20081009

Saya sudah tidak bersemangat

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam melahirkan rasa sudah tidak bersemangat untuk meneruskan jawatannya sebagai mufti dan ingin kembali berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau yang telah membuat keputusan tersebut berkata, surat untuk kembali berkhidmat di USM juga telah diserahkan secara rasminya kepada pihak universiti pada Isnin lalu.

“Saya dah buat keputusan dan set minda saya untuk kembali bertugas di USM.

“Dan pagi tadi (semalam) saya juga telah mengadap Raja Perlis untuk memaklumkan hasrat saya untuk melepaskan jawatan sebagai mufti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam bagi mengulas mengenai isu perletakan jawatan beliau sebagai Mufti Perlis.

Bagaimanapun, jelasnya tanggungjawab dakwah dan seruan kepada kebenaran akan tetap diteruskan seperti biasa dan berharap agar sesiapa yang memegang jawatan tersebut selepas ini dapat memberikan pandangan untuk kebaikan imej Islam, rakyat dan negara.

Dr Mohd Asri telah dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 bagi menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin dan tempoh asal kontraknya hanya akan berakhir pada tahun hadapan namun beliau memutuskan untuk bersara lebih awal.

Bagaimanapun, beliau turut melahirkan rasa berpuas hati dan gembira sepanjang berkhidmat sebagai Mufti Perlis serta berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis dan juga pihak Istana Perlis yang telah memberi peluang dan sokongan yang baik kepadanya selama ini.

“Saya juga berdoa agar sepanjang tempoh dua tahun saya berkhidmat sebagai mufti terdapat perubahan dalam membina prinsip dan minda rakyat berasaskan kepada kefahaman dari al-Quran dan al- Sunnah,” ujarnya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com