20090809

Perselisihan Jeff dan JIM DAPSY : Tangani segera

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang berasa tidak wajar bagi Y.B. Jeff Ooi Chuan Aun (gambar kanan), Ahli Parlimen bagi Jelutong untuk mengheretkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) ke dalam pertelingkahan beliau dengan Hj. Mohd. Razali, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Bagi DAPSY, JIM merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dan selama ini, kami pernah bekerjasama untuk memperjuangkan pelbagai isu melalui gerakan belia, gerakan mahasiswa dan gerakan reformasi. Kita berkongsi prinsip-prinsip dan pendirian yang sama terhadap pelbagai isu yang mencabuli hak-hak asasi manusia dan keadilan sejagat.

DAPSY berpendapat bahawa JIM bukanlah sebuah gerakan ekstremis malah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah serta pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

DAPSY memandang serius terhadap kenyataan Y.B. Jeff Ooi yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Namun, kami percaya ini bukanlah tujuan asal Y.B. Jeff Ooi untuk menyinggung perasaan umat Islam.

DAPSY berharap hubungan pemimpin-pemimpin DAP atau DAPSY dengan JIM secara khususnya atau masyarakat Islam secara amnya tidak akan terjejas dengan kenyataan Y.B. Jeff Ooi tersebut.

Dengan itu, DAPSY berharap sebarang perselisihan faham di antara Y.B. Jeff Ooi dan JIM dapat ditangani dengan segera.

*Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang.

merdekareview.com

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com