20090401

K'jaan tidak tolak atau terima bulat-bulat PPSMI

Kerajaan tidak menolak dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau menerima dasar itu bulat-bulat, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata sebarang keputusan nanti mengambil kira pelbagai aspek dan kementerian juga menetapkan beberapa cadangan dalam kertas kerja dasar itu yang kini dalam peringkat akhir untuk diluluskan oleh jemaah menteri.

"Kita tidak perlu melihatnya sebagai situasi kalah-kalah, tolak bulat-bulat atau terima bulat-bulat.

"Yang kita hendak tengok adalah menyesuaikannya mengikut pencapaian pelajar," katanya.

Menjawab soalan Senator Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah di Dewan Negara hari ini, lapor Bernama, Hishammuddin berkata cadangan yang akan dibentangkan kepada kabinet antaranya:

bullet button menggunakan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah, atau

bullet buttonmenggunakan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda bagi mata pelajaran tersebut di sekolah rendah dan menengah.

"Alternatif lain ialah bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah sendiri, penggunaan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah," katanya.

Cadangan itu hasil pelbagai perbincangan secara terbuka yang dibuat antaranya melibatkan ahli akademik, NGO, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak kerajaan dan pembangkang, tambahnya.

"Walaupun kita telah mendapat pelbagai alternatif melalui persidangan meja bulat, mesyuarat profesional, memorandum atau pemberitahuan daripada pelbagai medium, ia bukanlah satu formula yang dapat menyelesaikan semua permasalahan yang timbul dalam penentuan masa depan dasar ini," Hishammuddin dipetik berkata.

Tambahnya, apa jua keputusan yang akan diumumkan nanti, empat perkara utama akan diambil kira iaitu kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terus dimartabatkan, selain penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar akan diperkasakan.

Perkara lain ialah kompetensi guru dalam mengajar Sains dan Matematik akan diutamakan dan pencapaian para murid dalam dua mata pelajaran itu akan terus dipertingkatkan, katanya lagi.

1 comment:

Unknown said...

Elok di hapuskan terus dasar PPSMI tu...guru sendiri pun pening nak mengajar dlm bahasa inggeris. ini kan pula pelajar...Di negara yg jauh lebih maju dari kita pun tak gunakan dasar masam ni....jangan merumitkan benda yg mudah...

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com