Hari sekarang ini adalah 3 oktober 2008 bersempena 3 syawal 1429. Semalam adalah hari raya kedua. Blog tukar tiub masih disitu tanpa update terikini. Ya. Bro. Isham sedang bertapai-tapaian di kampong. Bersama berjuang menolak tuhan baru melalui proses bersembang mesra bersama saudara-mara dan sahabat handai. Ini adalah sebuah langkah kebelakang yang akan merapatkan jurang silaturrahmi sesama anak manusia ini dan anak manusia itu yang merupakan anak semua bangsa disini. Mak Chu Janda beranak tiga juga mengiyakannya.
Di malaysia. Idulfitri ini disambut oleh semua orang islam. Hanya di perayaan sebegini, karat biru BN dan karat hijau PAS kelihatan bersalaman, rasis UMNO dan karat DAP juga mampu bersalaman. Semuapun kunjung mengunjung. Makan lemang yang sama, makan laksa yang sama, makan rendang yang sama, makan satay yang sama dan berak juga punya bau tahi yang sama. Malah tahi diantara mereka juga amat sukar dikenalpasti! Semuanya kelihatan sama. Tahi Dolah, tahi najib, tahi anwar, tahi lim kit siang, tahi karpal, tahi hj hadi, tahi dato bukit bendera, tahi chong ah bee tokeh kedai arak ah bee juga tak mampu diklasifikasikan mana satu. Ya. Tuhan amat hebat penciptaannya. Ya. Anak semua bangsa kata bung karno yang sering dipetik oleh bro. Isham.
Sahabatku yang freethinker juga menyambut idulfitri ini. Ia bukan sahaja menjadi sebuah sambutan keagamaan. Tetapi sambutan keagamaan ini telahpun realitinya menjadi sebuah budaya. Ia tidak sama dengan budaya keagamaan tetapi perayaan agama ini telah diasimilasikan lebih kepada perayaan budaya. Ya. Pembaharuan budaya ini sadar atau tidak, menjadi sebuah perayaan untuk semua orang islam dengan atau tanpa amalan ibadah bulan ramadhan.
Dihari raya kedua. Aku telah terberak 6 kali. Bermula disubuh lagi, tengahari, petang dan dua dimalamnya. Ini membuktikan bahawa perut telah dimasuki elemen-elemen yang bercampur dan berak-terberak itu adalah hasil manifestasi kemajmukan di dalam perut. hahaha Prof Emeritus Shahnon pasti tersenyum.
Hari Raya Idulfitri disambut. Tidak syak lagi ia amat disukai oleh tokeh-tokeh gedung yang besar. Masa inilah stok-stok lama dapat dihabiskan. Dan masa inilah mak-mak kita berborong habis-habisan. Bapak-bapak akan membantu mak-mak kita memborong barang-barang. Ya. Ia adalah perkara yang normal sejak 30 tahun yang lampau. Tanpa prejudis!
Hari raya idulfitri ini, kita sambutlah dengan harapan baru untuk sebuah penghidupan baru yang lebih baik. Tidak ada gunanya perpaduan tanpa revolusi hotak yang matang. Tiada gunanya perpaduan dengan meminggirkan yang lain. Tiada gunanya perpaduan dengan tidak membuat affirmasi bahawa kita semua adalah anak semua bangsa. Ya. Kita adalah anak semua bangsa!
Maka, pertemuan Uteh Jali dengan Pak Usop Duda Kaya di Idulfitri ini membuktikan dan mengkonfirmkan bahwa dendam kesumat sejak berdekad lalu telah padam. Dan air di Ulu Chepor tetap jernih dan sejuk!-hafiz
http://www.universalkita.com
No comments:
Post a Comment