Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin mengecam Utusan Malaysia kerana menggunakan isu perkauman untuk mencetuskan sentimen di antara kaum. Lim Si Pin berkata, tindakan ini bukan sahaja terpesong dari tanggungjawab media, malah telah mencabar konsep "1Malaysia".
Utusan Malaysia menyiarkan dua rencana bertajuk "Melayu jangan jadi bacul", dan "Tidak sedarkah Melayu sedang dihina?" semalam, dibidas oleh Lim kerana "sarat dengan rasisme".
Lim dalam kenyataan media hari ini berkata, setelah Najib Abd Razak menyandang jawatan Perdana Menteri, beliau telah cuba mengamalkan konsep "1Malaysia", dengan mengubal dasar yang memanfaatkan semua rakyat. Memandangkan Utusan Malaysia adalah lidah UMNO, maka akhbar ini bertanggungjawab untuk membantu PM dalam pelaksanaan konsep "1Malaysia", dan bukan mensabotaj di sebaliknya.
"Orang hari ini tidak memperoleh informasi hanya melalui media cetak. Seandainya Utusan Malaysia masih enggan berubah, masih cuba menggunakan kuasa sebagai media cetak untuk mencapai agenda peribadi, ini mungkin mengakibatkan kesan di sebaliknya. Ia bukan sahaja menjejaskan perpaduan rakyat, malah agenda media tersebut akan terbongkar."
Lim Si Pin (gambar kiri) berkata, sekiranya Utusan Malaysia tidak bertaubat, ia akan berakhir dengan kehilangan yang lebih besar, iaitu BN akan kehilangan sokongan, malah kredibiliti Utusan Malaysia sendiri akan tergadai.
Selain itu, beliau menggesa agar kerajaan menggunakan kayu ukur yang sama untuk media pelbagai bahasa. Seandainya kerajaan betul menghormati kebebasan bersuara, maka kerajaan perlu bersikap adil untuk semua, iaitu jangan menggunakan kayu ukur yang berlainan ketika menilai media yang berlainan bahasa, tekan Lim.
"Sekiranya kerajaan menganggap ada perlunya untuk memantau media yang melampaui batasan, maka amaran atau tindakan perlu diambil terhadap Utusan Malaysia. Kerajaan perlu memastikan tiada akhbar atau media yang melampaui batasan undang-undang," kata Lim.
*Kenyataan media oleh Lim Si Pin ini diterjemah dari versi bahasa Cinanya.
merdekareview.com
No comments:
Post a Comment