20090826

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1914

There are 2 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri
From: mr nobody

2. Ramai pemimpin Umno terlibat jika skandal PKFZ didedah - Chua Jui Me
From: mr nobody


Messages
________________________________________________________________________
1. Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Wed Aug 26, 2009 1:37 am ((PDT))

Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri
Azamin Amin
Wed | Aug 26, 09 | 10:44:28 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.
Iklan  
 
   
Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.
Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.
"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.
"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.
"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman.
Padanya, prinsip hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah mesti jelas, dan soal rayuan, merupakan hak bagi pesalah untuk memohon meringankan hukuman.
Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua yang meminum arak atau melakukan apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasul-Nya ataupun membenci Islam.
Sungguhpun, maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seseorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya, katanya.
Kartika seorang model sambilan di Singapura dihukum denda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan. Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu sebaik sahaja ditahan di Penjara Kajang bermula semalan.
Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dengan alasan hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.
Dalam pada itu Dr Asri dukacita dan mengkritik sikap mahkamah syariah yang dilihat begitu 'cepat' menyelesaikan kes Kartika, sedangkan kes-kes seperti cerai, talak, penderaan dan pembahagian harta pusaka yang melibatkan wanita, mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau dijatuhkan hukuman.
"Janganlah ketika wanita bersalah, dihukum begitu cepat tetapi bila wanita dianiaya, ditangguhkan. Hukuman dan tindakan mesti adil malah ianya mesti dilihat berlaku adil.
"Kita memuji langkah mencegah mungkar tetapi yang paling penting ialah penegasan hukuman supaya menjadi contoh kepada yang lain dan dilihat adil," katanya yang kini sudah seminggu berada di Malaysia, sekembalinya daripada pengajiannya di London.
Beliau juga kecewa dengan sikap media barat seperti CNN yang cuba mengaangkat isu hak asasi manusia untuk minum arak sedangkan agama mempunyai hukuman dan peraturan yang tertentu bagi mendefinasikan kebebasan penganutnya agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi agama sekaligus menjaga masyarakat akibat tabiat buruk arak.
Seorang pakar motivasi Dr. Danial Zainal Abidin dalam Program TV9 Halaqah minggu lalu, turut mengupas keburukan akibat meminum arak, yang jelas mempunyai sebab-sebab utama Allah SWT mengharamkan dalam al-Quran.
"Arak menyebabkan sebarang mesej atau maklumat tidak sampai ke otak. Arak menyebabkan pertimbangan tubuh badan tidak seimbang. Ia mengundang pelbagai penyakit dan bahaya.
"Mengikut kajian, arak merupakan pembunuh nombor satu bagi remaja di Eropah dan penyebab utama masalah rumah tangga di Britian. Jika mereka kata ini hak asasi dan arak sebagai penyelesai masalah...fikirkan kembali" kata Daniel merujuk kepada kajian perubatan dan WHO.
Dengan kajian itu katanya, membuktikan hukuman dan tindakan agama Islam melarang penganutnya meminum arak, adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat dan punca gelaja sosial yang semakin membarah kini.
(Sebarang kritikan dan pandangan, boleh dimajukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _


_____________________________________________________________________________________________________________________
Searching for all friends on Yahoo! Messenger? You can easily invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today!
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Ramai pemimpin Umno terlibat jika skandal PKFZ didedah - Chua Jui Me
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Wed Aug 26, 2009 1:43 am ((PDT))

Ramai pemimpin Umno terlibat jika skandal PKFZ didedah - Chua Jui Meng
Zulkifli Sulong
Tue | Aug 25, 09 | 5:37:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa ramai pemimpin Umno yang terlibat jika didedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Iklan  
 
   
Umno, dakwanya lagi, tidak puas hati dengan dengan cara Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat mendedahkan skandal tersebut.
Bekas Menteri Kesihatan itu juga membayangkan apa yang dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya.
Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.
KDSB ialah pemaju PKFZ.
Sejak Ong bergelut dengan pendedahan Tiong yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu, tidak ada pemimpin Umno yang kelihatan bersimpati kepadanya.
"Pernahkah anda melihat Perdana Menteri tampil mempertahankan Ong? Pernahkah anda dengar Timbalan Perdana Menteri mempertahankan Ong berkaitan skandal PKFZ?
"Atau di mana para pemimpin Umno lain untuk mempertahankan Ong mengenai isu itu? Tidak ada".
Perkara sedemikian, katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Dahulu, wujud keakraban yang kukuh di mana para pemimpin BN akan mempertahankan satu sama lain tetapi perkara sedemikian tidak berlaku.
"Presiden parti komponen yang kedua terbesar dalam BN diserang dan tidak ada sesiapa pun dari Umno yang tampil mempertahankannya," kata Chua ketika bercakap kepada para pemberita selepas majlis makan malam yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang di Bukit Mertajam Ahad lalu.
Menurut beliau lagi, apa yang berlaku itu, ditambah pula khabar angin yang tersebar luas di dalam BN yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati melihat Ong menjadi Presiden MCA dan lebih suka Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memimpin parti itu, telah melemahkan kedudukan Ong.
"Kesemua ini menunjukkan dakwaan Ong bahawa beliau diserang dari dalam dan luar adalah benar," kata Chua.
Semalam, Ong hari ini menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap Tiong, tetapi apa yang popular sebagai kehendak hatinya yang mahu dilihat bersih dan telus telah banyak tercemar.
12 Ogos lalu, Tiong mendakwa beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.
Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
"Saya tawarkan cek tetapi Ong mahu (dalam bentuk) tunai kerana ia lebih cepat," kata Ahli Parlimen Bintulu itu yang juga bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP).
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.
Ketika menafikan dakwaan Tiong itu dalam perjumpaan MCA Selangor, Ong berkata: "Kalau saya mengambil duit, saya sepatutnya menjadi kawan baik beliau tetapi mengapa saya menjalankan siasatan ke atas Tiong dan syarikatnya, KDSB?
"Kalau saya mahu, anda fikir dia tidak akan beri lebih banyak lagi?"
Walaupun sebelum ini Ong memberi amaran kepada Tiong bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang, tetapi Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.
Beliau malah mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.
"Beliau boleh teruskan dan saman saya," tegas Tiong.
Tidak cukup dengan itu, beliau mencabar Ong bersemuka serta mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya kepada umum.
"Saya mempunyai saksi rahsia yang boleh mendedahkan niat sebenar Ong apabila beliau mengarahkan siasatan ke atas isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," kata Tiong.
Beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jumlah wang dalam akaun bank peribadi Ong dan isterinya.
Ong pula tidak kelihatan memberikan jawapan yang meyakinkan kepada cabaran Tiong itu.
"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," katanya.
Muhyiddin pula kelihatan seolah-olah mahu isu pemberian RM10 juta itu disembunyikan apabila menyatakan, pertengkaran terbuka Ong dan Tiong itu telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).
"Mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan," katanya._


_____________________________________________________________________________________________________________________
Searching for all friends on Yahoo! Messenger? You can easily invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today!
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com