20081011

Pencalonan: Laluan mudah bagi Najib

Semua indikasi setakat ini menunjukkan besar kemungkinan Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO.Tinjauan rambang Agendadaily di bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara mendapati mood terus menjurus kepada Timbalan Perdana Menteri.

Ini ditambah pula dengan pengistiharan terbuka Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri menyokong beliau.

Pada hari Jumaat Kedah,Negeri Sembilan dan Pahang telah menyatakan pendirian itu.

Perhatian pada hari pertama mesyuarat UMNO Bahagian semalam telah bertumpu kepada Machang dimana pengundian dibuat untuk menentukan siapa nak dicalon sebagai Presiden UMNO antara Najib dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Timbalan Perdana Menteri berjaya melalui cabaran itu setelah mendapat undi majoriti.

UMNO Bahagian Kimanis di Sabah pula awal-awal diketahui sudah set untuk mencalonkan Najib.

Hari ini Tumpat di Kelantan dan Besut di Terengganu akan bermesyuarat.

Esok pula sebanyak 22 UMNO Bahagian akan bermesyuarat menjadikan suasana pencalonan lebih menarik.

Antara bahagian yang akan bermesyuarat Ahad ialah Pagoh,Cheras,Tasek Gelugor,Bukit Gelugor,Parit Buntar,Bagan Serai,Taiping,Beruas,Kampar,Semporna,Silam,Kalabakan,Kota Kinabalu,Pontian,Mersing,Pasir Gudang,Batu Pahat dan Rompin.

Apapun difahamkan kedudukan Najib dikatakan akan terus terjamin pada minggu pertama UMNO Bahagian mula beremsyuarat.

“Angin’ pada minggu pertama ini sangat penting bukan sahaja bagi Najib tetapi bagi kesemua calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan penting parti.

Agendadaily difahamkan Tengku Razaleigh bakal mengadapi cabaran getir untuk mendapat pencalonan bahagian.

Pada pemilihan tahun 2004 beliau hanya mendapat satu pencalonan dari UMNO Bahagian Gua Musang yang diketuainya sahaja.

Perhatian samaada beliau mampu mengutip pencalonan selain dari Gua Musang tentulah pada 12 UMNO bahagian di Kelantan tolak Machang yang sudah bermesyuarat.

Ada kedengaran dua tiga bahagian di negeri-negeri lain yang berbunyi macam condong kepada beliau namun tidak dapat dipastikan samada ia boleh diterjemahkan dalam bentuk pencalonan atau tidak.

Untuk melayakkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO Tengku Razaleigh perlu mendapat minima 58 pencalonan bahagian.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com