Topics in this digest:
1. Gobind sudah tahu siapa pembunuh Teoh ?
From: siti_salma442000
2. Lim Kit Siang dan Ronnie Liu 'mengaku' kebenaran t4tbh
From: siti_salma442000
3. Inkues Teoh : Gobind Singh Deo & DAP lindungi saksi
From: siti_salma442000
Messages
________________________________________________________________________
1. Gobind sudah tahu siapa pembunuh Teoh ?
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Fri Jul 31, 2009 11:31 pm ((PDT))
Oleh NTanwar, AIDCclub
Utusan Malaysia, 30 Julai melaporkan Gobind Singh Deo, peguam pemerhati
kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock berkata dua orang saksi yang
enggan memberikan sampel DNA pernah datang berjumpa dengannya.
"Saya hanya boleh membuat andaian kerana dua orang datang berjumpa saya
hari ini dan memberitahu bahawa mereka disuruh ke balai" kata Gobind
"Seorang daripada mereka adalah Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon
Hwa, tetapi seorang lagi saya tak kenal," katanya kepada pemberita
ketika ditemui selepas prosiding inkues mendiang Beng Hock di Mahkamah
Majistret, Shah Alam.
Menurut laporan Utusan Malaysia lagi, selain Tan Boon Wah (yang
diandaikan oleh Gobind), seorang lagi yang enggan memberikan sampel DNA
kepada polis ialah perunding sebuah syarikat pembinaan (WSK Services
bernama Lee Wye Wing).
Sama ada Gobind benar-benar tidak tahu, siapakah dua orang yang enggan
beri ujian DNA itu atau pura-pura tidak tahu, tetapi hakikatnya
kebanyakan aktivis DAP sudah tahu dan menamakan Tan Boon Hwa dan Lee Wye
Wing, sebagai orang yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis.
Kedua-dua itu pula merupakan aktivis DAP dan kedua-duanya pula adalah
kroni Ronnie Liu !
Tan Boon Hwa adalah aktivis DAP Sungai Long Kajang, seorang kontraktor
dan berdasarkan pengaruh Ronnie Liu sebagai Exco Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Selangor, beliau telah
melantik Tan Boon Hwa sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang. Klik di
sini
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/isu-teoh-ada-rahsia-dise\
mbunyikan-tan.html>
[http://1.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SnInMd-PgqI/AAAAAAAAE8A/4ZdHhYms1\
SY/s320/TanRonnie.jpg]
<http://1.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SnInMd-PgqI/AAAAAAAAE8A/4ZdHhYms1\
SY/s1600-h/TanRonnie.jpg>
Lee Wye Wing adalah aktivis DAP Serdang Aman, seorang kontraktor WSK
Services, satu syarikat kroni Ronnie Liu yang banyak mendapat
projek-projek daripada Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan
Penyelidikan Negeri Selangor. Dana disalurkan oleh Ronnie Liu atas nama
pembantu khasnya, Wong Chuan How (Ahli Majlis Tempatan Sepang) dan WSK
Services, seterusnya keuntungan projek itu sebanyak 5 % disalurkan
semula tabung DAP. Klik di sini
<http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/daps-corruption-modus-operandi-in.htm\
l> dan di sini
<http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/example-of-breakdown-in.html>
Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan penyelewengan Ronnie Liu dan WSK
Services ini diperolehi dalam notebook Teoh Beng Hock.
Teoh & Tiga saksi SPRM, 15 Julai
Teoh Beng Hock, Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing adalah tiga orang saksi
yang dipanggil SPRM pada 15 Julai lalu. Mereka disoalsiasat dalam bilik
berasingan dan pegawai SPRM yang berasingan.
Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdul, dalam
kenyataan medianya pada 16 Julai lalu :
"Teoh dipanggil ke SPRM Selangor pada pukul 5 petang (15 Julai) untuk
dirakam percakapannya bersama tiga lagi saksi (termasuk Tan Boon Hwa).
Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Teoh
kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi", katanya.
``Selepas itu Teoh juga turut dibenarkan balik oleh pegawai yang
merakam percakapannya tetapi dia minta untuk berehat dan tidur sebentar
di ruang tamu pejabat SPRM di tingkat 14 dan kali terakhir dia dilihat
di situ ialah pukul 6 pagi", katanya lagi. Klik di sini
<http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=utusan_malaysia\
&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive>
Berdasarkan laporan Pengarah Siasatan SPRM semua saksi dibenarkan pulang
selepas percakapan dirakam, kecuali Teoh yang habis lewat ada 3.45 pagi
memohon untuk tidur di bilik tetamu SPRM hingga jam 6 pagi.
Dikatakan selepas sesi soal siasat Teoh, pada jam 3.45 pagi, pegawai
SPRM menawarkan diri untuk menghantar Teoh ke rumahnya, tetapi Teoh
menolak dan memilih untuk berehat di bilik tetamu SPRM. Berdasarkan
interaksi antara pegawai SPRM dengan Teoh ini menunjukkan Teoh memberi
kerjasama sepenuhnya.
Sebaliknya Tan Boon Hwa yang merupakan salah seorang saksi, malam 15
Julai, apabila tamat sesi soal siasatnya, dia diminta SPRM untuk pulang
ke rumahnya, tetapi Tan enggan, malah turut memarahi pegawai-pegawai
SPRM kerana tidak membenarkannya 'bermalam' di SPRM. Klik di sini
<http://theunspinners.blogspot.com/2009/07/latest-tan-boon-wah-angry-whe\
n-macc.html>
Membaca dua perwatakan saksi ini, sudah jelas sikap mereka. Teoh memberi
kerjasama sepenuhnya kepada SPRM, sebab itu diberikan kebenaran untuk
berehat di bilik tetamu SPRM, manakala Tan pula tidak bekerjasama, malah
turut menunjukkan sikap panas barannya dengan memarahi pegawai SPRM,
apabila tidak diberi 'bermalam' di SPRM.
1. Mesti terdapat alasan kukuh, kenapa Tan tidak mahu pulang ke
rumahnya, meskipun siasatannya tamat lebih awal daripada Teoh ? Apa
alasannya ?
2. Di antara Teoh, Tan dan dua saksi lagi, siapakah saksi paling utama
SPRM ? Berdasarkan masa soal siasat, Teoh paling lewat tamat, 3.45 pagi,
sedangkan tiga orang yang lain, tamat selewat-lewatnya jam 1.00 hingga
2.00 pagi, bermakna Teoh merupakan saksi paling utama SPRM.
3. Siapa empat orang saksi yang disoal siasat malam 15 Julai itu ? Sudah
diketahui tiga daripada mereka; Teoh Beng Hock dan Tan Boon Hwa, Lee Wye
Wing
dan siapa seorang lagi ? Kalau diikutkan kenyataan inkues, semua saksi
telah memberi sampel DNA, kecuali Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing, kenapa
mereka tidak mahu bekerjasama ?
4. Keempat-empat mereka dipanggil SPRM menjadi saksi kepada
penyelewengan siapa ? Ean Yong Hian Wah (Exco Selangor, Jawatankuasa
Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor) atau Ronnie Liu
(exco Selangor yang memegang Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Kajian dan Penyelidikan) atau kedua-duanya sekali ?
Teoh saksi utama, rahsia besar dalam notebook
Zaini Hassan, Utusan Malaysia menulis dua rencana mengenai notebook
Teoh. Dalam tajuk "Apa ada dalam notebook Beng Hock?" (22 Julai),
penulis merumuskan Teoh mulai resah, setelah pegawai SPRM membuka
notebook milik saksi. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi 16
Julai. klik di sini
<http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0722&pub=Utusan_Mala\
ysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive>
[http://3.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SnIpeenBKjI/AAAAAAAAE8Q/OhU7TV9A9\
f4/s320/EanTeohSPRM.jpg]
<http://3.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SnIpeenBKjI/AAAAAAAAE8Q/OhU7TV9A9\
f4/s1600-h/EanTeohSPRM.jpg>
"Difahamkan Beng Hock, yang merupakan seorang pemuda yang bercakap
lembut dan kaki buku mulai gelisah apabila komputer ribanya mula dibuka.
Ia dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi. Tidak pasti apa ada dalam
komputer itu yang menyebabkan beliau terlalu gelisah. Tapi yang jelas
bahan-bahan dalam komputer itu amat penting untuk siasatan" tulisnya.
"Apa sekalipun, isi kandungan dokumen-dokumen yang ada dalam komputer
riba itu akan diteliti. Mungkin juga ada maklumat-maklumat penting yang
boleh membongkar satu demi satu lagi cerita. Kita tidak tahu apa ada
dalam komputer itu, tapi lazimnya sesuatu siasatan polis atau pihak
berkuasa lain akan menjurus kepada pelbagai elemen kejutan 'cari benda
lain akan terjumpa benda lain'", tulisnya lagi.
Wartawan Utusan Malaysia itu sekali lagi menyorot tajuk yang sama dalam
tulisannya pada 29 Julai. Tentu tajuk ini menarik minat penulis
hinggakan dia memberi fokus terhadap tajuk ini. Klik di sini
<http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0729&pub=Utusan_Mala\
ysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive>
" Kita masih lagi tertanya-tanya apa lagi ada dalam komputer riba Beng
Hock itu. Mungkinkah apa yang disiarkan oleh sebuah laman blog hantu
http://t4tbh.blogspot.com adalah sebahagian daripada isi kandungan
`rahsia besar' yang cuba disembunyikan itu?", tulisnya.
"Jika benar, kita pasti `rahsia besar' itu akan diperhalusi
sedikit demi sedikit. Kita mendengar pihak-pihak yang terbabit sudah
gabra mengenai hasil yang diperoleh itu"
"Membaca blog dalam Internet, satu komen yang dihantar amat menarik dan
boleh diperhalusi oleh para penyiasat. Komen itu bertanya:
Penyata-penyata kontrak dan invois yang diedarkan melalui blog hantu itu
adakah ia dibuat melalui cek? Kelazimannya urus niaga itu akan dibuat
melalui cek. Jika, ya, maka kerja para penyiasat akan lebih mudah.
Urusan transaksi melalui bank adalah telus. Walaupun ada pihak yang
menuduh semua itu adalah palsu, tapi transaksi bank tidak boleh tipu.
Kita tunggu lagi perkembangan seterusnya...", tulisnya lagi.
Blogger The Unspinners turut bersetuju dengan pendapat wartawan Utusan
Malaysia dengan menyimpulkan begini;
"Teoh kelihatan cool sepanjang soal siasat, seperti kata pengarah SPRM.
Tapi dia tak cerita keadaan Teoh apabila laptop dan dokumen dibuka
dihadapannya. Paras rupa Teoh pasti berubah menjadi panik dan cemas bila
soalan yang ditanya bertambah hampir dengan kebenaran. Biasalah orang
muda yang tak berpengalaman. Dia boleh merasa akan terjebak dan reaksi
segera adalah mahu menyelamatkan dirinya dahulu dengan berkerjasama.
Dengan tergesa-gesa dia tawarkan akan beri dokumen lain". Klik di sini
<http://theunspinners.blogspot.com/2009/07/mystery-teoh-bertukar-cemas-s\
emasa.html>
Jika diteliti dalam blog t4tbh kandungan artikel, bukti-bukti dokumen
kesemuanya menjurus kepada penyelewengan bosnya, Ean Yong dan Ronnie Liu
(kawan rapat bosnya). klik di sini
<http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/ean-yong-making-own-invoices-for-clai\
m.html> dan di sini
<http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/selected-documents-containing-list-of\
.html>
"Teoh Beng yang kini mendiang juga terlibat dalam skandal ini juga
tetapi setelah dipaksa oleh Ean Yong dan Ronnie Liu. Beliau tidak
menyukai apa yang berlaku. Untuk melindungi dirinya, Teoh membuat
salinan semua dokumen-dokumen palsu dan syarikat-syarikat yang
ditubuhkan oleh DAP. Dan Teoh, kemudiannya menyerahkan hard disk yang
mengandungi semua maklumat terperinci tersebut kepada seseorang yang
kemudian berazam untuk membongkarkan kegiatan rasuah oleh DAP di
Selangor" tulis blog itu. Klik di sini
<http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/daps-corruption-modus-operandi-in.htm\
l>
Jika dipadankan dengan senarai 4 saksi SPRM pula; Teoh - pembantu kepada
Ean Yong, banyak tahu tentang kegiatan penyelewengan bosnya kerana
posisinya sebagai Setiausaha Politik, tetapi dalam masa yang sama turut
menyimpan dokumen-dokumen Ronnie Liu yang merupakan kawan rapat kepada
Ean Yong.
Tidakkah berkemungkinan dalam melakukan penyelewengan projek, Ronnie Liu
sentiasa berpakat dengan Ean Yong, untuk mendapat naungannya sebagai
Pengerusi DAP Selangor ?
Kalau telahan ini benar, bermakna tidak hairan Teoh boleh menyimpan
semua dokumen penyelewengan Teoh, kerana Teoh dijadikan kambing hitam
untuk melakukan semua penyelewengan Ronnie dan Ean Yong.
Manakala dua saksi lain, Tan Boon Hwa dan Lee Wye Win dikenalpasti
sebagai kroni Ronnie Liu. Barangkali saksi ketiga yang belum terdedah
namanya lagi juga merupakan kroni Ronnie juga. Dari segi hiraki jawatan
Teoh berada dalam kedudukan paling atas, sebagai 'Setiausaha Politik',
berbanding dengan saksi lain, hanya ahli Majlis Perbandaran dan
kontraktor, bermakna mendiang merupakan saksi utama dan pengakuannya
akan memberi impak besar kepada masa depan Ronnie Liu dan Ean Yong.
[http://1.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SnIsyClkkqI/AAAAAAAAE8Y/ieVV7Hcgs\
gw/s320/TanBoonHwaRonnie1.jpg]
<http://1.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SnIsyClkkqI/AAAAAAAAE8Y/ieVV7Hcgs\
gw/s1600-h/TanBoonHwaRonnie1.jpg>
Apa agaknya tindakan yang dilakukan oleh Tan Boon Hwa yang terkenal
sebagai penyokong fanatik Ronnie, apabila mendapat tahu Teoh telah belot
dan sanggup menjadi saksi SPRM yang boleh menjejaskan masa depan Ronnie
Liu ?
Apakah Tan Boon Hwa ugut, marah, tengking atau melakukan kekasaran
kepada Teoh setelah mendapat tahu Teoh telah mengakui semua
penyelewengan Ronnie dan bersedia memberikan dokumen-dokumen tambahan
untuk menyokong penyelewengan bosnya itu ?
Benarkah wujud pakatan Tan Boon Hwa & Gobind Singh Deo ?
Gobind sendiri mengakui Tan Boon Hwa dan seorang lagi yang tidak
dikenali (Lee Wye Win) datang berjumpa dengannya, sebab itu dia dapat
mengagak dua orang yang tidak memberi sampel DNA itu adalah dua orang
yang pernah berjumpa dengannya.
Persoalannya, bilakah kedua-dua individu itu berjumpa dengan Gobind dan
apakah tujuan mereka? Adakah mereka ingin mendapat nasihat perundangan
untuk tidak mahu memberi sampel DNA ?
Dari cara keyakinan Gobind memeberitahu media bahawa dua orang yang
enggan memberi kerjasama DNA adalah orang yang pernah berjumpa
dengannya, membuktikan bahawa Gobind sebelum ini pernah memberi nasihat
dan melarang kedua-duanya bekerjasama dengan polis.
Blog t4tbh mengesahkan Gobind telah menasihati kedua saksi itu agar
tidak memberi sampel DNA kepada pihak polis. Persoalannya kenapa ? Klik
di sini
<http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/beng-hocks-suspected-murderers.html>
Persoalan yang lebih menarik, kenapakah dalam masa tidak sama seminggu
kematian mendiang, Gobind menggunakan firma guaman bapanya ( Tetuan
Karpal Singh & Co) membantu Tan Boon Hwa untuk memfailkan saman pemula
kepada SPRM di Mahkamah Tinggi pada 22 Julai dengan mendakwa SPRM telah
menahan serta menyoal siasat Tan Boon Hwa secara salah dari jam 8.45
malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai).
1. Sebelum memulakan fail saman, sebagai peguam profesional, adakah
Gobind tidak diberitahu oleh Tan Boon Hwa secara terperinci kejadian
yang berlaku pada malam 15 Julai dan 16 Julai ?
2. Inikah yang dimaksudkan oleh Gobind individu yang datang berjumpa
dengannya untuk meminta nasihat perundangan dan akhirnya terhasil
keputusan menyaman SPRM pada 22 Julai ?
3. Adakah benar tujuan saman pemula SPRM untuk melindungi Tan Boon Hwa
serta mengalih pandangan masyarakat dengan mengatakan Tan Boon Hwa
diperlakukan secara salah dari dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga
1.35 tengahari (16 Julai)
4. Bukankah meletakkan masa tarikh secara spesifik dari jam 8.45 malam
(15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai) mempunyai motif tersendiri
antara lain untuk melindungi Tan Boon Hwa bahawa dia tidak mempunyai
masa bersama dengan Teoh Beng Hock, kerana sepanjang masa itu sudah
tercatat dia tiada mempunyai kelapangan kerana disoalsiasat secara
'kejam' oleh SPRM.
Keraguan motif Gobind membantu tan Boon Hwa memfailkan saman pemula ini
berasaskan berasaskan beberapa sebab :
1. Tan Boon Hwa hanya memfailkan saman pemula, kesnya berfrofil rendah,
memakan masa antara lima hingga sepuluh tahun untuk diselesaikan. Kes
ini boleh ditarik oleh pengadu pada bila-bila masa.
2. Tan Boon Hwa tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut
sebagaimana kebiasaan saman yang pernah dilakukan sebaliknya meminta
mahkamah mengistiharkan satu deklarasi menghadkan kuasa siasatan SPRM
hanya di antara 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
3. Kenyataan masa dan tarikh seperti yang difailkan oleh pengadu [dari
jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai)] bertentangan
dengan kenyataan SPRM yang menyatakan siasatan ke atas saksi bermula
dari jam 8.30 (15 Julai - 2 pagi (16 Julai) dan selepas itu saksi
dibenarkan pulang untuk melaporkan diri pada 16 Julai dari jam 11 pagi
hingga 1.30 tengahari. Klik di sini
<http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=utusan_malaysia\
&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive>
4. Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Tan Boon
Hwa sendiri kepada Malaysiakini dengan mendakwa dia berjumpa dengan Teoh
pada 16 Julai, jam 6.00, dekat pantry dalam perjalanan ke tandas.
Bermakna Tan merupakan saksi terakhir yang berjumpa dengan Teoh selepas
didapati mati sekitar jam 8 - 9 pagi (16 Julai) seperti yang dilaporkan
oleh pihak polis. Klik di sini <http://www.malaysiakini.com/news/108710>
5. Maka di atas alasan di atas, tidak salah jika dikatakan saman pemula
ini dengan masa dan tarikh yang spesifik (walaupun bertentangan dengan
kenyataan SPRM) bertujuan untuk melindungi Tan Boon Hwa daripada
dianggap sebagai suspek membunuh mendiang Teoh.
Tambah mencurigakan Gobind merupakan individu pertama yang memaklumkan
kepada Malaysiakini Klik di sini
<http://www.malaysiakini.com/news/109480> [sehari sebelum inkues] bahawa
dia akan meminta penangguhan inkues sehingga dipersetujui dianjak ke
tarikh 5 Ogos. Klik di sini
<http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/29/mstar_berita/2009\
0729093020&sec=mstar_berita>
Lebih diragukan lagi kenapakah Gobind meminta semua dokumen berkaitan
dengan bedah siasat mendiang Teoh dan meminta ditangguh selama 10 hari
untuk meneliti satu persatu dokumen-dokumen itu ? Klik di sini
<http://www.malaysiakini.com/news/109487>
Ini merupakan sesuatu yang pelik, kerana sebelum ini DAP termasuk Gobind
meminta kerajaan mempercepatkan siasatan dan menuduh pegawai SPRM
terbabit dalam 'pembunuhan Teoh'.
Apakah ini juga ada kaitan dengan dua profail DNA yang tidak dikenali di
pakaian mendiang ? Klik di sini
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/milik-siapakah-dua-profi\
l-dna-di-kot.html> dan di sini
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/benarkah-tan-boon-hwa-ti\
dak-benarkah.html>
Adakah Gobind yang mewakili keluarga mendiang dan DAP sudah mengetahui
hasil keputusan inkues akan memakan diri sendiri, sebab itu dia minta
ditangguhkan?
Sedikit latar belakang tentang Gobind
Gobind Singh Deo adalah seorang peguam, anak kepada peguam terkenal,
Karpal Singh yang berjawatan sebagai Pengerusi DAP Pusat.
Gobind pernah mengendalikan kes guaman besar, antaranya menjadi
peguambela kepada Sukma Darmawan yang pernah didapati bersalah
bersuhabat dengan Anwar Ibrahim melihat Azizan Abu Bakar.
Dalam inkues Teoh, Gobind menjadi peguam pemerhati keluarga mediang
Teoh, sekaligus menjadi peguam pemerhati mewakili DAP.
Gobind juga merupakan aktivis DAP dan menjadi ahli Parlimen DAP bagi
kawasan Puchong, Selangor.
Sehingga sekarang Gobind merupakan peguam bela kepada Ronnie Liu yang
didakwa telah bersubahat dengan pelanggan-pelanggan dan pekerja-pekerja
hotel, sengaja menghalang seorang penjawat awam, Penolong Penguatkuasa
MPSJ Mohamad Hadzim Zulkapli, 31, daripada menjalankan tugas-tugas
jawatannya iaitu menutup Hotel Chile di No. 10, Jalan Kenari 6, Bandar
Puchong Jaya, berdasarkan peruntukan Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis
Perbandaran Subang Jaya) 2007, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Klik di sini
<http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1118&pub=Utusan_Mala\
ysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm>
Pada 2 November 2007, antara pukul 5.30 dan 6.30 petang, Ronnie Liu dan
penyokongnya dituduh menghalang Polis dari menyita hotel terbabit yang
tidak mempunyai lesen serta menjalankan aktiviti pelacuran. Terdapat 22
orang GRO warga asing ditangkap dalam operasi itu.
Kes ini belum selesai hingga ke hari ini.
sumber - NTanwar
<http://ntanwar.blogspot.com/2009/07/gobind-sudah-tahu-siapa-pembunuh-te\
oh.html>
Artikel lain berkaitan :
. Isu Teoh : Ada rahsia disembunyikan Tan Boon Hwa ?
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/isu-teoh-ada-rahsia-dise\
mbunyikan-tan.html>
. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/mengesan-dalang-komplot-\
teoh-beng-hock.html>
Maklumat lanjut layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Lim Kit Siang dan Ronnie Liu 'mengaku' kebenaran t4tbh
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Fri Jul 31, 2009 11:33 pm ((PDT))
Oleh Citrawaras
Setelah berhari-hari menafi dan menyangkal pendedahan yang dibuat oleh
blog Truth for Teoh Beng Hock, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu memberi
kenyataan yang secara tidak langsung adalah pengakuan kepada pertuduhan
dan pendedahan yang dibuat blog tersebut.
Walaupun terdapat caveat atau ruang keluar dalam kenyataannya, Lim
mengakui dalam tulisan blognya semalam akan kemungkinan Teoh telah
dibunuh dan pertuduhan blog tersebut kepada Tan Boon Hwa dan Lee Wye
Wing ada asasnya.
Petikan tulisannya adalah seperti berikut:
"The lies, half-truths and doctored documents like the one on the
blackblog, http://t4tbh.blogspot.com/, deserves no credence whatsoever.
However, sometimes in lies there could be found some nuggets close to
truth.
I refer to the following account on this black blog:
* "The DNA of strange people found on Teoh's belt and the back
of his jacket shows that Teoh was pulled up by his jacket and trousers /
belt and pushed out the window.
* "This means that Tan Boon Hwa and Lee Wye Wing grabbed Teoh by his
jacket and trousers/belt and threw him out the window.
* "The Police must arrest Tan Boon Hwa and Lee Wye Wing for the
murder of Teoh Beng Hock"
Removes the lies about Tan Boon Hwa and Lee Wye Wing, but has the
purported account of Teoh's murder any ring of truth? It appears to
be written by someone who might know what actually happened and who
caused Teoh's death.
Was Teoh pulled up by his jackets and trousers/belt and pushed out of
the MACC's 14th floor window? Was Teoh dead or alive when he was
pushed out of the window? And who are these people concerned?"
Kini hanya menunggu ujian DNA dibuat keatas Tan Boon Hwa dan Lee Wye
Wing, Mereka berdua adalah saksi SPRM yang berada di pejabat sepanjang
jam-jam terakhir kehidupan nyawa Teoh Beng Hock. Dua DNA bukan kepunyaan
Teoh dijumpai pada kot dan talipinggang mayat Teoh.
Tan khususnya telah membuat pelbagai pembohongan dan pertuduhan palsu
dalam kenyataan-kenyataan akhbar dan akhir sekali dia dan Lim enggan
memberi ujian DNA. Peguam mereka semalam mengumumkan mereka akan membuat
ujian DNA kononnya atas sebab tekanan. Sebenarnya mereka tidak boleh
lari dari mendapat perintah mahkamah untuk lakukan ujian tersebut.
Sementara dalam laporan Malaysiakini semalam, Ronnie Liu secara tidak
langsung memperakui kewujudan dokumen yang didedahkan oleh blog Truth
for Teoh Beng Hock.
Laporan Malaysiakini ini melakarkan Ronnie yang sudah berubah nada dari
kasar dan biadap kepada seorang yang teraniaya memohon simpati. Katanya,
dia kini berhadapan dengan tekanan seteru tujuh penjuru dari dalam dan
luar DAP yang tidak menyukai kerja-kerja yang dilakukannya.
Petikkan Malaysiakini yang menarik perhatian adalah yang dihujung
laporan seperti berikut:
"He suspects that the "Truth for Teoh Beng Hock" blog, which accused
him and another exco member Ean Yong Hian Wah of abusing their
constituency allocations, may be the doing of the MACC, since they are
the ones who possess such information."
Sebelum ini beliau mempertikaikan kebenaran pendedahan dokumen blog
tersebut dan menyuarakan marah hingga dipetik akhbar Malay Mail mahu
"skin alive" penulis blog tersebut. Apa sealiran dengan laporan
ini adalah jelas dia cuba memalingkan tuduhan ke arah seseorang lain
untuk meraih simpati kepada keadaannya itu.
Untuk MCMC mengenalpasti penulis blog sedemikian, ia agak susah jika
tidak mustahil kerana ianya mungkin diterbitkan melalui siber-siber kafe
yang dibenarkan Ronnie buka hingga lewat malam. Kita tidak boleh meneka
sesiapa sekali pun, samada ianya sahabat mendiang Teoh atau SPRM seperti
tuduhan Ronnie atau pihak-pihak dalam pejabat kerajaan negeri sekali
pun. Itu tidak penting langsung!
Sebelum ini, baik Ean atau Ean Yong telah menuduh SPRM sebagai dalang
dibelakang blog t4tbh. Kali ini, Ronnie mengaku dokumen itu wujud
apabila menyatakan dokumen itu telah diambil oleh SPRM semasa serbuan.
Ini yang jauh lebih penting untuk dibincangkan. Kenapa ada dua dokumen
yang berbeza-beza antara dokumen yang dikatakan Ronnie ada di pejabat
daerah dan dipejabat yang telah diserbu SPRM?
Padanlah pihak SPRM sudah mengumumkan akan menyiasat perkara ini. Siaran
laporan berita TV3 di You Tube boleh didengari di sini
<http://www.youtube.com/watch?v=9Alv0KUNGSQ&eurl=http%3A%2F%2Fanwaribrah\
imdotcom%2Eblogspot%2Ecom%2F2009%2F07%2Fblog%2Dt4tbh%2Ddisiasat%2Dsprm%2\
Ehtml&feature=player_embedded> . Pasti Ronnie akan diseret. Itu yang dia
bunyi sedih dan cuba meraih sokongan dan simpati.
Walaupun Teoh adalah penggiat DAP dan mungkin jauh aliran falsafah
politik dan kenegaraan kita, tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia
kepada seorang lagi rakyat Malaysia, saya berharap juga kematiannya
tidak tersia-sia dan akan dibela.
sumber - mykmu
<http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=8148>
Maklumat lanjut layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Inkues Teoh : Gobind Singh Deo & DAP lindungi saksi
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Fri Jul 31, 2009 11:40 pm ((PDT))
Oleh The Unspinners
Peguam DAP dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo cuba membuat helah
mengatakan Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing bukan enggan memberi ujian DNA
tetapi terpaksa pergi ke Inkues hari Khamis 30hb semalam.
Ini satu pembohongan yang jelas kerana mereka diarahkan supaya memberi
sampel pada pagi Selasa. Ini mesti satu tipu helah Gobind melindungi dua
penjenayah
<http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/33747-duo-will-gi\
ve-dna-for-teoh-inquest-says-gobind> ini supaya enggan berkerjasama.
Sebelum ini, bapaknya Karpal Singh telah menasihati Tan Boon Hwa membuat
cerita semasa sidang akhbar seolah-olah dia telah dikasari dan didera.
Ini memang satu pembohongan kerana Tan adalah saksi dan bukan suspek.
Tan sudah tersilap pula berkata terjumpa Teoh di pantry pada pukul 6
pagi. Dia kemudiannya enggan mendandatangani statement polis.
Keesokkan harinya Tan datang dengan Karpal ke balai untuk membuat
laporan polis terhadap SPRM kerana dera. Sementara itu DAP membantu buat
bising pasal tuntut Suruhanjaya Diraja ke atas SPRM.
Setelah polis membuat kenyataan bahawa mereka boleh gunakan CPC 111
untuk mendapatkan statement dari Tan, baru dia sedia datang untuk
tandatangan statement.
Gobind berlakun konon kedua mereka ini tidak ada niat untuk enggan
memberi DNA mereka. Hari ini mereka telah berikan sampel DNA
<http://www.malaysiakini.com/news/109648> .
Ini pun bohong. Kalau mereka berdua tidak mahu memberi DNA, pihak
Koroner boleh mengeluarkan perintah. Pihak koroner telah mengeluarkan
perintah bukan saja kerana DNA yang dijumpa pada talipinggang dan kot
tetapi DNA yang dijumpai ditempat lain.
Telekkan The Unspinners mendapati ada rambut yang bukan kepunyaan Teoh
dijumpai pada tingkap. Rambut itu didapati ada persamaan dengan DNA Tan
yang diperolehi dari pelbagai tempat lain. Ini yang memberi keyakinan
mahkamah untuk mengeluarkan perintah untuk dapatkan pengesahan.
Kalau betul, ada kemungkinan bahawa Teoh telah dibunuh oleh mereka
berdua dan mayat Teoh diletakkan atas trolley untuk disorong keluar.
Logik tak seorang concillor yang merupakan saksi dan seorang pembekal
bendera mahu membunuh Teoh? Tak akan Teoh dibunuh kerana bendera
berharga sedemikian? Ia mesti mendapat arahan dari seseorang untuk
lakukan pembunuhan ini. Mesti ada sesuatu yang jauh lebih besar dan
berharga dari harga bendera RM2,400. Ronnie? Ean Yong?
Gobind tidak tahu apa asas mahkamah untuk keluarkan perintah itu. Dia
hanya melakunkan pelbagai helah. Sebenarnya dia tahu siapa penjenayahnya
dan sedang memikirkan bagaimana untuk menutup malu dirinya, bapanya dan
DAP dari dituduh pelindung penjenayah.
DAP tuntut keadilan tetapi DAP yang lengah-lengahkan kerana DAP
pelindung penjenayah.
sumber - the unspinners
<http://theunspinners.blogspot.com/2009/07/breaking-news-bukti-gobind-ka\
rpal-dap.html>
Artikel lain berkaitan :
. Gobind sudah tahu siapa pembunuh Teoh ?
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/gobind-sudah-tahu-siapa-\
pembunuh-teoh.html>
Maklumat lanjut layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/
<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment