20090424

Suhakam: Cara bentuk k'jaan baru timbulkan persoalan

Suhakam: Cara bentuk k'jaan baru timbulkan persoalan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa ia pilihanraya yang bebas dan adil merupakan satu hak asasi manusia.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya yang baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama di mana kesahihan surat peletakan ahli dewan undangan negeri (Adun) diragui," tambahnya.

Menurutnya, sempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas.

"Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media.

"Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi," katanya.

Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini.

Perak dilanda krisis politik apabila empat ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas.

Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional.

Keempat-empat Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Tindakan itu sekaligus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Sultan Perak menolak permohonan Pakatan supaya DUN dibubarkan dan diadakan pilihanraya negeri.

Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sepertimana yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry petang tadi.

Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru, selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata.

Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah - tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.


No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com