20090422

Arumugam 'selamatkan' Kerajaan Kedah, kembalikan 'kuasa' pada rakyat

Arumugam 'selamatkan' Kerajaan Kedah, kembalikan 'kuasa' pada rakyat
Azamin Amin
Tue | Feb 10, 09 | 12:43:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - Ahli Dewan Negara Senator Mohd Yusuff Hussein menyifatkan tindakan Arumugam Vengatarakoo meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Selambau dan Exco Kedah semalam adalah usaha beliau untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah daripada terus digugat oleh Barisan Nasional (BN).

Iklan

Kata Senator Yusuff yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Arumugam juga bertindak secara bertanggungjawab dengan mengembalikan kuasa memilih di tangan rakyat untuk membuat keputusan.

"Senario ini Kedah tidak sama di Perak. Arumugam kembalikan mandat pada rakyat biar rakyat pilih siapa yang dikehandaki.

"Bukannya macam Perak apabila tiga Adun itu bertindak seperti 'pengecut', tidak berani kosongkan kerusi untuk adakan pilhan raya kecil. Rakyat Perak tidak diberi peluang pilih pemimpin mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya alasan kuat Areumugamn ialah beliau tidak tahan dengan tekana, ugutan dan ancaman keselamatan yang dilakukan oleh pihak tertenu untuk beliau menyertai BN sedangkan beliau tidak mahu 'lompat' seperti diuar-uarkan media selama ini.

"Mereka menggunakan kes 10 tahun dan 2 tahun lalu sebagai ugutan untuk beliau jatuhkan kerajaan Kedah sedangkan insiden itu berlaku sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi," katanya yang telah pun giat menggerakkan jentera parti untuk mengembleng tengana membantu jentera KeADILan bagi mengahadapi pilhan raya kecil pada bila-bila masa.

Beliau menjalskan bahawa Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, semalam menyatakan kuota kerusi itu diserahkan kepada KeADILan sama seperti diperseutujui dalam pilhanraya umum tahun lalu.

"Arumugam merupakan seorang satu-satunya wakil rakyat India yang mewakil kaum India di seluruh Kedah dan kita akan sokonga sesiapa sahaja yang menjadi calon demi memastikan kedududkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kukuh.

"Beliau wakil rayat yang baik cuma dia tidak mampu hadapi tekanan dan ancaman. Dia juga belajar daripada pengalaman seperti di Perak dan untuk menyelamatkan kita, dia sanggup letak jawatan dan bukannya berpaling tadah macam di sana," katanya

Senator Yusuff berharap agar pilihan raya kecil akan datang menjadi platform untuk rakyat menilai sendiri gerak-kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Kedah Pakatan Rakyat selama 10 bulan ini sekaligus menghukum BN yang melakukan cara-cara tidak beretika untuk berkuasa seperti di Perak.

"Saya harap rakyat boleh faham situasi di Kedah dan harapa dapat kembalikan kemanangan yang sama kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa BN benar-benar sudah ditolak," katanya.

Semalam menjawab pertanyaan media, Ustaz Azizan memberitahu Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional (BN) dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya dan menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. - azm_

-->


No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com