20081009

Pas mahu BPR siasat kes tuntutan kerajaan negeri

JERANTUT – Pimpinan Pas negeri mahukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tampil melakukan siasatan berhubung isu kegagalan kerajaan negeri melunaskan tuntutan hutang berjumlah RM60 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kegagalan melunaskan pembayaran itu jelas menunjukkan berlakunya kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri kini.

Menurutnya, jika dilihat kegagalan itu juga merujuk kepada satu pentadbiran yang menjurus kepada pemilikan tanah berkaitan politik, yang mana ia berhubung kait dengan UMNO.

“Jika dikaji apa yang berlaku kini, ia memberi kesan kepada rakyat kerana tindakan tersebut menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung beban hutang itu.

“Pimpinan Pas di negeri ini mahukan BPR tampil menyiasat sebab kegagalan kerajaan negeri melunaskan bayaran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meraikan kedatangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumah Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kaum India, N Balasubramian, di sini.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com