20090815

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1910

There is 1 message in this issue.

Topics in this digest:

1. Belasungkawa Ustaz Asri: Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku
From: dunya wal akhirah


Message
________________________________________________________________________
1. Belasungkawa Ustaz Asri: Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku
Posted by: "dunya wal akhirah" reliefburden@yahoo.com.sg reliefburden
Date: Thu Aug 13, 2009 4:20 pm ((PDT))


http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/8/13/mstar_hiburan/20090813193415&sec=mstar_hiburan


Belasungkawa Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'


Oleh ZIEMAN
Keluhuran budi Allahyarham Ustaz Asri akan senantiasa dikenang -foto blog Ustaz Asri
BELASUNGKAWA
USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di
hati. Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan
Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih
kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur
budi perkerti, penuh hemah bila menyusun kata dan amat disayangi di
kalangan rakan artis.

Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada',
'Qiblat', 'Suara Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh
Allahyarham. Kumpulan
nasyid Rabbani.Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri
Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz,
Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie,
Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman begitu unik kerana ada konsep
tersendiri

Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani.blogspot.com)
setiap patah perkataan
bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40
tahun di bumi ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat,
suami, ayah, adik, abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan
selalu dirindui....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah
tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku
yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali
aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan
keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga
dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku
yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu
bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat
kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan
ayat-ayat Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita.

Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima,
ramai wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata
rasa kehilangan.

Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga
ukhuwah antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap
bagai teman sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan
senang." TINGGAL KENANGAN...Saat-saat bahagia bersama anak-anak

Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara sembilan anggota Rabbani.

Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan
mengiringi pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh
yang baik.

Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah
sering berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti
mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "

Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan,
dia akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka,
arwah akan tetap berpesan agar buat kebaikan. Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau
mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu,
Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi,
14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi
Rabbani, 4.

Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media
program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM)
kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira
pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan
ke Hospital Pantai, Bangsar.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit
Lanchong, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen
21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga
mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat
arwah.

KUMPULAN RABBANI Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud
"Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri,
keluarga dan komuniti kepada kebaikan".

Ianya dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan
arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan
kepada Rabbani. Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun paling manja dengan Ustaz Asri

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @
Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad
Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul
Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman mempunyai tarikan mereka sendiri
kerana konsep yang berbeza.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang
dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan
diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga
dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.

Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan menampilkan world muzik.

Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan
sesuatu yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka
terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut
mencipta nama dalam bidang perniagaan.

PENGHASILAN ALBUM

Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut: Arwah bersama ibu tersayang

1) Rabbani. 19962) ARAH Dari Mana… Ke Mana… 19973) Muhammad Ya
Habibi. (Kompilasi) 19984) Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 19995)
Pergi Tak Kembali. 19996) Iqrar 1421. 20007) Intifada 20008) Aman
20019) Qiblat 200210) Kenangan (Kompilasi) 200311) Epik 200312) Yalla
Beena 200413) Suara Takbir 200514) Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD)
200615) Ramadhan Syawal 200616) Maulana 200717) Rabbani 1418-1428H
200718) Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)
1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 14212. Vokal Berkumpulan
Terbaik Dalam Album 2001 - Iqrar-14213. Album Terbaik 2001 -
Iqrar-14214. Album Nasyid Terbaik 2002 - Intifada5. Album Nasyid
Terbaik 2003 - Qiblat
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN
1. Penyanyi Nasyid Popular 20012. Penyanyi Nasyid Popular 20023.
Penyanyi Nasyid Popular 20034. Penyanyi Nasyid Popular 20045. Penyanyi
Nasyid Popular 20056. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA
1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 - Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM
1. Juara ACNI 2004 - Handzalah2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena3. Vokal Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI
1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena2. Persembahan Terbaik 20063. Penyanyi Solo Terbaik 2006

RINTIHAN ZIKRULLAH
Arwah Ustaz Asri seorang yang amat beratkan bacaan zikir Zikir
adalah penawar sewaktu kita hadapi kesedihan dan kegelisahan hati.

Justru 'Rintihan Zikrullah' merupakan album munajat Ustaz Asri yang
menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait
rintihan.

Sesiapapun akan rasa insaf mendengar alunan zikrullah ini, kolaborasi antara IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan pengalaman hidupnya.

Malah, Ustaz Asri menghasilkan 'Zikir Lailahailallah' buat arwah
ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007.

"Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah.

Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima
kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium
Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah
tunjak kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang
berkongsi setiap detik kejayaannya bersama anggota yang lain.

Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan.

Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat
oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.-----------------------------------------------------------------------------------------------------video klip detik-detik terakhir sebelum Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia…
http://www.youtube.com/watch?v=q-hgDEIz38I
-------------------------------------------------------------------------------------------------------http://lydecker86.wordpress.com/2009/08/13/ustaz-asri-selamat-dikebumikan/
Bismillah
Alhamdulillah, saya berkesempatan
menziarahi jenazah Ustaz Asri, untuk kali terakhir. Walau terpaksa
ponteng final touch untuk ke Kampung Orang Asli Teji & Abu esok. 
Walau tidak sempat untuk menatap wajahnya untuk kali terakhir, namun
saya bersyukur, sempat juga saya menghadiri pengkebumian beliau.

Tiba saja saya di Tanah Perkuburan
seksyen 21, Shah Alam, sejurus selepas Isya', ternampak kelibat orang
ramai. Masya Allah, orang ramai menghadiri majlis pengkebumian beliau.

Setibanya di tanah perkuburan, jenazah sudah siap dikebumikan, dan doa baru dibacakan.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Ustaz Asri, dan dosa-dosa kami.
Sebak melihat isteri beliau dan
anak-anak yang masih berpakaian sekolah. Usai bacaan doa, sedikit
ucapan dari seseorang yang saya tidak kenali. Kemudian, Azadan menarik
nafas dalam-dalam, menyambung ucapan, berterima kasih. Kelihatan
beberapa anggota Rabbani yang lain. Menahan sebak didada.

Takziah kepada isteri, anak-anak dan
keluarga beliau, serta para anggota Rabbani yang lain. Yang pergi tetap
pergi, pergi meneruskan hidup dialam yang satu lagi.
Usai bersalaman dengan isteri arwah, saya merenung anak-anaknya dari kejauhan. Muadz kelihatan memeluk seorang dari anaknya
Dari satu blog yang saya baca, mengenai Ustaz Asri:
" Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.
Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum.
Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri
jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan
ditemankan dengan kopiah beliau.
Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.
"aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama"
Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya
berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya
menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.
Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-
"Sahabat, selamat berehat".


Dikatakan, sebelum beliau meninggal, beliau sempta meminta senaskhah al-Quran. MasyaAllah!


Dan di blog Abg Razin MESTICA juga.
Terima kasih kepada yang memandu arah, Abai Hijjaz yang ketika itu berada di Kelantan dan juga Muaz HME.
Di antara yang saya temui, Abg Razin Mestica, Inteam [Salah seorang
dari mereka  kelihatan menitiskan air mata ketika jenazah selamat
dikebumikan], dan ramai lagi, datang untuk pertemuan terakhir di dunia
dengan Ustaz Asri.
Semoga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat Allah SWT.. Ameen~ Ustaz, terima kasih atas segalanya.
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia
ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga
akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku
raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka
rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat
kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah
syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun
syurgaku selalu bersamaku…
~Ustaz Asri Rabbani.. Dalam ingatan~
------------------------------------------------------------------------------------------------------- Vokalis utama Rabbani meninggal



KUALA
LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (atas),
meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini
akibat sakit jantung, pagi semalam.


Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai
pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia
(RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.


Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal
dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.



"Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi tadi
(semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah,
namun dia tetap menyertai raptai itu," katanya ketika ditemui di PMC.


Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan
enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd
Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.


Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam.

Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama lapan lagi anggota
terdiri daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie, Mohd Asri
Ubaidullah, Lokman Abdul Aziz, Rithahudeen Yaakob, Mohd Nazrul Azhar
Tamrin, Zulkifli Azman dan Affendi Shahabudin.


Antara lagu popular nyanyian Mohd Asri bersama Rabbani ialah
Pergi Tak Kembali, Subhanullah, Intifada, Assalamualaikum, Iqra, Di
Ambang Syawal, Ingat Lima Sebelum Lima dan baru-baru ini berduet dengan
Amy Search menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Kumpulan itu dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid
Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama
lapan tahun berturut-turut.


Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya,
berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari pejabatnya ke
auditorium untuk menghadiri pelancaran program Syahadah yang akan
disiarkan di RTM sempena Ramadan ini.




"Apabila sampai di situ, saya lihat orang ramai mengusung beliau untuk
dibawa ke hospital. Tidak lama selepas itu, kami dimaklumkan Asri
meninggal dunia.


"Majlis diteruskan, tetapi tanpa persembahan perasmian,
sebaliknya memainkan lagu tema program Syahadah menerusi cakera padat,"
katanya.


Penerbitan dan Penyelaras Program Syahadah, Ibrahim Zaidi
Ismail, berkata beliau terkejut apabila melihat Asri tiba-tiba jatuh
sebelum program bermula.


"Kira-kira jam 10.30 pagi Asri masuk studio. Asri memegang
mikrofon, tetapi beberapa saat sebelum program bermula Allahyarham
rebah ke lantai," katanya.


Rakan karibnya yang juga anggota kumpulan Raihan, Che Amran
Idris menganggap Mohd Asri sebagai idola kerana beliau mula
mengenalinya sebelum kemunculan kumpulan nasyid kontemporari lain.


"Malah, banyak kumpulan nasyid sekarang, termasuk Raihan
sendiri cuba meniru gaya dan penampilan arwah. Kami menganggap arwah
sebagai pahlawan dan ikon nasyid," katanya.

Asri Rabbani meninggal dunia
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA dan METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd.
Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 pagi selepas
tidak sedarkan diri di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri hari ini.

Allahyarham bersama kumpulannya sepatutnya menyanyikan lagu tema sempena pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan RTM.

Allahyarham yang mesra dipanggil Ustaz Asri rebah kira-kira pukul 10
pagi ketika membuat latihan nyanyian lagu tema tersebut bersama anggota
Rabbani lalu dikejarkan ke Hospital Pantai, Bangsar sebelum disahkan
meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham dikebumikan malam tadi selepas Maghrib di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibunya, Rubiah
Ehsan, 70-an di Jalan Ikan Kelisa, Kampung Bukit Lanchong untuk
disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, serta
enam anak iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd. Fathi, 14; Nur Afikah, 12;
Mohd. Ilham, 10; Sufiyah Munawarh, 6 dan Hamdi Rabbani, 4.

Menurut isterinya yang juga dikenali sebagai Noor Janah, dia dan
anak-anak serta keluarga reda dengan pemergian Allahyarham meskipun
berat di hati menerima takdir tersebut.

Menceritakan detik-detik sebelum Allahyarham menghembuskan nafas
terakhir, Noor Janah berkata, malam tadi, Allahyarham mengajaknya makan
malam berdua di luar.

''Allahyarham menyuruh saya memesan apa sahaja makanan yang saya
mahu. Pulang sahaja ke rumah, kami terus menonton televisyen berdua.

''Pagi ini, dia mengadu pening kepala dan badannya berpeluh-peluh. Tetapi, dia gagahkan juga ke pejabat.

''Sebelum dia ke RTM untuk rakaman program Syahadah, saya
sempat melihat wajahnya, salam dan cium tangannya. Cuma saya tidak
sempat untuk memeluknya dengan erat seperti kebiasaan,'' katanya ketika
ditemui pemberita di Kampung Bukit Lanchong, Shah
Alam.

Haliza memberitahu, soal dirinya dan anak-anak selepas ini, dia bersyukur kerana semuanya telah terlatih untuk hidup berdikari.

''Allahyarham banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dakwah dan nasyid.

''Tahun ini, dua anak kami akan menjalani peperiksaan penting iaitu
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). Insya-Allah kami akan tabah jalani hidup selepas ini," jelasnya.

Sementara itu, seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Ubaidullah ketika
ditemui memberitahu, sebelum memulakan latihan, Allahyarham batuk dan
wajahnya pucat.

''Bagi meredakan batuk, Allahyarham sempat minum air limau dan madu.
Bagaimanapun, Allahyarham muntah-muntah sebelum bertolak ke Angkasapuri.

''Walaupun kurang sihat, Allahyarham tetap mahu meneruskan latihan,'' katanya ketika ditemui di Hospital Pantai.

Selain anggota Rabbani, pekarangan Hospital Pantai dipenuhi hampir
100 kenalan dan keluarga terdekat Allahyarham termasuk Nash, Yasin
Sulaiman, Amy Search, Mas Omar, Nazrey Johani, Ramli MS, Ali Mamak,
Hafiz Hamidun, Ina Naim dan suaminya, Suhaimi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya yang
ditemui di Hospital Pantai memberitahu, ketika kejadian, dia melihat
pelbagai usaha telah dilakukan oleh
anggota Rabbani bagi menyelamatkan
Allahyarham.

Katanya, biarpun keadaan cemas, pelancaran program Syahadah tetap diteruskan.

''Secara peribadi, saya sifatkan ini sebagai satu kehilangan besar
buat industri nasyid kontemporari. Memang sukar mencari bakat
sepertinya,'' kata Ibrahim.

Asri yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor memulakan
penglibatan bersama kumpulan Rabbani pada 1 Mac 1997. Sebelum Rabbani,
kumpulan tersebut dikenali sebagai kumpulan Nada Murni.

Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, Rabbani telah menghasilkan sebanyak 19 buah album termasuk ARAH (1998), Muhammad Ya Habibi (1999), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Iqrar - 1421 (2001), Yalla Beena (2004) dan Nostalgia Nada Murni (2008).

Bersama Rabbani, pelbagai kejayaan diperoleh oleh Allahyarham
antaranya memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 bagi kategori
Album Nasyid Terbaik, Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album, Album
Terbaik 2001 kesemuanya menerusi album Iqrar - 1421.


Khamis Ogos 13, 2009



Jenazah Ustaz Asri Rabbani selamat dikebumikan


Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER dan SHAHRIL ADZRIN
Jenazah
Ustaz Asri akan dikebumikan selepas Maghrib hari ini di Tanah
Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40,
disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat
serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @
Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media
program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM)
kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan
beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar. Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli
keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada
arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri
majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama
bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel
tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel
Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta
menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia'
bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun
dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut
yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka. Tinggal
kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani
yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai
satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus
membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang
bakal tiba nanti. -foto The Star

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya. Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan
persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan
bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya,"
katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang
anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd
Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan
secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang
termasuknya. Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi
terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk
Timur' nyanyian bersama Amy Search.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan
arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan
kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang
sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP)
selama lapan tahun berturut-turut. Yasin antara artis yang hadir.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik
(AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal
Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001
(Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid
Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada
Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali
ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti
meminggirkan objektif utama lagu nasyid.
Antara anggota kumpulan Raihan yang hadir melawat jenazah Asri.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri
Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz,
Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie,
Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang
tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah
menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997),
'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan
yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang
dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan
diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam
bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan
dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari
semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira
had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang
paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan
panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.

Menerusi AIM juga, Rabbani pernah memenangi Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) serta Lagu Nasyid terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Rabbani juga pernah memenangi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali di Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian.
----------------------------------------------------------------------
http://www.malaysiakini.com/news/110443
Asri Rabbani 'pergi tak kembali'





author_photo("Salhan K Ahmad")
Salhan K Ahmad
Ogos 13, 09
11:59am
kemaskini 4.35pm Pemimpin Rabbani,
Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat
Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit
jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30
pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di
Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut
Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital
itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh
tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu
tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan
lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang
akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada
kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak
lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital
beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang
lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau
akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang
saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara
individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa
letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya
lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk
Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ibu
allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai,
jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu
allahyarham Haliza Shahzan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi
jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim
Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi
lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor
dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan
dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain
Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul
Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad
Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee
Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham
dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com)
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert
terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian
kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama
industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album
terbaik (2001).

Asri rebah ketika pegang mikrofon

rbit dan Penyelaras Program Syahaddah, Ibrahim Zaidi Ismail berkata
beliau terkejut melihat penyanyi kumpulan nasyid popular Rabbani,
Mohamad Asri Ibrahim tiba-tiba jatuh sebelum program itu bermula.

"Kira-kira
pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri sedang
memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula
dia rebah ke lantai," katanya, sebak.

Beliau berkata kematian Asri meninggalkan kesan kepadanya kerana hari ini adalah hari pelancaran program Syahaddah sempena bulan Ramadan.

"Tahun
ini merupakan tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau
dipilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan
lagu tema program Syahaddah.

"Saya akan ingat tarikh hari ini sampai bila-bila," katanya.

Pemuzik
terkenal tanahair dan bekas pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan
keenam, Ramli MS berkata pemergian Asri merupakan satu kehilangan besar
terhadap industri muzik nasyid negara.

"Susah bagi sesuatu muzik
atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi bila beliau menyanyi,
saya sememangnya nak dengar alunan suaranya... ternyata nyanyian Ustaz
Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap didengar," katanya, yang
mengenali allahyarham sejak tahun 1980-an lagi.

Ramli berkata allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik.

"Beliau
adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik... dari segi
perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati
sesiapa sahaja," kata Ramli. BERNAMA

http://www.youtube.com/watch?v=P9Sy2fsxSxM

----------------------------------------------

http://www.ustazamin.com/2009/08/diari-98-allayarham-ustaz-asri-rabbani.html

11.34 pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada telifon saya.

Hussian dari Layar Consult

"Assalamualaikum syeikh, apa cerita?" Kata saya

"Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?" tanya Hussain.

"Berita apa?" Tanya saya kembali.

"Ustaz Asri Rabbani meninggal" kata Hussain lagi.

"Innalillah
wa Inna Ilaihi Rajiun" spontan kalimah ini keluar dari mulut saya
walaupun seakan-akan belum percaya dengan berita yang saya dengar ini.

"Sekarang jenazah ada di Hospital Pantai di Bangsar" kata Hussain lagi.

Setelah
menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke
Bangsar. Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun. Samsul, anak
buah saya terus mencari parking.

Ramai orang berkumpul. Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul di tempat berhampiran bahagian kecemasan ini.

Tiba-tiba, Rosli staf dari Layar Consult menghampiri saya.

"Ustaz, mari kita turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan jenazah ustaz ke situ" katanya.

Saya
pun berjalan bersama beberapa orang yang lain. Saya sampai ke bilik
menunggu jenazah. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Di
bilik ini belum ramai orang. Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke
sini. Masih ramai yang di atas.

Saya menjengah di satu sudut.

"Muslim Preparation Room No. 1" papan tanda bilik jenazah di Hospital Pantai ini.

12.36,
jenazah di usung turun ke tempat ini. Tiba-tiba, kawasan ini dibanjiri
manusia. Bersesak-sesak orang, ada wartawan, ahli kumpulan Rabbani dan
sebagainya.

"Ok, masuk dua-dua ye" kata pengurus bahagian jenazah.

Kumpulan
pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat beberapa
ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin. Pintu tertutup dan
dikunci dari dalam.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang Dato' meminta laluan. Saya memberinya laluan.

""Polis
dah ada, tengah tunggu keluarga datang untuk menuntut jenazah" kata
beberapa pegawai hospital, menjawab soalan pengunjung yang ada pada
ketika itu.

Tak lama selepas itu, dua orang keluar.

"Ok dua orang lagi", kata penjaga bilik mayat.

Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.

Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya
menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya
membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri
jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan
ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

"aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama"

Tiba-tiba
saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba
menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya,
mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

"sahabat, selamat berehat"

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.

Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau "Pergi takkan kembali"

Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang. Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.

Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

"Terima
kasih ustaz", saya tidak memandang siapa yang mengucapkan pada saya
itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang ramai.

Hari ini, Negara kehilangan seorang pejuang di dalam seni suara.

"InsyaAllah, semoga nanti kita dikumpulkan di syurga bersama kekasih kita junjungan besar Nabi SAW" bisik hati saya.

Saya meninggalkan Hospital Pantai. Melihat tempat berakhirnya seorang pejuang seni Islam.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan Rabbani. Tabahlah. Yang tinggal akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin Ibrahim

"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
13 Ogos 09, jam 3.18 petang.
Bilik Jenazah Muslim
Tiba-tiba kawasa ini dipenuhi dengan manusia. Untuk menziarahi jenazah Allahyarham Ustaz Asri
Di kawasan luar hospital
Hospital Pantai, tempat akhir pejuang ini. al-fatihah...

New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/sg/

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com