20090819

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1907

There are 3 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. Replika Najib di Batu Caves jadi isu
From: mr nobody

2. Liberal,liberal DAP
From: anuar mohd nor

3. Kunci jawapan di tangan Tan Boon Hwa : Betulkah Tan & Teoh bertengka
From: siti_salma442000


Messages
________________________________________________________________________
1. Replika Najib di Batu Caves jadi isu
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Mon Aug 10, 2009 5:52 am ((PDT))

Replika Najib di Batu Caves jadi isu
Jimadie Shah Othman
Ogos 10, 09
1:40pm
kemaskini 5.18pm Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan "tidak ada masalah apa-apa" kerana "kami tidak pernah menganggapnya haram".

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

"Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan "belum melihat sendiri imej tersebut".

Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan 'Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih', penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.
Berita Terkini dalam SMS


Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Liberal,liberal DAP
Posted by: "anuar mohd nor" anuarmohdnor@yahoo.com anuarmohdnor
Date: Mon Aug 10, 2009 6:08 pm ((PDT))

Liberal, liberal DAP







Written by Anuar Mohd Nor komen hantarkan ke www.umno-reform2.com





Monday, 10 August 2009



CATATAN ANUAR MOHD NOR
Persoalan pokok adalah untuk melihat betapa liberalnya DAP dalam
memperjuangkan hak mereka dan hak rakyat Malaysia. Adakah DAP liberal
dalam memperjuangkan hak semua kaum atau DAP hanya memandang kepada hak
kaum Cina dalam usaha untuk menyatukan sokongan Cina bagi menyokong
mereka. Adakah kenyataan-kenyataan DAP hari ini melambangkan mereka
memperjuangkan hak semua kaum atau mereka hanya menumpukan kepada
perjuangan kepada kaum mereka. Adakah
penyatuan mereka dengan PAS dan PKR menunjukkan kesungguhan perjuangan
liberalisasi atau tersekat dalam satu permuafakatan politik semata-mata
mahu memulakan tanpa kuasa. Adakah mereka sanggup untuk menghormati
hak-hak keistimewaan Melayu atau tujuan mereka hanya untuk mengikis hak
Melayu atas alasan demokrasi. Kejujuran mereka sepatutnya dipersoalkan
oleh PAS dan PKR. Alasan demokrasi mereka tidak menuruti cuaca dan
klimaks politik negara ini. Mereka menuntut dari hak yang telah
diperuntukkan dalam perlembagaan untuk orang-orang Melayu. Ini tidak
menunjukkan toleransi mereka dalam perjuangan dan keangkuhan mereka
dalam memastikan hasrat mereka tercapai. Persoalannya adakah kita dalam
negara ini mahukan perjuangan mereka Malaysian Malaysia di teruskan.
Adakah mereka sanggup melepaskan konsep Malaysian Malaysian mereka
sebagaimana PAS mencairkan perjuangan Negara Islam mereka. Rakyat perlu
meneliti.

Anuar Mohd Nor
Pengarah Institut Kajian Asas Kemasyarakatan
012-6544762
www.umno-reform2.com
www.arahkita.blogspot.com


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Kunci jawapan di tangan Tan Boon Hwa : Betulkah Tan & Teoh bertengka
Posted by: "siti_salma442000" siti_salma442000@yahoo.com siti_salma442000
Date: Mon Aug 10, 2009 10:58 pm ((PDT))


Oleh NTanwar, AIDCclub

Bismillahirahmanirahim, dengan Nama ALLAH, saya ingin bertanya
sejujur-jujurnya kepada Tan Boon Hwa saksi terakhir yang mengaku
berjumpa dengan Teoh Beng Hock, pukul 6.30/sesudah subuh bahawa :

"Benarkah anda (Tan Boon Hwa) telah memarahi dan bertengkar dengan Teoh
Beng Hock di tandas, tingkat 14, pejabat SPRM, Plaza Masalam, selepas
jam 3.45, pada 16 Julai 2008"

Pertanyaan ini dibuat kerana terdapat seorang saksi yang telah nampak
dan mendengar pertengkaran mereka berdua pada masa dan tarikh yang
disebutkan di atas. Saksi tersebut adalah salah seorang pegawai SPRM
yang pada masa dan tarikh tersebut, kebetulan juga mahu pergi ke tandas
dan mendengar percakapan yang diucapkan dalam bahasa Cina.

Ini merupakan maklumat yang shahih yang diperolehi daripada
sumber-sumber yang tidak boleh diberitahu di sini. Kita mahu Tan Boon
Hwa lebih bertanggungjawab dan memberitahu perkara sebenar kepada
masyarakat awam berkaitan dengan maklumat ini.


Latar belakang kejadian

Terdapat 4 orang saksi yang telah dipanggil oleh SPRM pada 15 Julai.
Pertama bernama Haron, kedua; Teoh Beng Hock, ketiga; Tan Boon Hwa dan
keempat Lee Wye Wing.

Haron tamat sesi soalsiasat pada jam 1 pagi (16 Julai) dan dibenarkan
pulang. Saksi tersebut telah pulang ke rumahnya.

Tan Boon Hwa masuk ke pejabat SPRM pada jam 8.30 malam, 15 Julai dan
tamat soal siasat jam 1.30 pagi (16 Julai) serta dibenarkan pulang.
Pegawai SPRM menawarkan diri untuk menghantar Tan pulang ke rumahnya (di
Kajang), tetapi Tan menolak tawaran itu dan meminta kebenaran untuk
bermalam di SPRM.

Lee Wye Wing masuk ke pejabat SPRM untuk sesi soal siasat pada jam 2.00
pagi (16 Julai) dan tamat sesi soal siasat pada jam 5.00 pagi (16
Julai). Meskipun telah tamat sesi soal jawab pada jam 5.00 pagi dan
dibenarkan pulang, Lee minta untuk berehat di bangunan SPRM serta
dilaporkan meninggalkan bangunan SPRM kira-kira jam 9 pagi, 16 Julai.

Teoh Beng Hock masuk ke pejabat SPRM pada jam 5.00 petang, 15 Julai dan
tamat sesi soal jawab pada jam 3.45 pagi, 16 Julai.


Soalan untuk Tan Boon Hwa :

1. Kenapa selepas jam 2.00 pagi, 16 Julai, meskipun pegawai SPRM
menawarkan diri untuk dihantar pulang, tetapi anda menolak, malahan anda
meminta izin untuk bermalam di SPRM dan bersedia menunggu sesi kedua
soal siasat pada jam 11 pagi, 16 Julai ?

2. Betulkah anda telah berjanji dengan pegawai SPRM bahawa anda akan
membawa beberapa dokumen sokongan kepada SPRM semasa sesi kedua soal
siasat, pada jam 11 pagi, 16 Julai. Anda dilaporkan telah menelefon
isteri anda dan meminta membawa beberapa dokumen dibawa kepada anda
untuk diserahkan kepada pegawai SPRM. Namun sehingga selesai soal jawab
sesi kedua, pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), anda gagal memberikan
dokumen sepertimana yang dijanjikan ?

3. Betulkah selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai, anda mengekori Teoh Beng
Hock ke tandas, SPRM dan anda telah bertanya apakah soalan yang telah
ditanya oleh pegawai SPRM kepada Teoh. Anda dilaporkan telah memarahi
Teoh dan bertengar dengannya dalam tandas tersebut. Dilaporkan seorang
saksi telah nampak dan menyaksikan pertangkaran anda itu ?


[http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SoBmOR5aiLI/AAAAAAAAFDs/Eb3H07mNB\
PE/s320/TanbonHwa.jpg]
<http://2.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SoBmOR5aiLI/AAAAAAAAFDs/Eb3H07mNB\
PE/s1600-h/TanbonHwa.jpg>


4. Apa yang telah anda lakukan di antara jam 3.45 pagi (16 Julai) hingga
jam 10.59 pagi (16 Julai) ketika anda dibebaskan daripada sesi soal
jawab, hingga anda masuk semula untuk sesi soal jawab kedua pada jam
11.00 pagi hingga 1.30 tengahari, 16 Julai ?

5. Betulkah selepas pertengkaran dengan Teoh, anda telah menelefon
beberapa orang lain, selain daripada isteri anda ?


Kematian Teoh

Mendian Teoh ditemui mati di koridor luar Tingkat 5, Plaza Masalam pada
jam 1.30 tengahari, 16 Julai. Tetapi berita kematian telah tersebar di
internet, jam 11 pagi, 16 Julai. Bermakna terdapat dua versi masa mayat
dijumpai iaitu pada jam 11 pagi dan jam 1.30 tengahari

Menurut laporan polis, mendiang mungkin mati sekitar 4-5 jam sebelum
ditemui. Sekiranya ditemui jam 1.30 tengahari, bermakna mendiang mati
sekitar jam 8.30 pagi atau 9.30 pagi, 16 Julai.

Sekiranya berdasarkan sebaran internet, mayat dijumpai pada jam 11 pagi,
bermakna mendiang mati sekitar jam 6.00 pagi atau 7.00 pagi, 16 Julai.


[http://3.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SoBkZeM_QWI/AAAAAAAAFDc/fSY4ZloCU\
zU/s320/Tingkat5-OldTown.jpg]
<http://3.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SoBkZeM_QWI/AAAAAAAAFDc/fSY4ZloCU\
zU/s1600-h/Tingkat5-OldTown.jpg>


Mayat mendiang ditemui di koridor luar, Tingkat 5, Plaza Masalam.
Koridor itu milik syarikat TUAH TANKER SDN BERHAD. Di bawah koridor
tingkat 5 itu adalah OLD TOWN WHITE Coffee.


Keterangan Tan Boon Hwa tentang pertemuan dengan Teoh


Tan Boon Hwa telah memberitahu media, bahawa dia berjumpa dengan Teoh
selepas Subuh/ sekitar 6.15 pagi, 16 Julai, di pantry, dekat tandas,
Tingkat 14 pejabat SPRM. Tan berkata dia jumpa Teoh dan menegur, tetapi
hanya menjawab 'uhm' dan nampak keletihan. Selepas itu Tan berkata, dia
masuk tandas, apabila keluar tandas, dia dapati, Teoh telah tiada di
tempat itu.

Itu kata Tan. Pertama, dia mengakui sebagai saksi terakhir berjumpa
mendiang, sekitar jam 6.15 pagi, 16 Julai, di pantry, dekat tandas.
Adakah Tan bercakap benar ?

Bagaimana pula dengan saksi yang nampak Tan dan Teoh bertengkar di
tandas, bangunan SPRM selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai?

Siapa cakap benar, saksi yang nampak Tan dan Teoh bertengkar di tandas,
selepas jam 3.45 pagi atau hanya keterangan Tan yang mendakwa hanya
berjumpa di tandas, pada jam 6.15 pagi, 16 Julai ?

Saya mencabar Gobind Singh Deo, membangkitkan soalan "benarkah wujud
pertengkaran Tan-Teoh, di tandas, selepas jam 3.45 pagi, 16 Julai"
kepada salah seorang pegawai SPRM yang menjadi saksi kepada insiden itu.

Itupun kalau Gobind berminat untuk mencari punca sebenar kematian, kalau
Gobind juga berniat untuk melindungi, atau mahu menyalahkan pihak lain,
dia akan menyekat soalan ini dikeluarkan dalam inkues nanti.

Didoakan semoga keluarga Teoh menemui jawapan sebenar kematian anaknya
itu.

sumber - NTanwar
<http://ntanwar.blogspot.com/2009/08/kunci-jawapan-di-tangan-tan-boon-hw\
a.html>

Artikel lain berkaitan :

. Isu Teoh : Ada rahsia disembunyikan Tan Boon Hwa ?
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/isu-teoh-ada-rahsia-dise\
mbunyikan-tan.html>

. Gobind sudah tahu siapa pembunuh Teoh ?
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/gobind-sudah-tahu-siapa-\
pembunuh-teoh.html>

. Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/mengesan-dalang-komplot-\
teoh-beng-hock.html>


Maklumat lanjut layari http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>

Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
• Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
• Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
• Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:dunia-politik-normal@yahoogroups.com
mailto:dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com