20090424

Fw: ^blalang^ Fikir sendirilah Bro in Islam...



----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: respeks 2008 <faruqi2001@yahoo.com>
Kepada: respeks_group@yahoogroups.com; bersamamu@yahoogroups.com; blalang_group@yahoogroups.com; Islamic-ebook@yahoogroups.com; hidayahnet@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com; kayangan@yahoogroups.com; Keluarga_Melayu@yahoogroups.com; keluarga02@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; malaycafe@yahoogroups.com; Pahang@yahoogroups.com; melayucyber@yahoogroups.com; mymasjid@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; Relexjap@yahoogroups.com; tipah@yahoogroups.com; uitm-melaka@yahoogroups.com
Dihantar: Sabtu, 14 Februari, 2009 10:16:55
Subjek: ^blalang^ Fikir sendirilah Bro in Islam...



Peranan Jelas UMNO dan Sister-In-Islam dalam memurtadkan Melayu?
Dilulus terbit pada Saturday, February 14 @ 09:21:25 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh dewa

" Akhbar hari ini melaporkan usaha terbaru Sister-In-Islam yang gigih memperjuangkan hak untuk murtad dan mempertikaikan hukum-hukum Islam. Sister-In-Islam yang diketuai oleh anak perempuan PM (badawi) dan bekas PM (Tun M) hanya ditentang oleh PAS dan NGO Islam sedangkan UMNO masih memberi sokongan secara rasmi dan tidak rasmi kepada SIS . Rakyat yang asalnya bergantung harap kepada Sultan-sultan selaku ketua agama Islam juga sudah semakin hampa.

"KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) menyelar penganjuran program Musawah oleh Sister-In-Islam. yang membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam".

Kebelakangan ini, operasi memurtadkan orang-orang Melayu semakin menjadi-jadi. Pemerintahan lemah dan lembik oleh Pak Lah menyuburkan usaha-usaha memurtadkan orang Melayu. Keasyikan rakyat dengan isu politik Perak digunakan oleh organisasi-organisa si anti-Islam untuk menggandakan operasi memurtadkan orang Melayu. Artikel ini menganalisa bagaimana organisasi-organisa si ini memperkudakan KJ dan UMNO dan menggunakan kesempatan dari pergolakan politik untuk memurtadkan orang-orang Melayu.



Menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, gejala murtad semakin menjadi-jadi. Rumusan ini berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu. Kenyataan Nakhaie ini mengesahkan lagi kenyataan yang dibuat oleh PAS dan Mufti Perak sebelum ini.

Kenyataan PAS dan Mufti Perak disangkal oleh UMNO yang menafikan murtad suatu isu di Malaysia. Agak pelik sekiranya berita tentang Lina Joy tidak pernah sampai kepada orang-orang UMNO.
Menurut Mohd Nakhaie, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan.

"Walaupun kebanyakan orang yang murtad ini daripada saudara baru.. masuk agama Islam dan kemudian kembali ke agama asal, ada juga orang Melayu yang mula (memilih untuk murtad).
"Saya tak kata sedikit (jumlahnya), tetapi ia membimbangkan," katanya yang tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad," katanya. Mohd Nakhaie berkata demikian selepas merasmikan Seminar Peperangan dan Kesengsaraan Umat Islam Iraq anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman.
Seminar itu turut mengundang wakil Nahrain Relief Foundation For Development Iraq, Dr Alla Makki untuk memberi gambaran sebenar keadaan di Iraq. Dalam nada kesal, Mohd Nakhaie berkata, satu ketika dulu sukar melihat orang Melayu murtad kerana mereka masih sayang pada agama, tetapi hari ini situasinya berbeza. "Dulu susah untuk lihat orang kita murtad.

Walaupun orang (Islam) itu samseng, tapi kalau kita kata dia bukan Islam, dia (sampai ke tahap sanggup) tumbuk… dia marah walaupun dia samseng.
"Sekarang ini ada di kalangan terpelajar, penuntut universiti murtad (dan mereka) daripada kalangan orang Melayu," katanya.

Pada Julai 2006, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, membuat kejutan apabila mendakwa 100,000 umat Islam di negara ini murtad.

Harussani dipetik sebagai berkata, jumlah terbabit diperoleh menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual.

Menurut kajian terperinci, dalang disebalik gejala murtad ini ialah UMNO dan Pak LAh. Berikut ialah bukti-bukti untuk difikirkan sendiri oleh pembaca:

1. Pak Lah sendiri pernah membuat kenyataan media bahawa secara peribadi, Pak Lah percaya bahawa tiada paksaan dalam beragama dan murtad tidak patut dihalang. Kenyataan ini disiarkan secara besar-besaran oleh media luar negara tetapi ditapis di Malaysia.

2. Anak perempuan Pak Lah merupakan orang kuat Sister-in-Islam. Masyarakat sedia maklum bahawa Sister-in-Islam menyokong kuat hak untuk murtad dan Amina Wadud merupakan salah seorang pengasas Sister-In-Islam.

3. UMNO sentiasa menghalang sebarang percubaan untuk mengemukakan undang-undang Islam yang menghalang usaha murtad. Cubaan PAS menghalang murtad dengan perkenalkan undang-undang Islam sebelum ini telahpun dihalang oleh UMNO.

4. Pak Lah sendiri yang memberi lampu hijau kepada Majlis Peguam untuk membuat forum-forum berkaitan agama atas dasar kebebasan bersuara. Tetapi, apabila situasi menjadi panas, Pak LAh menyepi.

5. Sewaktu ahli-ahli Parlimen PAS menggesa agar solat dijadikan sebahagian dari modul PLKN dan anak-anak beragama Islam perlu dijaga solat mereka sewaktu PLKN, menteri-menteri UMNO membantah keras atas alasan solat dan agama tidak lebih dari urusan peribadi.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah di bawah pemerintahan Pak Lah dan UMNO, budaya murtad cukup subur. Kita percaya bahawa Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Presiden ABIM akan lebih sensitif terhadap isu ini berbanding Pak Lah. Kritikan Anwar ke atas Sister-In-Islam juga sangat jarang disiarkan oleh media perdana dan hanya mendapat liputan berita alternatif.

NAJIB PULAK???? Belum jadi PM dah bagi jaminan akan bagi peruntukan dekat mubaligh-mubaligh Kristian! Makin gila babi puak-puak pimpinan UMNO ni..


Kegigihan Sister-In-Islam yang bertekad akan membawa Amina Wadud ke dalam forum-forum berkenaan tidak pun diulas oleh Zahid Hamidi yang mungkin sudah menggigil lututnya kerana ketakutan.

UMNO sibuk nak demo kononnya nak pertahan Sultan, orang murtad UMNO relaks saja.. Salah priority parti sesat ni.

"


No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com