20090816

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1904

There are 2 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Ronnie yang maha berkuasa di Selangor?
From: siti_salma442000

2. Anwar Ibrahim : CFR, Bangsa Terpilih dan Israel
From: siti_salma442000


Messages
________________________________________________________________________
1. Ronnie yang maha berkuasa di Selangor?
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Aug 3, 2009 9:23 pm ((PDT))

Oleh Citrawaras

Jawapan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada tuntutan penduduk
Shah Alam untuk dihentikan jualan beer di 7 Eleven dan pasaraya kecil di
Shah Alam hanya untuk membuat kajian.

Kajian saja? Ya, itu yang dilaporkan oleh suara online kerajaan Pakatan
Rakyat Selangor bernama Selangorkini sini
<http://www.selangorkini.com.my/my/berita/5197> .

Pasti ramai akan terpegun membaca jawapan Khalid dalam suasana rakyat
Shah Alam sedang marah dengan kenyataan exco kerajaan yang
bertanggungjwab dengan majlis tempatan, Ronnie Liu.

Kenapa Khalid tidak boleh bertindak?

Ronnie telah campurtangan dalam urusan penguatkuasa Majlis Bandaraya
Shah Alam yang telah bertindak merampas barangan kedai-kedai menjual
arak kepada orang Islam. Pegawai PBSA telah dimarah hingga meja
dihentak.

Dia tidak menafikan pula dan memberi alasan pada akhbar bahawa beer
bukan arak.

Memang mengejutkan!

Pertama, begitukah pemahaman, keprihatinan dan pengetahuan pemimpin
parti Malaysian Malaysia terhadap cara hidup dan resam ugama rakyat
majoriti Malaysia?

Kedua, Ronnie telah melakukan kesalahan dalam mencampur tangan dalam hal
ehwal operasi MBSA untuk menguatkuasa undang-undang. Menahan perjalanan
undang-undang adalh satu kesalahan.

Ketiga, dalam kenyataan Khalid, dia sudah perakui "premis perniagaan
ini didapati menjual minuman keras kepada orang-orang Islam,
sewenang-wenangnya tanpa kawalan." Kenapa nak kaji-kaji lagi?

Semasa diasak oleh blog t4tbh, Ronnie berkata dia tidak pernah
campurtangan dengan dalam urusan Majlis Tempatan.

Mengapa dia menghentak meja memarahi pegawai MBSA?

Itu namanya campurtangan dan memberi beberapa makna terhadap pentadbiran
Khalid.

Pertama, Khalid adalah pemimpin yang lembab atau tidak berani bertindak.
Dia tidak berupaya membuat keputusan dan bertindak ke atas sesuatu yang
sudah terang dan nyata.

Kedua, Khalid takut untuk menegur dan menggunakan kuasa untuk override
exconya sendiri. Apa erti jadi Menteri Besar yang penakut dan nampaknya
boneka seseorang.

Ketiga, dari segi bidang kuasa hal ehwal ugama adalah di bawah ruang
kuasa Mufti Selangor. Khalid tidak boleh bertindak jika Mufti Selangor
memfatwakan beer itu bukan arak.

Dengan Ronnie berani menyatakan pendapat sedemikian secara terbuka
terhadap orang Islam hingga MB tidak boleh berbuat apa, adakah benar
perkhabaran Ronnie Liu telah dilantik sebagai Mufti baru Selangor?

Kalau benar, ini satu pencapaian baru DAP. Syabas dapat jadi Mufti
pertama dari DAP!

sumber - mykmu
<http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=8163>


Maklumat lanjut layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Anwar Ibrahim : CFR, Bangsa Terpilih dan Israel
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Aug 3, 2009 9:24 pm ((PDT))

Oleh AIDC

Pada tahun 1977, Thomas Dye seorang pengalisis politik telah
menyampaikan ucapannya kepada the Southern Political Science Association
di the University of California, Santa Cruz. Topiknya adalah: 'Dakwaan
peranan organisasi penentuan dasar 'swasta' dalam menentukan hala tuju
Amerika Syarikat'. Ucapannya itu telah diterbitkan pada tahun 1978 dalam
journal penyelidikan ( The Journal of Politics) dan keseluruhan
ucapannya menumpukan peranan the Council on Foreign Relations (CFR)
dalam penentuan dasar luar Amerika Syarikat.

Thomas Dye merujuk CFR sebagai "private policymakers"

"The Council on Foreign Relations, tidak dibiaya oleh kerajaan, tetapi
bekerja sangat rapat dengan kerajaan, jadi sukar untuk membezakan
tindakan dasar luar kerajaan ditentukan pihak mana, sama ada pihak
badan-badan pemikir kerajaan atau badan pemikir bukan kerajaan (CFR)" -
Thomas Dye


Dye turut memberi senarai polisi luar Amerika yang telah diterajui oleh
CFR, termasuk " keputusan awal mengesyorkan serangan ketenteraan ke
atas Vietnam dan kemudiannya mengesyorkan penarikan balik serangan
itu"

Seterusnya Dye turut mendedahkan kebanyakan pegawai atasan badan-badan
kerajaan yang terlibat dalam penentuan dasar luar Amerika dipengaruhi
oleh CFR antaranya; "Council members in the Kennedy-Johnson
Administration included Secretary of State, Dean Rusk, National Security
Advisor, McGeorge P. Bundy, CIA Director, John McCone, and
Under-Secretary of State, George Ball.

Kebanyakan senarai nama yang didedahkan oleh Dye terlibat dalam CFR dari
tahun 1978 ke atas adalah bekas pegawai atasan kerajaan Amerika
Syarikat.

Siapa di belakang CFR ?

Dikatakan CFR adalah badan persendirian. Bukan badan kerajaan. Kenapa ?
Kerana CFR dibiayai oleh yayasan-yayasan persendirian dan corporation

C. Wright Mills menamakan CFR sebagai "the Power Elite" yang
merujuk kepada satu kumpulan yang berminat untuk menjadi pemain di
sebalik tabir"

Kata Thomas Dye;

"Perbincangan CFR tidak akan lengkap jika tidak merujuk kepada
`multi national arm, iaitu The Trilateral Commission. The Trilateral
Commission adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pengerusi Ahli
Lembaga Pengarah CFR, David Rockefeller (Yahudi) pada tahun 1972, untuk
membela CFR dan the Rockefeller Foundation. The Trilateral Commission
adalah satu kumpulan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai atasan dalam
multi national corporations dan badan-badan kerajaan yang berjumpa
secara berkala untuk menyelaraskan dasar-dasar luar Amerika, Western
Union dan Jepun."


Dalam buku " the Rockefeller family", Peter Collier dan David
Horowitz menulis:

" Pada tahun 1921, CFR ditubuhkan oleh para peneraju yayasan
kewangan (Yahudi) seperti Thomas W. Lamont, Penasihat kewangan
WoodrowWilson, senior partner di House of Morgan, dan John W. Davis,
seorang peguam Morgan, yang menubuhkan Parti Demokratik [dalam pemilihan
presiden 1924], juga merupakan pemegang amanah kepada the Rockefeller
foundation. [John D. Rockefeller] Junior and the Rockefeller
philanthropies turut turut terlibat membiayai CFR"

Sudah tentu satu kesilapan Collier & Horowitz menulis "John D.
Rockefeller Junior and the Rockefeller philanthropies turut turut
terlibat membiayai CFR" kerana membuktikan bahawa The Rockefeller
Foundation sebenarnya secara berterusan terlibat membiayai CFR.

Sebenarnya pembiayaan CFR tidak hanya dilakukan The Rockefeller
Foundation, tetapi juga oleh badan-badan lain yang juga turut dikuasai
oleh kumpulan Yahudi.

Pada tahun 1970, William Domhoff telah menulis, CFR telah dibiayai oleh
the Rockefeller Foundation, the Carnegie Corporation, dan the Ford
Foundation menjadi penyumbang utama pada tahun 1950-an.

Menurut Joseph Kraft, "sejumlah $2.5 million sumbangan CFR pada
tahun 1950-an dating dari the Ford, Rockefeller, dan Carnegie
foundations menjadikan CFR "badan persendirian paling penting dalam
penyelidikan dasar luar Amerika"

David Rockefeller menjadi pengerusi CFR dari tahun 1970 hingga 1985 yang
menyebabkan pengaruh keluarga The Rockefellers merupakan penentu dasar
kepada hala tuju CFR.

Daripada penerangan di atas jelas CFR ditubuhkan oleh badan-badan
kewangan Yahudi yang berengaruh di Amerika; The Rockefellers, Woodrow
Wilson dan J.P. Morgan. CFR juga dibiayai oleh Carnegie foundation, dan
kemudiannya oleh Ford Foundation.

Persoalannya untuk apa `badan-badan kewangan Yahudi' ini
bermurah hati untuk menaja CFR, sekiranya mereka tidak mempunyai
kepentingan di dalamnya ?


Pemimpin `bangsa terpilih' ideologi dalam CFR

Mereka yang dipilih menjadi ahli CFR, mestilah pemimpin-pemimpin
`terpilih' yang berdasarkan `The eugenics
ideology'(pegangan berdasarkan ras terbaik). Mereka yang termasuk
dalam 'The eugenic ideology' berasaskan keturunan dari Jerman (Germanic
stock)" yang dipanggil `white Aryan' atau `Nordic race'

Untuk memahami gerakan `kumpulan terpilih' ini, mesti merujuk
kepada sejarah empayar Roman Latin. Apabila empayar Roman Latin telah
musnah, Eropah Barat telah ditakluk oleh Jerman yang bergabung dengan
Vatican mencipta semula Roman Empayar sebagai "the Germanic Holy
Roman Empire of the Middle Ages"

Pope Leo III menobatkan Charlemagne, sebagai raja Jerman yang mempunyai
keturunan `Jerman Franks', seorang lelaki yang menakluk hampir
kesemua Eropah Barat, `Holy Roman Emperor' pada tahun
800.Charlemagne pula telah menyumbang jajahannya yang menjadi asas
pembentukan kesatuan Eropah.

Gerakan kumpulan terpilih (The eugenics movement) bergerak secara
sembunyi di sebalik gerakan Anglo-Saxon Amerika dengan pembiayaan Andrew
Carnegie dan John D. Rockefeller (Ayah dan anak keduanya berbangsa
Yahudi ) , membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mencipta satu
keturunan eugenik saintifik palsu di Amerika Syarikat.

Gerakan ini untuk melindungi kepentingan bangsa Yahudi kerana menurut
sejarah undang-undang Moses (Nabi Musa?), tamadun Yahudi pernah ditindas
sejak lama dahulu.


CFR menjaga masa depan Israel

Setiap ahli yang dipilih menjadi ahli CFR harus menjunjung konsep
`bangsa terpilih' ( eugenic ideology), mereka akan merekrut
ahli-ahli dalam pelbagai sector-sektor yang berkepentingan khususnya
berkaitan dengan dasar luar Amerika Syarikat.

Ahli-ahli CFR juga ditanam ideologi mempercayai wujudnya peristiwa
"Holocaust", yang kononnya wujud pembunuhan beramai-ramai
keturunan Yahudi, di Jerman semasa pemerintahan Nazi.

Ahli-ahli CFR akan sentiasa mengulangi pembelaan kepada
"Holocaust" untuk melindungi kepentingan bangsa Yahudi di
seluruh dunia.

Jadi tidak hairan jika dasar-dasar luar Amerika Syarikat secara
berterusan menjaga kepentingan Negara Israel. Rujukan lanjut klik di
sini <http://www.hirhome.com/israel/hirally.htm>

Orang-orang di sekeliling Franklin Delano Roosevelt, yang menjadikan
dirinya sebagai Presiden Amerika Syarikat adalah daripada inner circle
CFR.

Inner circle itu terdiri daripada J.P. Morgan, yang memiliki Chase
National Bank yang telah bergabung dengan the Rockefeller's
Equitable Trust pada tahun 1929, Winthrop Aldrich (Rockefeller Jr.'s
brother-in-law ) menjadi Presiden Bank Chase yang dengan cepat meningkat
sebagai bank terkaya di Amerika Syarikat.

Winthrop Aldrich dan bank Chase merupakan penyumbang paling utama
pencalonan Roosevelt sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Gordon Auchincloss, ahli lembaga pengarah Chase adalah kawan baik
Aldrich telah berkahwin dengan anak Colonel Edward M. House. House
dikenali sebagai ahli kumpulan bangsa terpilih di Woodrow Wilson's
merupakan penasihat utama dasar luar Amerika Syarikat

John McCain (calon Presiden dari parti Republikan), ahli CFR sejak 1997,
adalah seorang aktivis yang pro-Israel and anti-Iran.

Suami Hillary Clinton (Bill Clinton, bekas Presiden Amerika dari
kumpulan Demokrat) adalah ahli CFR, sejak tahun 1989. Jadi tidak hairan
Hillary dengan senang diberi peluang berucap di forum anjuran CFR.

Isteri Barack Obama pula merupakan ahli lembaga pengarah CFR Chicago.
Walaupun CFR Chicago menukar nama kepada the Chicago Council on Global
Affairs, tetapi imej CFR masih sebati di dalamnya.

Bacaan lanjut klik di sini <http://www.hirhome.com/cfr.htm>


Kesimpulan

Anwar Ibrahim seorang muslim dari Malaysia mengaku sendiri secara
bertulis dalam writ samannya kepada Chandra Muzafar pada 7 Mac 2008
sebagai "Visiting Diplomat di Council of Foreign Relations (CFR), New
York". Lihat bukti klik di sini
<http://anwaribrahimblog.com/2008/03/07/saman-terhadap-chandra-muzaffar/\
>


[http://4.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SncZO6crM6I/AAAAAAAAE-I/FAATPfq25\
zc/s320/AnwarCFR6.jpg]
<http://4.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SncZO6crM6I/AAAAAAAAE-I/FAATPfq25\
zc/s1600-h/AnwarCFR6.jpg>

Bermakna Anwar telah direkrut untuk menjunjung kesetiaannya kepada
konsep `bangsa terpilih' Israel dan pemilihannya dianggap
individu yang paling tepat kerana beliau boleh diharap sebagai orang
yang boleh menjaga kepentingan Negara Israel di dunia Islam.

Jadi tidak hairan, kalau di dalam video ucapan Anwar di di Kelab Country
Paradise Taman Melawati, Kuala Lumpur, pada 14 April 2005, beliau
memuji-muji dan menyokong "Holocaust". Lihat video ucapan Anwar
di atas.

Dalam video itu Anwar memuji tulisan Hanna Arent (seorang penulis Yahudi
Jerman yang mengupas sokongan kepada "Holocaust") yang
menganggap golongan Nazi yang membunuh `beramai-ramai' kaum
Yahudi ("Holocaust") dianggap sebagai zalim dan tidak
berperikemanusiaan.

Sikap pegangan orang-orang yang sealiran dengan Anwar, seperti Gus Dur,
bekas Presiden Indonesia hampir sama tentang "Holocaust".

Gus Dur pernah mengecam Presiden Iran, Ahmadinejab yang mengatakan
"Holocaust" merupakan propanganda Yahudi untuk terus mendaat
simpati dan perlindungan dari kuasa-kuasa besar.

Gus Dur percaya "Holocaust" wujud kerana dia pernah dijemput
melawat Israel untuk melihat pameran kasut-kasut yang didakwa
orang-orang yang mati akibat "Holocaust".

Pertama, Gus Dur adalah pro Israel kerana pernah dijemput secara rasmi
dengan iringan rasmi kerajaan Israel melawat pameran
"Holocaust". Kedua Gus Dur, buta, bagaimana dia boleh katakan
pernah melihat `kasut-kasut "Holocaust". Ketiga, Gus Dur
pemimpin boneka Israel yang muda terpedaya dengan helah Israel dan mudah
percaya dengan pameran penipuan kasut-kasut kononnya dari
"Holocaust".

Ramai sarjana barat turut mempertikaikan kasut-kasut itu adalah dari
orang mati "Holocaust". Apa buktinya ?

Kalau Gus Dur kawan baik Anwar berfikiran seperti itu, bagaimana pula
dengan Anwar , seorang yang mendakwa dirinya sebagai Diplomat Jemputan
CFR, New York?


Artikel ini tulisan AIDC di egroup anwaribrahimdotcom. Banyak lagi
tulisan-tulisan dan perbincangan berkaitan Amerika Syarikat, New World
Order, dunia konspirasi dan liberalisasi diperbincangkan di dalam egrop
itu. Untuk membaca semua isi perbincangan, daftarkanlah diri anda
menjadi ahli dengan klik di sini
<http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/>


Maklumat lanjut layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com