20081021

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1706

Dunia-Politik.blogspot.com

Messages In This Digest (4 Messages)

Messages

1.

Jemaah Tabligh: Antara Hikmah dan Fitnah?

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Mon Oct 20, 2008 8:40 am (PDT)


Tabligh
 Drpd perkataan Arab bermakna menyampaikan, Iaitu salah satu drpd sifat Rasulullah SAW di samping sifat sidiq, amanah dan fatanah.
 
Jemaah Tabligh
 Kumpulan yg menjalankan misi dakwah, menyampaikan risalah Islam ke serata tempat.
 
Antara Hikmah dan Fitnah?
 Perlakuan pengikut bukanlah penentu kebenaran sesuatu ajaran. Lihatlah umat Islam serata dunia. Jeleknya perlakuan sebahagian orang Islam tidak bermakna songsangnya ajaran Islam.
Kebenaran suatu ajaran dilihat kepada apakah ajaran-ajarannya. Bukan kepada pengikut-pengikut ajaran itu.
 
Tujuan utama Rasulullah dihantar kepada Umat Akhir Zaman ada 2:
1. Supaya manusia bertauhid kepada Allah
2. Supaya manusia berakhlak baik sesama sendiri.

Jalan Jemaah Tabligh sudah cukup baik untuk mencapai kedua-duanya tersebut, Penilaiannya kelak di Alam Barzakh dan di Padang Mahsyar.

Arwah Maulana Alias dan Arwah Maulana Zakaria adalah ilmuwan, muhaditsin dan hafiz Al-Quran. Mereka telah menyusun cantik perjalanan Jemaah Tabligh setelah berfikir begitu lama. Ia begitu strategik dan mudah diikuti oleh segenap lapisan masyarakat. Hasilnya, jutaan manusia telah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya di India, Pakistan dan Bangladesh. Malahan kesan-kesannya dapat dilihat di banyak negara termasuk Malaysia. Tiada lagi pergerakan Islam yang dapat melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh mereka.

Di India, pergerakan Jemaah Tabligh disusun-atur dan dipantau dengan baik oleh para Ulama. Mereka menurut tata-cara yang telah disediakan oleh Maulana Alias.

Di Malaysia bagaimana? Para Ulama ke yang menjadi Ahli Majlis Syura ( Council ) tertinggi sekali ?

Jika majoriti Ahli Majlis Syuranya adalah ulama, syukurlah. Maka kesemuanya sub-sub syura di merata-rata Malaysia yang bukan ulama, akan berada di bawah tapisan akal manusia yang kukuh dengan Al-Quran dan Hadith.

Kalau tidak, kita akan temuilah lebih ramai lagi mamat:
1. Yang mengeluarkan kata-kata sesuka hati seperti " NANTI ALLAH GANTI ", seolah-olah Allah tu mereka yang punya dan Allah akan mengikut telunjuk mereka. 2. Yang menyangka bahawa hanya orang Jemaah Tabligh sahaja yang dapat mengucap Kalimah Syahadah di waktu nazak.
3. Yang melarikan diri dari majlis-majlis Ceramah Agama dalam Bab Feqah kerana malas nak meningkatkan ilmu dengan sangkaan bahawa ILMU mereka itu dah cukup.
4. Yang mengikut telo India Pakistan dengan sebutan " AL-LAH " walaupun dia mampu untuk menyebut ALLAH dengan betul.

Walaupun begitu, perjalanan Jemaah Tabligh cantik sekali dan mampu menarik ramai orang kepada pendirian agama yang lebih tegoh. Keadaan adalah lebih baik walaupun ramai mamat Tabligh yang sedemikian rupa darpadai ramai mamat penagih dan mamat rempet.

Perkara mengenai menunaikan tanggungjawab atau tidak terhadap ahli keluarga, kerja atau pelajaran ketika keluar berdakwah sangat bergantung kepada sikap individu itu tersendiri. Rasa saya, yang tidak bertanggungjawab memang ada, tapi bukan majoriti. Jadinya, tidak adil kalau kita generalize.

Semoga Jemaah Tabligh tidak dikotori dengan andaian jahil dan nafsu Ahli Majlis Syuranya yang bukan terdiri dari Ahli Agama ( Ulama ). Risikonya akan jadi sesat macam Al-Arqam.

Orang Tabligh suka guna misalan kerana ia dapat deliver mesej dengan baik.

Kalau CIVIL ENGINEER dan ARKITEK yang design dan develop rumah saya, saya yakin untuk mendudukinya kerana mereka adalah ahli di dalam bidang tersebut. 

Kalau KERANI PENCEN DBKL dan TOWKEY TEH SERBUK yang jadi Ahli Syura Majlis Pergerakan Agama sedangkan mereka bukan ULAMA, alamat nak jahanamlah Umat Islam di Malaysia. Agama bukan bidang mereka, agama hanya pegangan mereka

 Tabligh itu bagus secara matlamatnya kerana ianya adalah usaha yang telah dilakukan oleh rasul-rasul. Yang tidak bagusnya ialah orang serta caranya.

ORANG : Menyampaikan dakwah secara tidak bijaksana. Tidak menjadikan diri mereka sebagai contoh. Dakwah itu bukan saja dari kata-kata tetapi juga dengan kelakuan, disiplin diri serta keterampilan. Jemaah tabligh di Malaysia yang nampak pengotor, dicemari dengan penagih dadah serta kelakuan yang kurang elok telah menyebabkan ianya tercemar.
Kena ada panel / penguasa / jawatankuasa / komiti dikalangan gerakan tabligh agar perkara ini dibaiki.

CARA : Gerakan yang berdakwah secara diam-diam dan tidak tersusun ini adalah pembawaan dari gerakan dakwah turun temurun yang dicopy dari gerakan dakwah di India semasa pemerintahan British disana. British telah memberi kata dua kepada ulama-ulama di India pada zaman itu bahawa dakwah Islam boleh dilakukan di masa tersebut dengan syarat ianya hendaklah dilakukan secara tertutup dan diam-diam. Tidak boleh menyentuh soal kenegaraan, ekonomi dan politik. Jika tidak Islam akan dihapuskan di India dan ulama-ulama akan dibunuh. Maka gerakan Islam di India telah bersetuju dengan syarat tersebut. Ianya terus terbawa-bawa hingga ke hari ini bukan saja di India malah seluroh dunia seperti yang telah dibimbing oleh pendakwah-pendakwah dari India tersebut.
Rumusan - cara dan pendekatan jemaah tabligh yang berdakwah dalam keadaan tertekan dengan syarat British tersebut masih tebawa-bawa hingga kini. Ianya telah ketinggalan zaman, jumud serta tidak boleh dipakai lagi.
Kepada mat-mat Tabligh yang sudah dapat mesej yang menyatakan bahawa mereka perlu memperbaiki ketrampilan, mulakanlah. Buanglah jauh-jauh sikap malas anda. 

Walaupun begitu, tidak wajar kita menjadikan sebilangan kecil pengikut Tabligh pemalas ini sebagai ukuran terhadap yang lebih ramai lagi. Generalization seperti ini samalah seperti sikap setengah pandangan penduduk Barat dan Eropah yang melihat Umat Islam semuanya MILITANT TERRORIST. Ia sikap yang amat tidak adil.

Kalau kita kata Jemaah Tabligh yang diasaskan oleh para Ulama India ini jumud kita sudah tersilap jauh. Buat masa sekarang TIADA LAGI GERAKAN YANG LEBIH BERJAYA daripada mereka yang dapat menarik jutaan manusia kembali kepada amalan ibadah. Kalau ada yang setanding dengan pencapaian Jemaah Tabligh ini kita boleh sarankan semua mamat Tabligh ni join yang tu pulak.

Pada masa yang sama, adalah lebih baik mereka dapat sampaikan mesej dakwah yang asas tapi teramat penting dalam agama Islam TANPA sebarang gangguan. Strategi Maulana Alias sangat efektif sekali kerana ia sangat FOKUS kepada perkara POKOK dalam agama Islam, iaitu Kekuatan Iman, Kebaikan Ibadah dan SillaturRahim.

Jika mamat Tabligh mencuit hal Politik, ia akan menarik perhatian pihak berkuasa yang biasanya akan mengakibatkan kesusahan seperti yang berlaku kepada Hasan Al Banna. Hasilnya gerakan dakwah menjadi terencat.

Jika mamat Tabligh mencuit hal Ekonomi, ia terus meletak si miskin terus ke bawah, meletak si kaya ke atas, berpangkat ke atas , kuli ke bawah, si pandai ke atas dan si lemah ke bawah. Ia tidak synchro dengan matlamat mereka menarik lebih ramai ke Masjid.
Sedangkan kemuliaan di sisi Allah adalah TAQWA dan perlumbaan di dalam ibadat.

Jika mamat Tabligh mencuit hal-hal Sosial, ia pasti akan mencuit perkara sensitif seperti BANGSA sedangkan di dalam Islam tiada tempat untuk dasar ASABIAH. Lagipun, kumpulan SASAR mamat Tabligh ini semua lebih suka mendengar kebaikan daripada dikritik.

Secara logiknya, lebih baik ramai mamat Tabligh yang tiada ketrampilan daripada ramainya mat penagih, mat rempit dan mat clubbing. Kita dapat tidor selesa di malam hari. Akan tetapi natijah dari andaian tersebut juga boleh mengundang samada hikmah atau/juga fitnah kepada jemaah Tabligh sendiri.

Harapan kita adalah agar kesemua Ahli Majlis Syura mereka dari kalangan Ulama supaya gerakan mereka diberkati dengan amalan sahih dan tidak dicemari dengan andaian palsu.

  Sekiranya mahu diambil contoh iktibar drpd kehidupan para sahabat Nabi SAW yg berasal dari pelbagai latarbelakang serta corak kehidupan asalnya masing-masing di mana ada yg miskin juga ada yg kaya raya, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada Ahli Majlis Syuranya untuk menyenarai-pendekkankan ahli-ahli pengikutnya ke dalam jemaah kecil untuk tujuan dipertemukan kepada golongan sasaran yg bersesuaian dgn penampilan jemaah kecil tersebut. Apabila golongan sasar berjumpa dan melihat jemaah kecil tersebut yang juga tidak jauh beza zahirnya dgn mereka, menjadikan golongan sasar kurang kekok dan mudah rapat untuk mendengarkan apa yang jemaah tersebut ingin sampaikan. Dari situlah juga satu cara jalan mudahnya untuk mendekati golongan sasaran.
 
Yang menjadi kesilapan besarnya apabila berlaku kecuaian daripada pihak Ahli Majlis Syura dalam membentuk jemaah kecil yang dihantar kepada seseorang atau kumpulan sasarnya.  Contohnya apabila membentuk jemaah untuk menemui seseorang MUFTI tetapi dengan menghantarkan jemaah yang berketrampilan seperti orang pengotor, tanpa beradab sopan, tiada membuat temujanji terlebih dahulu dsb, sedangkan pihak atasan jemaah sepatutnya sedia maklum dan memahami bagaimana untuk menghormati seseorang kenamaan yang hendak diziarahi. Sekurang-kurangnya menghormati kehidupan privacy mereka termasuk jadual rutin mereka juga.
 
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, semoga kita selamat dari seksa kubur, semoga kita dapat perlindungan di Padang Mahsyar dan dapat masuk Syurga tanpa pengiraan.
 
pesanan; maaf kerana mengambil sedutan artikel ahli lain juga.

__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com
2.

ALERT Account Security Problem...(Penipuan Laman Web)

Posted by: "Ahmad" ahmus@yahoo.com   ahmus

Mon Oct 20, 2008 8:08 pm (PDT)

salam,

Di bawah adalah contoh macam mana manusia laknat menipu melalui internet, cara kerjanya begini.

Pertama sekali mereka katakan bahawa maybank2u.com sedang buat kemaskini keselamatan. Jadi dia menasihatkan anda log-in akaun anda. dengan paparan macam maybank2u.com (look&feel) dia sebijik sama. Kalau anda log-in ke akaun dummy ini, mereka akan mendapat ID dan Password akaun maybank2u.com anda.

2. Kerana sistem sekuriti maybank2u yang membekalkan TAC 6 digit no melalui h-phone, jadi sekali lagi mereka meminta adan masukkan TAC 6 digit tu. Sebenarnya pihak penipu inilah  yang sedang log-in akaun anda dan menuggu pihak bank meluluskan tranksasi anda melalui TAC yang dibekalkan oleh pihak bank. Jika anda masukkan TAC ini maka mereka boleh melakukan tranksaksi. Mungkin maybank2u anda tinggal baki minima aja selepas ini.

kalau anda lihat URL juga tidak menyamai URL maybank2u.com
http://www.gr-20-privatenetworking.com/CIMB-Online.htm

Nasihat saya jangan layan email sebegini dan kalau ada masalah terus bertanya ke Maybank tentang akaun anda...

Sekian wassalam.

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus

--- On Tue, 10/21/08, Maybank Berhad <service@national-online2u.com> wrote:
From: Maybank Berhad <service@national-online2u.com>
Subject: ALERT: Account Security Problem
To:
Date: Tuesday, October 21, 2008, 2:56 AM

Dear Maybank Customer,

We hereby inform our valued customers that we have put a stop to the increasing spam attacks and security problem on our online banking servers by introducing a Secured Database (B-MG5*).

We are automatically registering our customers to the secured server for added security and for a convenience and faster online banking experience.

This server relocation is mandatory to all customers and unregistered accounts will be deactivated on our server.

Proceed with your registration below.
http://www.gr-20-privatenetworking.com/CIMB-Online.htm

Sincerely,

Maybank Group

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
3.

VIDEO PARLIMEN: SKANDAL RAKAMAN BUDAK SEKOLAH, BILA ANWAR TIADA, BN

Posted by: "az wan" fiveruz2002@yahoo.com   fiveruz2002

Mon Oct 20, 2008 8:55 pm (PDT)

http://www.mcm2ade.blogspot.com/ -> VIDEO PARLIMEN: SKANDAL RAKAMAN BUDAK SEKOLAH, BILA ANWAR TIADA, BN BERANI SERANG

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

4.

Baru Dr. Mahathir tahu siapa Pak Lah…~Malaysiakini

Posted by: "Zainal Abidin Ali" tm.acoustic@yahoo.com   tm.acoustic

Mon Oct 20, 2008 10:24 pm (PDT)

Baru Dr. Mahathir tahu siapa Pak Lah…~Malaysiakini
<http://www.kulitpisang.com/2008/10/baru-dr-mahathir-tahu-siapa-pak-lah%\
e2%80%a6malaysiakini/
>

[http://www.kulitpisang.com/wp-content/uploads/2008/10/pak-lah-m-300x160\
.jpg
]
<http://www.kulitpisang.com/wp-content/uploads/2008/10/pak-lah-m.jpg>
ALHAMDULILAH, akhirnya Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi (Pak Lah) buka mulut, membidas mantan PM, Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang tidak habis-habis merasakan dirinya masih berkuasa lagi.

Kalau dikatakan dia gila talak, nanti dia kecil hati. Nanti orang kata
dia gila bayang, dia marah. Bukan sahaja dia marah, nanti Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin yang sudah `dilantik secara tidak rasmi'
menjadi jurucakapnya, juga akan marah.

Sudahlah! Cukuplah! Masa kau menjadi PM selama 22 tahun sudah kau lalui.
Kau sering mendabik dada, kononnya kaulah PM yang paling lama memerintah
Malaysia. Habis kuasa Raja-Raja Melayu kau kikis. Habis projek kerajaan
kau swastakan. Kau dah buat macam-macam benda besar yang akhirnya negara
menanggung kerugian.

Kalau kita masih ingat, dalam filem P. Ramlee, Laksamana Do Re Mi, ada
kisah seorang Raja yang masih mahu bertakhta walaupun Menterinya hanya
tinggal dua. Anak gadisnya sudah dilarikan Menteri Pasola. Masih mahu
dikipas walaupun istananya hanya di bawah pokok kayu. Najib baik Re ada
teropong ajaib. Maka, Re terteropong istana pokok kayu itu. Jika tidak,
bertakhtalah Raja yang sudah hilang negeri, hilang rakyat dan hilang
Menteri itu di situ, mungkin sampai kering tanah dan padang, menjadi
gurun, hanya kerana mahu `bertakhta lagi'.

Nanti kalau ada orang gelar dia menyibuk, setelah keluar dari Umno, dia
marah-marah. Janganlah nak susun itu dan ini lagi. Cukuplah! Legasi yang
ditinggalkan, boleh diwarisi anak-anaknya yang sudah kaya-raya sekarang
– hingga mampu mendahului pencalonan Ketua Pergerakan Pemuda Umno,
Mukhriz Mahathir.

Dulu, orang gelar dia mamak. Dia perosak orang Melayu dan Umno. Ada
seorang sasterawan sampai menulis novel berjudul Shit, Anjing dan
macam-macam lagi. Gambaran yang cukup teruk dilukiskan penulis terhadap
`mamak' ini. Malangnya, Melayu yang digelarnya sebagai bangsa
yang mudah lupa, betul-betul melupakan kebencian orang terhadapnya.
Kini, dia meninggalkan Umno. Ketika dia meninggalkan Umno, dia tidak
pula mengajak anaknya sama-sama meninggalkan Umno. Sebab, mereka
anak-beranak sudah cukup kaya-raya. Modal mereka anak beranak, air liur
sahaja. Bercakap mengecam kepimpinan dan mengkritik. Dia masih nak
tunjuk dia berkuasa. Dia nak mencorak rupa bentuk negara ini.

Dr. Mahathir ini sebenarnya muka tak malu. Nasib baiklah, Perdana
Menteri selepas dia ialah Abdullah Ahmad Badawi. Pak Lah ni jenis
manusia yang tidak mencaci orang, tidak mengumpat orang, jauh sekali nak
membuat fitnah. Berbeza dengan Mahathir, dia kuat mengata, dia kuat
mengumpat dan dia sanggup memfitnah.

Bila dalam era kepimpinan dia, dia tangkap borong orang-orang politik
dalam ISA, dia masih merasakan dia hebat!Bila dalam era sekarang,
seorang blogger kena tahan di bawah ISA, dia pula macam mengamuk,
kononnya tak perlu tahan orang itu. Yang patut kena tahan, sebenarnya
dia!

Dia merasakan dia berjaya menyusun selepas Pak Lah, Najib akan menjadi
Perdana Menteri. Dia seolah-olah mahu membalas budi Allahyarham Tun
Razak, ayah kepada Najib yang melantiknya menjadi Menteri, sebaik sahaja
Tun Razak menjadi PM.

Tun Razak jugalah (baca: dengan cadangan Allahyarham Datuk Harun Idris)
yang membawa masuk Dr. Mahathir dalam Umno. Tapi, orang Melayu khususnya
anak-anak Datuk Harun tidak pula memperjuangkan nasib ayahandanya –
hingga meninggal di luar Umno, hanya kerana Dr. Mahathir menyekatnya
dari menyertai Umno.

Malah, tidak ramai yang sedar, bekas MB yang tidak bergelar Tan Sri
hanya Allahyarham Datuk Harun dan Allahyarham Datuk Hormat Rafie.
Sedangkan, dalam era Dr. Mahathir, boleh dikatakan semua MB/KM dapat
gelaran Tan Sri kecuali seorang dua, mungkin kerana tempoh
perkhidmatannya singkat termasuklah Allahyarham Datuk Seri Mohd Zin
Abdul Ghani dan Datuk Seri Abu Zahar Ithnin (Melaka).

Orang-orang Umno, sudah terhasut (makan hasutan) Dr. Mahathir. Mereka
sudah mempunyai perasaan benci kepada kepimpinan. Dr. Mahathir mengajar
pengundi supaya jangan menyokong BN, sebaliknya pilihlah calon-calon
terbaik. Maka, pengundi `patuh' ajaran dan tunjuk ajar Dr.
Mahathir.

Jika Umno mahu mengenang Dr. Mahathir selepas ini, kenanglah dia sebagai
seorang `mamak yang merosakkan Umno'. Anaknya juga sudah mula
menunjukkan sikap serupa, menulis surat meminta Perdana Menteri
meletakkan jawatan. Padahal, surat seperti itu, membuat desakan meminta
PM berundur, boleh dibuat budak-budak yang tidak pernah lulus LCE
(sekarang PMR). Kalau Mukhriz hebat sangat, kenapa dia tidak tunjuk
kehebatannya menentang Anwar Ibrahim ketika pilihan raya kecil Permatang
Pauh dulu? Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib
tentunya tahu, apakah sumbangan yang Mukhriz berikan sepanjang 10 hari
tempoh berkempen.

Cuma, Najib dan Muhammad mungkin tidak mahu mendedahkan, kerana Najib
pun sekarang sentiasa seronok diiringi Dr. Mahathir dan Muhyiddin yang
semakin yakin, dengan susunan kerja dibuat oleh Dr. Mahathir, mereka
akan menjadi pemimpin besar Umno, dua atau tiga bulan dari sekarang.

Pemuda Umno, ketika mahu menyokong Mukhriz, walaupun dengan habuan yang
banyak mereka terima, sesekali fikirkanlah nasib Umno jika terjatuh
kembali ke tangan manusia durjana yang lebih mementingkan Jambatan
Bengkok, Rel Keretapi Berkembar, MV Agusta yang merugikan dan Projek
Proton Saga yang jelas kini `menyesakkan nafas'.Sayangilah
negara ini, dan jagalah Umno supaya tidak diwarisi oleh `anak
mamak' yang menghancurkan Melayu. Kita, sama-sama kena ingat, Umno
bukan milik Dr. Mahathir yang sudah tidak menjadi ahli Umno lagi.

Oleh Malek Saiful Muda

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Yahoo! Groups

w/ John McEnroe

Join the All-Bran

Day 10 Club.

Yahoo! Groups

Stay healthy

and discover other

people who can help.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
•      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
•      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
•      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com