20090423

Pengundi Cina, India jadi rebutan

Seramai 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India akan menjadi penentu nasib calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, 7 April ini.

Calon BN Ismail Saffian berkata, dalam pilihanraya umum lalu, PAS sebenarnya tidak menang dengan undi Melayu.

Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu berkata, PAS hanya memperolehi 40 peratus undi Melayu pada 2004 dan 45 peratus pada 2008.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209"Dalam pilihanraya umum lalu, allahyarham Roslan (Shaharum) menang kerana berjaya memperoleh 20 peratus undi bukan Melayu," kata Ismail.

"Dengan 45 peratus ditambah 20 peratus undi Cina dan India, dia boleh menang dengan majoriti 1,500 undi," katanya kepada Bernama.

"Pada 2004, sebanyak 70 peratus orang Cina menyokong BN.

"Bagaimanapun dalam pilihanraya umum lalu, sokongan itu turun kepada hanya 30 peratus.

Majoriti pengundi Melayu

"Itulah sebabnya kali ini, kami cuba untuk menyakinkan mereka supaya menyokong kami.

"Berdasarkan kiraan saya, jika sokongan pengundi Cina boleh ditingkatkan sebanyak 40 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang," katanya.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi - Kuala Sepetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

Terdapat 55,562 pengundi dalam kawasan parlimen tersebut, dengan majoriti pengundi Melayu seramai 34,884 orang.

"Majoriti pengundi Cina ialah di Kuala Sapetang. Terdapat kira-kira 4,000 pengundi Cina, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi," kata pengerusi MCA bahagian Datuk Ho Cheng Wang.

Tidak mengejutkan apabila selepas penamaan calon, pemimpin tinggi BN seperti Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat terus ke Kuala Sepetang untuk bertemu pengundi.

Pemerhati politik berkata majoriti pengundi Cina dari Kuala Sepetang, Simpang Halt, Kampung Port Weld, Sungai Sepetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sepetang.

Pakar strategi DAP

Selebihnya, di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Menyedari usaha BN itu, pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mempertingkatkan kempen mereka di Kuala Sapetang malam tadi dengan menganjurkan lebih banyak ceramah bagi menyampaikan mesej mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata mereka tidak risau dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya kecil itu tetapi bimbang dengan kedudukan pengundi Melayu dan Cina, memandangkan kawasan parlimen itu boleh dikatakan luar bandar.

"Walaupun kami mempunyai peluang yang lebih baik, kami sangat berhati-hati mengenainya.

"Hanya satu perkara yang baik iaitu penerimaan masyarakat Cina terhadap Mohammad Nizar adalah tinggi," katanya.

Dan mulai hari ini, hampir setiap hari - terdapat ceramah mega dianjur kedua-dua parti politik itu, dalam usaha untuk menyampaikan hujah mengikut pandangan masing-masing kepada pengundi.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com