Messages In This Digest (6 Messages)
- 1.
- Peringatan Kepada Pengguna Maybank2u.com From: Eamie Firdaus bin Mussafar
- 2.
- http://www.mcm2ade.blogspot.com/ ->VIDEO MUFTI PERLIS: DUDUK SEMEJA From: az wan
- 3a.
- "Berani Berubah atau Berani Main Kotor?" ~Malaysiakini From: dog.cat54
- 3b.
- "Berani Berubah atau Berani Main Kotor?" ~Malaysiakini From: dog.cat54
- 4.
- Fw: Fwd: Fw: RM5-RM10 From: bukhary @kebar
- 5.
- Re: [ReSpONs]KPD OHMLAWX From: Azham Abdullah
Messages
- 1.
-
Peringatan Kepada Pengguna Maybank2u.com
Posted by: "Eamie Firdaus bin Mussafar" eamie.firdaus.mussafar@time.com.my
Wed Oct 15, 2008 7:06 pm (PDT)
Hi All,
Just for your info
-----
Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu
CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang
menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.
_____________________ _________ __
KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik
seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap
sekelip mata.
Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online)
yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang
memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.
Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya
pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini
maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun
bank.
"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese-
lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi
di ruang siber,'' katanya di sini semalam.
Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak
enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu
perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru,
muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.
Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas
beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian
menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan
maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah
RM4,935.
"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.
Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan
jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar
data menerusi e-mel..
Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park , Petaling Jaya
pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.
Fwdkan email ini pada kawan2 supaya mereka tidak akan menjadi mangsa...
.
<http://geo.yahoo.com/serv? s=97490425/ grpId=19661811/ grpspId=17500175 09/
msgId=624/stime=1224122590/ nc1=4078906/ nc2=2/nc3= 3>
- 2.
-
http://www.mcm2ade.blogspot.com/ ->VIDEO MUFTI PERLIS: DUDUK SEMEJA
Posted by: "az wan" fiveruz2002@yahoo.com fiveruz2002
Wed Oct 15, 2008 9:47 pm (PDT)
- 3a.
-
"Berani Berubah atau Berani Main Kotor?" ~Malaysiakini
Posted by: "dog.cat54" dog.cat54@yahoo.com dog.cat54
Thu Oct 16, 2008 1:34 am (PDT)
"Berani Berubah atau Berani Main Kotor?" ~Malaysiakini
<http://raksasabn.blogspot. >com/2008/ 10/berani- berubah-atau- berani-main- k\
otor.html
Jelas sekali strategi Datuk Mukhriz Mahathir cukup berhasil mengejutkan
semua pemerhati politik Pemuda UMNO. Dengan 40 pencalonan dalam tangan,
Mukhriz sudah layak bertanding di Perhimpunan bulan Mac kelak, dan
mendahului Khairy Jamaluddin serta Dato' Seri Khir Toyo. Tetapi strategi
membuahkan hasil ini perlu dikaji sedalam-dalamnya untuk memastikan sama
ada ianya berketepatan dengan slogan Berani Berubah yang dibawa Mukhriz.
Tanya sahaja mana-mana 'orang dalam' Pemuda, semua akan berkata bahawa
taktik Mukhriz yang selama ini dilihat 'underdog' adalah untuk menabur
wang terus ke perwakilan di setiap bahagian. Sudah pasti ketiga-tiga
calon utama masih menggunakan politik wang untuk meraih undi; siapa pun
tidak akan percaya jika kami katakan bahawa Mukhriz sahaja yang membawa
beg berisi kepala agung. Ternyata realiti politik UMNO masih di takuk
lama.
Tetapi politik kepala agung pun ada etika dan hadnya yang lazim. Mukhriz
yang langsung mendampingi para perwakilan ternyata tidak menghormati
adat Pemuda kerana tidak melalui Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda
Bahagian. Apa yang terjadi di Bahagian seperti Rasah dan Kota Melaka
apabila Ketua Pemuda atau calon Ketua Pemuda Bahagian masing-masing
Helmy dan Razak dikejutkan dengan suara perwakilan yang
berlawanan dengan suara Ketua Pemuda Bahagian. Memang diakui, suara akar
umbi itu wajar kuat dan berdikari dari pemimpin atasan bahagian, tetapi
bukankah kita orang Melayu masuk rumah orang bersalaman dengan ketua
rumah di muka pintu? Adakah wajar untuk Mukhriz dan konco-konconya
memecahkan tingkap, masuk ke rumah orang lantas memujuk anak untuk
membelot bapa sendiri semata-mata untuk wang saku?
Bukan setakat itu sahaja, kumpulan Mukhriz juga dilihat tidak malu
merasuah perwakilan bahagian sejurus sebelum, dan sewaktu mesyuarat
dilangsungkan! Dalam satu kes, seramai 200 perwakilan diberi sampul siap
dengan kad raya dari Mukhriz bersertakan RM1000 setiap satunya! Begitu
gahnya taktik Mukhriz, umpama pantun hilang pembayang 2 baris pertama
atau silat yang tiada langkah bunganya. Dan kini sesudah Mukhriz
mencapai 38 pencalonan cukup bertanding di Mac, sudah pasti dialah yang
akan beria-ia mengecam politik wang dan akan cuba sedaya-upaya untuk
memastikan sama ada orang-orang Khairy atau Khir tertangkap BPR. Walhal
dialah kepala rasuah yang utama dalam pemilihan ini!
Akhirnya yang membawa kekesalan paling besar bagi kami adalah
ketidakselarian slogan perjuangan Mukhriz "Berani Berubah" dengan
tingkah lakunya yang sebenar. Sudah jelas sekali bahawa slogan "Berani
Berubah" itu sekadar pengabur mata dan tidak membawa apa-apa erti kepada
perjuangan
Mukhriz, kerana yang sebenarnya berlaku adalah suatu strategi politikus
yang menghalalkan apa kaedah pun untuk meraih momentum dalam agendanya
berkuasa. Apabila diwawancara di Parlimen tempoh hari, Mukhriz tersenyum
lebar dan angkuh kononnya dialah ejen perubahan yang dimahukan akar
umbi. Namun, ramai yang mengetahui perkara sebenar: kedudukan pertama
Mukrhiz dalam proses pencalonan tidak ada langsung kena mengena dengan
agenda pembaharuan.
Jikapun ada agenda pembaharuan yang dibawanya, Mukhriz mengakui sendiri
dalam wawancara itu bahawa agenda sebenarnya agenda pandang ke belakang,
yakni agenda bapanya Tun Dr Mahathir. Semestinya ramai dalam UMNO masih
menyanjungi Mahathir dan jasanya pada UMNO, tetapi walau apapun pendapat
anda mengenai baik buruk Mahathir, Mukhriz kelihatan tidak langsung
mempunyai agenda atau kepercayaan sendiri.Sebusuk-busuk Khairy pun
dia mungkin sombong, dibantu Pak Lah etc. tetapi siapa pun tidak
akan tergamak menuduh Khairy menjadi boneka Pak Lah. Khairy perlu banyak
berubah, tetapi dia jelas berkapasiti untuk bermuhasabah diri dan
mencari ruangnya sendiri setelah kini tidak lagi boleh dibantu bapa
mertuanya. Kapasiti berdikari ini pada kami merupakan elemen PALING
penting dalam pengisian perjuangan sayap Pemuda UMNO. Jika Ketua Pemuda
mengikut telunjuk orang lain, tutup kedai sahaja lah!
Maka para perwakilan bulan Mac nanti wajar menyelidik habis-habisan baik
buruk setiap calon yang layak bertanding nanti. Sentimen sememangnya
pro-Mukhriz sekarang ini, tetapi sentimen itu suatu fenomena yang boleh
cepat berubah dari masa ke semasa. Yang kekal adalah pengisian
perjuangan bukan slogan, tetapi pengisian! Dan kajilah kita
bersama-sama mana satu individu yang benar-benar terbaik untuk memimpin
pergerakan Pemuda dari segi idea, perwatakan dan potensi meraih
kembali undi muda.
- 3b.
-
"Berani Berubah atau Berani Main Kotor?" ~Malaysiakini
Posted by: "dog.cat54" dog.cat54@yahoo.com dog.cat54
Thu Oct 16, 2008 1:37 am (PDT)

Fw: Fwd: Fw: RM5-RM10
Posted by: "bukhary @kebar" bukhary_80@yahoo.com
Thu Oct 16, 2008 1:46 am (PDT)
----- Forwarded Message ----
From: Azniyah Bt Abu <azniyah@syabas.com.my >
To: Eryannie Abd Gani <eryannie@syabas.com.my >; Haslieny Mat Deris <haslieny@syabas.com.my >; Mohd Johar Mohd Jaffar <johar@syabas.com.my >; Kamilah Ibrahim <kamilah@syabas.com.my >; Mohd Saifuddin Osman <mdsaifuddin@syabas.com. >; Noor Salawati Abdul Halim <noorsalawati@my syabas.com. >; Nur Syahida Ibrahim <nursyahida@syabas.my com.my >; Norasyikin Abu Bakar <syikin@syabas.com.my >; bukhary_80@yahoo.com
Sent: Thursday, October 16, 2008 11:27:22 AM
Subject: Fwd: Fw: RM5-RM10
Regards,
Azniyah Abu
Executive,
NRW Division,
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.
Tel : 03-22895252 ext 404
Fax : 03-22895290
>>> Azlina Bt Razali 10/15/2008 3:41 PM >>>
Azlina Bt Razali
Billing & Recovery Division
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
Tel. No.: 03-22895224
Fax No.: 03-22829520
>>> Azuwa Kamaruddin <azuwa83@yahoo.com > 10/15/2008 2:41 PM >>>
-----Original Message-----
From: Siti Aniqah [mailto:sitianiqah@ecsm.com.my ]
Sent: 07 October 2008 13:34
To: noreen@comtrac.com.my ; Siti Rohaya; Alice; Khadijah; rozita@emeraldinsight.com ; Rozita; Adria Ali
Subject: FW: [ReSpeKs] RM5-RM10
Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya, sebab doctor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer.. Bila dah dipotong barulah dapat Nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar.
Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang. Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat . Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat
menjalani rawatan yang lebih baik lagi. Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2jam.
Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang akan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan. Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara.. Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari
orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.
Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga jalan. Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan kembar dua) dan akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (alwadiah) adalah 4-915303305.
Mudah-mudah Allah memberkati apa yang kita lakukan.
Nama anak : Nur Fatin Najwa Mohd Rashidi
Usia : 3+ bulan (pada 10/8/05)
Kaki kiri dipotong pada hari ketiga kelahirannya ke dunia ini. Kaki kiri semasa dilahirkan mempunyai ketumbuhan yang menutupi kedua-dua saluran hadapan dan belakang. Anak bongsu dari 9 beradik ini memerlukan rawatan lanjut di Hospital Alor Setar. Mohon
sumbangan dari tuan/puan Yang perihatin supaya anak kecil Ini akan mendapat peluang untuk menerima rawatan yang lebih Sempurna. Hulurkan sumbangan anda di Tabung yang disediakan. Atau, hubungi sendiri ? bapa Nur Fatin Di talian 019 4023596 (Rashidi)
SUMBANGAN UNTUK HAMBA ALLAH DARI HAMBA ALLAH KERANA ALLAH
Terima Kasih
?
Tak derma tak peeee....sebarkanla h cerita ini ekkkkkk....
Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist. Download it now!
_____________________ _________ __
Note:
This message is for the named person's use only. It may contain confidential, proprietary or legally privileged information. No confidentiality or privilege is waived or lost by any mistransmission. If you receive this message in error, please immediately delete it and all copies of it from your system, destroy any hard copies of it and notify the sender. You must not, directly or indirectly, use, disclose, distribute, print, or copy any part of this message if you are not the intended recipient. SYABAS and any of its subsidiaries each reserve the right to monitor all e-mail communications through its networks.
Any views expressed in this message are those of the individual sender, except where the message states otherwise and the sender is authorized to state them to be the views of any such entity.
Thank You.
_____________________ _________ __
- 5.
-
Re: [ReSpONs]KPD OHMLAWX
Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com azham_917
Thu Oct 16, 2008 6:03 am (PDT)
assalamualaikum...
kepada pengurusan RFC,
kami pun nak rasa juga...... nak ke utara nun jauh sgt la......
kalau boleh buka cawangan sampai ke Johor pun okay apa?!
--- Pada Khm, 16/10/08, MAREEAM IDRIS <yam9406@yahoo.com > menulis:
Daripada: MAREEAM IDRIS <yam9406@yahoo.com >
Subjek: Re: [ReSpONs]KPD OHMLAWX
Kepada: ReSpONs@yahoogroups.com
Tarikh: Khamis, 16 Oktober, 2008, 2:46 AM
Assalamualaikum wbt.... saya cadangkan kalau boleh dan ada rezki cepat-cepat le RFC membuka cawangan di Lembah Klang, area Klang, Shah Alam pasal saya pernah ke Sg Petani on duty travel dan singgah di RFC Sg. Petani.... saya rasa dengan harga yang berpatutan dan rasanye yang lebih sedap dari KFC tidak ada masalah untuk pasaran berkembang. lainlah pade sesiape yang addicted
sgt pada KFC tu..
Diharap pihak pengurusan RFC dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya. T/kasih.
----- Original Message ----
From: "firdauss@molma. infonet.com" <firdauss@molma. infonet.com>
To: ReSpONs@yahoogroups .com
Sent: Thursday, October 16, 2008 10:07:17
Subject: Re: [ReSpONs]KPD OHMLAWX
INSYAALAH DALAM AWAL TAHUN DPN NI
rfc akan membuka cwgn sekitar utara bermula dari kangar,alor setar dan ke butterworth
New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel http://sg.travel.yahoo.com
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment