20090421

Fw: Siapa beradab dan siapa khianat?



----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: zabidi md nor <akula_bd@yahoo.com.my>
Kepada: emel baru <yahuu_mailer@yahoo.com.my>
Dihantar: Sabtu, 14 Februari, 2009 4:36:28
Subjek: Fw: Siapa beradab dan siapa khianat?



----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: "halizam@ejjv.com.my" <halizam@ejjv.com.my>
Dihantar: Khamis, 12 Februari, 2009 9:46:50
Subjek: Siapa beradab dan siapa khianat?



----- Forwarded by Halizam Amin Abdul Halim/EJJV_KL/MY on 02/12/2009 09:00
AM -----

noor azhar
<noorazhar77@yah To: kuzyzy@ejjv.com.my, azraai@ejjv.com.my,
oo.com> farul.izwan.jamaludin@akersolutions.com, halizam@ejjv.com.my
cc:
02/12/2009 08:15 Subject: Siapa beradab dan siapa khianat?
AM






Siapa beradab dan siapa khianat?
FEB 11 ? Perak kini berada di dalam kemelut perlembagaan. Media massa yang
dikuasai Barisan Nasional sudah dikerahkan untuk memutarbelitkan fakta bagi
mengelirukan rakyat dalam perang propaganda. Pertama, dikatakan Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang memulakan insiden lompat ini dahulu. Kedua, Pakatan
Rakyat dikatakan khianat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Sememangnya Anwar telah memulakan jemputan kepada wakil-wakil rakyat BN
untuk menyertai Pakatan bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan.. Tetapi
jemputan Anwar ini dibuat dari awal, secara terbuka.


Malangnya, kali ini tindakan rampasan kuasa BN pimpinan Dato' Seri Najib
Razak diselubungi tipu daya, ancaman dan rasuah. Mula-mula, Dato' Zainal
Abidin Zin, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mengakui membawa seorang
pemimpin Keadilan Perak berjumpa Najib sejurus selepas pilihan raya umum 8
Mac 2008. Pemimpin tersebut mendakwa Najib menawarkan wang RM50 juta untuk
mendapatkan beberapa wakil rakyat sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan
Rakyat Perak.


Selepas itu, YB Osman Jailu dan YB Jamaluddin Osman ditekan dengan
pertuduhan rasuah ketika menjadi exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Kemudian, mereka hilang tanpa diketahui semua. Mereka mendakwa mereka cuti
sakit, tetapi isteri mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.


Kini, apakah status pertuduhan rasuah Osman dan Jamaluddin? Dahulu BN
bermati-matian menuduh mereka bersalah, tetapi kini wujud dilema: jika
mereka didapati tidak bersalah, rakyat akan menganggap itu sebahagian dari
perjanjian untuk menyokong kerajaan BN. Jika bersalah dan dihukum, mereka
boleh kehilangan kerusi mereka, dan lebih parah lagi, BN akan dianggap
sanggup menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan kuasa mereka.


Anwar turut menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil
sidang khas bagi membuat undi tidak percaya kepada kerajaan dalam dewan.
Tawaran Anwar juga dibuat dengan tekad untuk membubarkan Parlimen selepas
peralihan kuasa agar tindakan itu mendapat mandat rakyat. Tindakan Anwar
penuh adab kepada keluhuran perlembagaan dan prinsip demokrasi.


Namun, BN yang sebelum ini berhasrat menggubal undang-undang lompat parti
kini diam membisu tentang mendapat mandat rakyat. Dewan Undangan Negeri
sebagai institusi legislatif negeri dibelakangkan. Apatah lagi apabila
Speaker DUN telah pun memutuskan Osman dan Jamaluddin meletak jawatan. BN
boleh mempertikaikan hakikat tersebut, tetapi mereka hendaklah ambil
tindakan mahkamah memandangkan Speaker sudah pun membuat keputusan.


Pandangan peribadi saya, tindakan menukar parti bagi seorang wakil rakyat
seiring dengan prinsip kebebasan berpersatuan dalam perlembagaan. Pilihan
ini membolehkan wakil rakyat mempunyai kuasa ketika berhadapan dengan kuasa
eksekutif dan pimpinan parti. Tetapi mereka seharusnya berani berhadapan
dengan penilaian rakyat yang boleh mengukur sama ada tindakan mereka dibuat
di atas prinsip atau tidak. Tindakan mereka juga hendaklah bebas dari
sebarang tekanan, ugutan mahupun habuan.


Tentang persoalan kedua, tindakan ghairah Najib lah yang mahukan peralihan
kuasa dibuat dengan apa jua cara yang telah mencemarkan kemuliaan institusi
raja berperlembagaan di negara kita. Sekiranya Najib sanggup menggunakan
tindakan beradab dengan meminta pembubaran DUN atau persidangan khas DUN
seperti Anwar, institusi raja tidak akan terheret di dalam kontroversi ini.
Tetapi beliau terlalu ghairah setelah gagal bertarung di dalam gelanggang
pilihan raya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


Khairy Jamaluddin pula cuba mengapi-apikan sentimen kononnya Pakatan
khianat. Sebelum Mac 2008, Khairy cuba memakai topeng Ultra Melayu agar
meraih sokongan. Tetapi selepas 8 Mac yang mana keangkuhan beliau turut
dikatakan penyebab kehilangan sokongan BN, beliau berubah watak sehingga
kelihatan pandangannya umpama pimpinan Pakatan. Tetapi sekali lagi dalam
usaha mendapat sorakan orang ramai, beliau kecundang, memilih jalan pintas.


Pada Mac tahun lepas, penyokong parti mana yang mengibarkan kain rentang
memanggil DYMM Sultan Terengganu "natang" (binatang)? Melayu hari ini tidak
mudah lupa.. Jelas, siapa beradab dan siapa khianat.


Najib menyatakan beliau bukan memulakan peristiwa lompat-melompat. Tetapi
Najiblah yang memulakannya secara khianat dan tidak beradab. Pakatan
menganjurkan peralihan kuasa, Najib memulakan rampasan kuasa.


NIK NAZMI NIK AHMAD merupakan ADUN Seri Setia, Selangor dan turut menjawat
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor serta Exco Angkatan Muda
Keadilan Malaysia. Beliau menulis blog di www.niknazmi.com. Pandangan ini
merupakan pandangan peribadi.



No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com