20090426

Polis terima telefon hantar SMS ugutan

KUALA TERENGGANU 16 April - Beberapa telefon bimbit yang terlibat menghantar dan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri ini diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.

Difahamkan, salah sebuah telefon bimbit berkenaan dimiliki oleh pegawai kanan kerajaan negeri yang didakwa menghantar SMS berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, telefon berkenaan diserahkan oleh pemiliknya bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian penghantaran SMS berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan identiti pemilik kesemua telefon terbabit.

Katanya, polis juga telah merakam percakapan individu yang dipercayai terlibat dalam kes itu.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com