Messages In This Digest (5 Messages)
- 1a.
- Re: Kontroversi terbaru Najib beserta dokumen From: anjang aki anjang rawang
- 2.
- * Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam From: Eamie Firdaus bin Mussafar
- 3.
- Apa nyer bahser?Hachi Hachi bacher From: fuzzy 1
- 4.
- Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya From: Eamie Firdaus bin Mussafar
- 5.
- Saya, Hasan Tiro, dan Aceh From: chiko.torremendez
Messages
- 1a.
-
Re: Kontroversi terbaru Najib beserta dokumen
Posted by: "anjang aki anjang rawang" anjangranjang@yahoo.com.my anjangranjang
Thu Oct 16, 2008 5:28 pm (PDT)
orang UMNO walaupun PM dia makan rasuah ...dia tetap undi juga
_____________________ _________ __
Daripada: mr nobody <yahuu_mailer@yahoo.com. >my
Kepada: dunia-politik@yahoogroups. com
Dihantar: Rabu, 15 Oktober, 2008 7:59:20
Subjek: Re: Dunia-Politik.blogspot. com - Kontroversi terbaru Najib beserta dokumen
Bakal PM kita..
----- Mesej Asal ----
Daripada: Eamie Firdaus bin Mussafar <eamie.firdaus.mussafar@ >time.com. my
Kepada: pakbelang@yahoogroups.com ; dunia-politik@yahoogroups. .com
Cc: Ahmad Fadzwan bin Abd Wahab <ahmad.fadzwan@time.com. >; Md Khaidir bin Hanafiah <md.khaidir.hanafiahmy @time.com. >; Md Fuad bin Husni <md.fuad.husni@my time.com. >; Mahfuz bin Mohamed <mahfuz.md@time.my com.my >; Rohana bt. Husin <rohana.husin@time.com. >; Sallehuddin bin Roswan <salehudin.roswan@my time.com. >my
Dihantar: Rabu, 15 Oktober, 2008 11:26:36
Subjek: Dunia-Politik.blogspot. com - Kontroversi terbaru Najib beserta dokumen
macam - macam laaa.......
sumber : http://perakexpress .com/?p=2222
_____________________ _________ __
From:ReSpeKs@yahoogroups .com on behalf of Topengperak_ Xinwugi
Sent: Tue 10/14/2008 17:04
To: respeks@yahoogroups .com
Subject: [ReSpeKs] Kontroversi terbaru Najib beserta dokumen
Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi yang menjadi isu politik besar tahun lepas.
Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 (lihat jadual) yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan".
Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya "tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan. "
"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.
Menurutnya lagi dalam surat 7 Oktober, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi, yang juga ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.
"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Zahar berkata tindakannya itu "tidak bermotifka n politik."
Dalam surat tersebut, Najib juga didakwa "menyampaikan laporan yang kurang tepat kepada Yang Amat Berhormat (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."
Selain Mentari Services yang bertindak bagi pihak satu daripada empat penender Kelowna Flightcraft Ltd, kontrak pembekalan helikopter itu turut disertai Sikorsky dan Agusta Westland , selain Eurocopter.
Menurut Zahar dalam surat keduanya kepada Najib pada 9 Oktober lalu, Kelowna menawarkan 12 model Kazan MI-172 KF dengan harga RM898 juta, Sikorsky (RM1.45 bilion) dan Eurocopter (RM2.32 bilion).
Dalam pilihanraya kecil Ijok, Selangor tahun lepas, isu pembelian Scorpene dan Sukhoi SU30MKM menjadi begitu hangat sehingga memaksa kementerian mengeluarkan kenyataan menjelaskannya.
Kementerian berkata semua perolehan peralatan berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak membazir.
Ia juga menafikan dakwaan kerajaan membayar komisen RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang kenalan Najib yang kini menghadapi tuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia .
Najib setakat ini belum mengeluarkan sebarang ulasan berhubung dakwaan dalam surat Zahar.
Kepilan dokumen asal :
.
.
_____________________ _________ __
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
- 2.
-
* Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam
Posted by: "Eamie Firdaus bin Mussafar" eamie.firdaus.mussafar@time.com.my
Thu Oct 16, 2008 6:31 pm (PDT)
Renungan bersama…
Some more about subrime crisis, tapi dalam malay version pulak…plus relating it to the Islamic perspective.. :-)
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.
Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.
Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..
Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.
FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU
Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut "peluang kedua pinjaman".
Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna mi skin , manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai 'credit rating' yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :-
* mereka yang mempunyai pendapatan rendah,
* mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau 'rekod merah'.
* mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan pendapatannya,
* para spekulator yang tiada mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.
Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman.
Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan mi skin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin.
Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan 'event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba 'interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.
Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation <http://en.wikipedia.org/wiki/ > memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA . [1] <http://www.zaharuddNew_Century in.net/#_ >ftn1
Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian.
Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk.
Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut 'defaulters' menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.
APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?
Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan 'bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.
Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan. [2] <http://www.zaharuddin.net/#_ >ftn2
Secara ringkasnya isunya adalah :-
a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA . Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.
b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.
c) Sebahagian pakar ekonomi menamkannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh.
Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion adalah sama dengan USD 1. [3] <http://www.zaharudd in.net/#_ >ftn3
d) Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.
e) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.
f) Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion. [4] <http://www.zaharuddin.net/#_ >ftn4
231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :-
"Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. [...] The government can ensure a well-functioning financial industry [...] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise." [5] <http://www.zaharuddin.net/#_ >ftn5
PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM
Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . 'Mortgage-backed Securities' ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security <http://en.wikipedia.org/wiki/ > ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham.Asset-backed_ security
Rajah : Proses MBS. [6] <http://www.zaharuddin.net/#_ >ftn6
Sila lihat kepada pulangan riba 'expected return' yang dijanjikan kepada pelabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal ditepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka.
Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini?
Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage Backed Securities.
Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya.
Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang disandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah dibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan 'investment banks' yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat keempat tersebar di Bursa Wall Street.
Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan 'debt trading' atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal hutang (secara diskaun).
Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-
Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David.
Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.
(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)
Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.
Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.
Encik David tetap perlu membayar seperti biasa.
Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.
Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-
Encik David - Peminjam mi skin dan tidak cukup syarat
Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation <http://en.wikipedia.org/wiki/ >New_Century
Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.
Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.
Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku.
Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.
KESAN TERBARU DI WALL STREET
Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai nilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga mempunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah trading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and private equity. Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba 'debt trading'.
Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya. Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion. [7] <http://www.zaharuddin.net/#_ >ftn7
Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%.
Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11 [8] <http://www.zaharuddin.net/#_ > , ketika itu statistik mencatakan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. [9] <http://www.zaharuddftn8 in.net/#_ >ftn9
Pada 22 September 2008 mereka telah 'ditelan' atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion) [10] <http://www.zaharuddin.net/#_ > . Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain. Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion. Bayangkan..ftn10
Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya.
Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. [11] <http://www.zaharuddin.net/#_ > Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba.ftn11
Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar. Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion.
Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac <http://money.uk.msn.com/ > ), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US. Namun akhirnya, mereka turut 'gulung tikar' dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US.[12] <http://www.zaharuddinvesting/ us-banks- bailout.aspx in.net/#_ >ftn12
Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear Stearns <http://en.wikipedia.org/wiki/ > , Goldman Sachs <http://en.wikipediaBear_Stearns .org/wiki/ > , dan Morgan Stanley <http://en.wikipediaGoldman_Sachs .org/wiki/ > terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya.Morgan_Stanley
KESAN KEPADA ANDA?
Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang berniali billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives.
Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung.
Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.
Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai pelabur dan penyimpan. Semua bank-bank ini akan turut merasa kepanasannya.
Telah saya nyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG juga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di seluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan memburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini.
Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga mendapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal gagal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, terutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagl memberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang arami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan 'bungkus' juga.
Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya terdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA , simpanan yang terjamin selamat hanyalah £ 50,000 sahaja. Demikian tegas The Financial Services Authority (FSA). [13] <http://www.zaharuddin.net/#_ > Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak £ 120,000, kemudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang kecuali £ 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan.ftn13
Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member kesan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, termasuk Malaysia .
Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat betapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga.
PANDANGAN ISLAM
Saya ringkaskan begini :-
1) Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang seperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang kebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. Keadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum.
2) Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan peruamhan kepada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula, Ia memang kelihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak akan mampu dibayar.
3) Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.
Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.
Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.
Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:-
Two main points are essential in this regards: elimination of debt trading in the Islamic econo-finance system is important. This is an essential result of the prohibition of Riba.
Once debts are no more discounted and traded, the financial market cannot be stretched beyond what the real sector can bear. In fact financing shall always be less that real market transaction because financial institutions require that certain portion of the transaction be financed by the parties themselves from equity.
This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a major cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. The second lesson is never finance non- real transactions. that is eliminating most of the derivatives and their transactions that are essentially speculative and do not add value to the economy.
Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, but that is a little remote from the finance mentality and it is long term by definition and nature.
4) Sistem Islam, tidak membenarkan pelaburan dengan janji pulangan tetap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun padaawalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji itu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother.
Namun Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu. Sistem Islam hanya membenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya punyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, dan ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan riba yang menimpa USA . Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana seperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. (Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu dengan terperinci dalam tulisan ini).
Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia di dasari oleh aqad Musharakah, Mudarabah, Ijarah dan lain-lain.
5) Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, iaitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan.Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran. Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haramdi sisi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia , namun ia dibenarkan di Wall Street . Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah mereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short selling terhadap 799 saham di Wall Street . Ini mewujudkan lebih ramai spekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. Hasilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator.
ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN
Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan pengaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang dunia.? Bagaimana dengan negara umat Islam.?
Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada ekonomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak berurusan dengan bank-bank US . Namun negara-negara Arab mungkin sedikit berbeza. Dr Monzer berkata :-
Although many Arab countries tie their currencies to the US $ but their economies are not in fact largely dependent on the American economy. They depend largely on their own resources and the momentum of domestic infrastructure and construction sector.
Further, I don't think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey and other Arab countries are dependent on the American financial market, I think whatever these emerging markets are facing now is caused by local policy and construction rather than on the effect of the American finance sector, especially a good proportion of the banking system in the Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact shielded it from the current credit crisis that is basically a debt and mortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. [14] <http://www.zaharuddin.net/#_ >ftn14
Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari bergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita pasti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA .
Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan sedikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis ekonomi USA tahun 2008 ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net <http://www.zaharudd in.net/ >
3 October 2008
4 Syawal 1429 H
Wales, United Kingdom
_____________________ _________ __
This e-mail and any files transmitted with it is legally privileged and confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that you have received this e-mail and any files transmitted with it in error and that any use, dissemination, forwarding, printing or copying of this e-mail and any files transmitted with it is strictly prohibited.
If you have received this e-mail and any files transmitted with it in error, please notify the sender immediately by reply e-mail and delete this email.
Views, opinions, conclusions or other information contained in this email not related to the business of Bank Islam Malaysia Berhad shall not be taken as reflective of or endorsed by it.
This message is intended only for the use of the person(s) to whom it is addressed and may contain information that is privileged or otherwise protected from disclosure.If you are not the intended recipient you are hereby notified that any use, review, disclosure or copying of this message and the information it contains is prohibited. If you receive the message in error , please notify the sender by reply e-mail and discard all its contents. Thank You.
- 3.
-
Apa nyer bahser?Hachi Hachi bacher
Posted by: "fuzzy 1" fuzzyinn@yahoo.com
Thu Oct 16, 2008 6:56 pm (PDT)
- 4.
-
Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya
Posted by: "Eamie Firdaus bin Mussafar" eamie.firdaus.mussafar@time.com.my
Fri Oct 17, 2008 2:47 am (PDT)
Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya
Dilulus terbit pada Friday, October 17 @ 16:30:00 MYT oleh TokBatin <http://www.tranungkite.net/v7/ >modules.php? name=News& file=article& sid=17424
<http://www.tranungkite.net/v7/ > Analisis Isu <http://www.tranungkmodules.php? name=News& new_topic= 5 ite.net/v7/ > <http://www.tranungkmodules.php? name=News& new_topic= 5 ite.net/v7/ > Oleh batista <http://www.tranungkmodules.php? name=News& new_topic= 5 ite.net/v7/ >modules.php? name=Your_ Account&op= userinfo& username= batista
"Ramai diantara kita termasuk rakyat Amerika tidak sedar tentang alasan sebenar peperangan Iraq dan ancaman peperangan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat. Ianya bukan kerana Nuklear, Pengganas dan Minyak. Ini semua adalah mengenai perlindungan dakyah terbesar dan penipuan terhebat di dalam sejarah iaitu Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat (US Petrodollar Scam).
Pada tahun 1971, Amerika Syarikat telah mencetak dan membelanjakan wang kertasnya lebih daripada nilai emas. Beberapa tahun kemudian, Perancis telah menuntut agar matawang Dollar mesti dinilai dengan emas.
Tetapi Amerika Syarikat telah menolaknya kerana mereka tidak mempunyai cukup emas untuk wang kertas yang sudah dicetak dan mereka telah pun membelanjakannya ke seluruh dunia. Oleh itu Amerika Syarikat telah berunding dengan Arab Saudi dan menterai satu perjanjian bahawa OPEC akan mengunakan matawang Dollar Amerika dalam segala urusan penjualan minyaknya. Maka dari itu setiap Negara yang ingin membeli minyak mestilah mempunyai matawang Dollar Amerika terlebih dahulu dimana mereka dikehendaki bertukar barangan dan perkidmatan mereka dengan lambakan wang kertas Dollar yang telah dicetak.
Kesudahannya Amerika Syarikat mendapat minyak secara PERCUMA dengan mengunakan wang kertas Dollar yang mereka telah cetak sendiri. Akhirnya Amerika Syarikat telah makan dengan kenyang di atas segala kos perbelanjaannya dengan pembiayaian Negara-negara di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, penipuan Amerika Syarikat mulai tergugat apabila Saddam Hussein mulai menjual minyak Iraq mengunakan matawang Euro lalu memansuhkan perjanjian yang telah diatur oleh Amerika Syarikat dengan Opec. Oleh itu mereka mesti menghentikan tindakan Saddam Hussein.
Bagaimana? Amerika Syarikat telah mereka cipta satu alasan untuk berperang (drama keruntuhan Menara Berkembar) dan menawan Iraq. Perkara yang pertama Amerika Syarikat lakukan adalah mengembalikan penjualan minyak ke matawang Dollar. Krisis matawang Dollar Amerika dapat dihindarkan buat seketika.
Tetapi Hugo Chavez (Presiden Venezuela) juga telah mulai menjual minyak Venezuela dengan mengunakan matawang selain Dollar Amerika maka berlakulah beberapa percubaan untuk membunuhnya dan cubaan ¡pertukaran regim¢ telah dikesan dilakukan oleh CIA. Presiden Iran Ahmedinejad telah melihat perkara ini dan memutuskan untuk menentang Syaitan Besar Amerika Syarikat di dalam pembohongan dan melakukan perkara yang sama dengan menjual minyaknya mengunakan semua matawang dunia kecuali Dollar Amerka Syarikat.
Dengan tidak semena-menanya selain gangguan dari pemeriksaan IAEA dan pematuhan dengan NPT dan penafian hak untuk mengunakan uranium, Iran menjadi ancaman utama Amerika Syarikat. Tentu sekali Iran menjadi ancaman terhadap Amerika Syarikat tetapi bukan sama sekali kerana nuklear. Apa yang Iran lakukan memburukkan lagi kemusnahan ekonomi Amerika Syarikat dengan menjadi sebuah lagi Negara pengeluar minyak yang mengenepikan NYMEX dan IPE serta menjual minyak mengunakan Euro, Yen dan lain-lain matawang.
Masalah Amerika Syarikat bukan hanya dana matawang Dollar untuk menyara kehidupan rakyatnya dan perbelanjaan mereka yang telah pun dibiayai oleh kita di seluruh dunia tetapi dana untuk membiayai tentera mereka bagi menunjukkan kekuatan kepada Negara-negara yang menjadi ancaman ekonomi Amerika Syarikat seperti Iran. Maka pembohongan ini sudah sampai ke penghujungnya kepada Amerka Syarikat.
Setelah Negara-negara di seluruh dunia menyedari bahawa mereka boleh membeli minyak dengan mengunakan matawang masing-masing selain dari Dollar maka lebih banyaklah Negara-negara Opec akan mengugurkan pengunaan matawang Dollar Amerika. Perkara yang terburuk sekali untuk Amerika Syarikat adalah mereka akhirnya akan terpaksa membeli minyak mengunakan Euro atau Ruble daripada hanya mencetak matawang mereka untuk mendapatkannya. Ini akan menjadi pengakhiran penguasaan empayar Amerika Syarikat dalam membiayai militarinya dan kemusnahan ekonominya.
Ini adalah sebab utama kenapa Iran sangat bahaya kepada mereka dan perlu dihentikan. Perkara ini tiada kena mengena dengan program nuklear Iran seperti juga yang berlaku di Iraq. Penipuan yang terhebat ini sudah sampai penghujungnya dan tiada apa yang boleh mereka lakukan selain dari memulai perang dunia yang baru. Tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.
http://www.iranian.ws/iran_news/ <http://www.iranian.publish/article_ 25030.shtml ws/iran_news/ >publish/article_ 25030.shtml
.
<http://geo.yahoo.com/serv? >s=97359714/ grpId=17568606/ grpspId=17050437 31/msgId= 84557/stime= 1224236399/ nc1=3858795/ nc2=4763762/ nc3=5170418
- 5.
-
Saya, Hasan Tiro, dan Aceh
Posted by: "chiko.torremendez" chiko.torremendez@yahoo.co.id chiko.torremendez
Fri Oct 17, 2008 4:16 am (PDT)
Politik - 14 Oktober 2008 | 1906 kata
Saya, Hasan Tiro, dan Aceh
Oleh : Novia Liza
Hasan Tiro akhirnya pulang ke Aceh. Ia minta orang Aceh menjaga
perdamaian dan GAM tak disebut lagi sebagai separatis.
===================== ========= ========= ========= ========= ========= =
SAYA mengenal nama Hasan Tiro ketika saya duduk di sekolah menengah
atas sekitar tahun 2000, dua tahun setelah konflik kembali memuncak
di Aceh. Sebagian orang yang saya kenal menyebutnya pahlawan dan
pejuang. Tapi ada juga yang menyebutnya sebagai pemberontak atau
separatis.
Abang saya sering membandingkan Tiro dengan Daud Beureuh, pemimpin
pemberontakan Darul Islam di Aceh. Ia menganggap Beureuh lebih hebat,
karena berjuang di Aceh, di negerinya sendiri, tidak mengasingkan diri
ke luar negeri. Tapi bagi saya, Tiro tak kalah hebat. Ia memiliki
karisma, pengetahuan politik, dan strategi perjuangan yang baik, yang
membuatnya bisa memimpin Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan mengatur para
pengikutnya dari luar negeri. Ia membuat mereka tetap setia kepadanya.
Beureuh akhirnya menyerah kepada pemerintah Sukarno dan bahkan, sempat
ditahan. Tiro tidak pernah menyerah. Ia kembali ke Aceh, setelah
pemerintah Indonesia dan GAM menandatangani perjanjian damai. Ia
pulang secara terhormat. Orang-orang GAM menyebutnya "wali" atau
pemimpin besar.
Saya bukan orang GAM dan juga tidak tertarik pada politik, tapi saya
menghargai pengorbanan Tiro untuk rela berpisah dari keluarganya,
orang dicintainya dan tanah kelahirannya sebagai konsekuensi
perlawanan itu.
Mendengar ia akan pulang pada tanggal 11 Oktober 2008, saya pun ingin
menyaksikan kepulangannya dan melihat pesawatnya mendarat di bandar
udara Sultan Iskandar Muda. Hampir tiga puluh tahun ia tak menginjak
tanah Aceh.
Saya pernah mendengar bahwa Tiro berjanji tak akan pulang sebelum Aceh
merdeka. Meski Aceh telah damai, tapi ia tetap bagian dari Negara
Kesatuan Republik Indonesia. Apakah ia sudah lupa pada ikrarnya?
"Yang jelas, beliau ingin pulang sendiri karena rindu pada Aceh,
keluarga, dan ingin melihat langsung situasi tsunami yang telah
menghantam Aceh. Dan yang paling penting, melihat langsung perjalanan
dari isi MoU (Perjanjian Helsinki) yang telah disepakati bersama,"
kata Adnan.Beuransyah dari Komite Peralihan Aceh, organisasi mantan
gerilyawan GAM.
Menurut Adnan, seharusnya pesawat yang membawa Tiro sudah mendarat
pada pukul 09.30.
Di area pendaratan, 60 pria berseragam serba hitam dengan selempang
bercorak garis merah-putih-hitam-merah- putih berbaris memanjang. Tubuh
mereka tinggi besar. Mereka adalah mantan pasukan khusus GAM yang
disiapkan untuk menyambut Tiro dengan azan begitu ia turun dari pesawat.
Siang ini sekitar seribu massa telah memenuhi bandara. Mereka terdiri
dari tua-muda, besar-kecil, laki-laki-perempuan. Ada yang berdiri di
atas truk, ada yang berteduh di bawah payung, ada yang menggendong
anak, ada yang berseliweran di tempat parkir. Di ruang dalam tak
kurang dari 200 orang telah berkumpul. Mereka dan saya menunggu Tiro.
Seorang laki-laki berjas abu-abu tua menghampiri saya. Ia langsung
mengeritik penampilan saya, yang dianggapnya kurang pantas untuk
menjemput Wali. Hari ini saya mengenakan atasan tunik coklat longgar
yang panjangnya kira-kira dua jengkal di bawah pinggang, dipadu celana
jins. Saya juga menutupi kepala saya dengan jilbab. Saya tak terima
disebut "berpakaian kurang pantas". Saya mendebat laki-laki itu,
dengan mengatakan bahwa pekerjaan wartawan mengharuskan saya bergerak
terus. Rok panjang bisa membuat saya tersandung atau jatuh ketika
terburu-buru, atau sedang berdesakan seperti hari ini.
Seorang wartawan televisi nasional juga ditegur laki-laki itu, karena
busananya. Ia mengenakan atasan yang lebih pendek lagi dan menutup
kepalanya dengan selendang yang lazim digunakan perempuan Aceh.
"Saya juga dari Eropa, sering lihat yang terbuka. Tapi ini di Aceh dan
yang kita sambut Wali jadi tolong pakaiannya lebih sopan lagi. Kita
minta maaf juga karena tidak mengkoordinasikan hal ini dengan wartawan
sebelumnya. Jangan tersinggung ya," ujarnya. Ia meminta kami tak
berada di barisan depan para penyambut.
Belum ada qanun tentang jilbab bagi perempuan muslim di Aceh, meski
syariat Islam telah diterapkan dan diperkuat dengan Undang-Undang
Otonomi Khusus Aceh tahun 2001. Baru tiga qanun ditetapkan, yaitu
tentang khalwat, maisir (judi) dan minuman keras. Tapi dalam
pelaksanaannya, busana kaum perempuanlah yang sering dipermasalahkan.
Tanpa jilbab, polisi syariat akan memperlakukan kami seperti penjahat
agama.........
Selengkapnya Klik :
http://www.acehfeature.org/detailbe rita.php? id=647
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment