20081009

Kampus Hewlett-Packard bukti keyakinan ekonomi negara

CYBERJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Hewlett-Packard (HP) membina sebuah kampus di Cyberjaya merupakan bukti keyakinan pihak luar terhadap ekonomi Malaysia walaupun terdapat ketidaktentuan pasaran kewangan di peringkat global.

Beliau berkata, ini membuktikan bahawa keyakinan terhadap asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan kedudukan negara ini yang menarik sebagai lokasi untuk pelaburan langsung asing (FDI).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan oleh HP itu bukan sebarang FDI tetapi sesuatu yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan mengasah bakat inovatif generasi muda serta pekerja yang berilmu dari Malaysia dan seluruh dunia.

“Pelaburan oleh HP akan membolehkan 4,000 orang mendapat pekerjaan dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya ketika berucap di majlis Perasmian Kampus HP di sini, semalam.

Beliau berkata, lebih 79,000 pekerjaan telah dapat diwujudkan sejak MSC Malaysia dibentuk dan menjelang tahun 2010, sebanyak 100,000 pekerjaan dapat diwujudkan dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi bukan saja di Cyberjaya tetapi di seluruh negara.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com