Inflasi atau lainya, ia bukan bermatlamat menaikan tahap kedudukan bumiputra bahkan menguntungkan segelintir sahaja," jelasnya.

Jesteru, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti rakyat kena beri pengajaran kepada Barisan Nasional (BN) agar jangan sekali-kali bersikap angkuh sebaliknya bertindak dengan efesyen dan berwawasan supaya apa yang dirancangkan benar-benar memberi manafaat kepada keseluruhan rakyat.

Majlis yang dihadiri ribuan rakyat itu turut diisikan dengan penyerahan ahli baru PAS seramai 50 orang oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh, Aziz Che Ani kepada Haji Mahfuz.

Berceramah sama dalam program itu semalam ialah Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Negeri, Phee Boon Poh, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan, Ketua Penerangan KeADILan Bahagian Permatang Pauh, Hazri Abu Bakar dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Kelantan, Ustaz Nor Azarizal Mohd Alawi.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan. - mns_

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com