20090430

Nizar: Ini bukan setakat p'raya kecil...

Pencalonan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin
sebagai calon Pakatan Rakyat telah memeranjatkan ramai pemerhati politik.

Tambahan pula, PAS mempunyai ramai pemimpin berbakat yang boleh dicalonkan di situ dan Mohd Nizar pula sedang berentap dengan usaha untuk merampas semula Perak dari Barisan Nasional.

bukit gantang by election nomination day crowd people shots 300309 04Bagi Mohd Nizar, jawapannya mudah: "Ia bukan setakat satu pilihanraya kecil".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di baglo sewanya di Ipoh Rabu lalu, Mohd Nizar berkata, kepimpinan PAS tidak melihat Bukit Gantang sebagai hanya satu pilihanraya kecil. Ia melihat Bukit Gantang sebagai tapak perubahan politik di Malaysia.

Ramai pemerhati dan pemimpin Pakatan Rakyat menganggap pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai satu referendum terhadap tindakan kontroversi BN mengambil alih kerajaan negeri Parak hampir dua bulan lalu.

Kedudukan BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dilihat genting kerana kekalahannya akan dianggap sebagai petanda rakyat tidak merestui kerajaan baru BN di Perak itu.

Menurut Nizar, beliau sendiri terperanjat apabila beliau dicalonkan kerana namanya tidak pernah disebut sebagai calon yang berpotensi bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Mereka membuat keputusan pada saat-saat akhir. (Tetapi) ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi PAS," katanya merujuk kepada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu di mana Abdul Wahid juga dipilih sebagai calon PAS di situ pada saat-saat akhir.

1 comment:

Malaysian said...

Walaobagaimanapun, Nizar masih merupakan MB Perak saya yang tersayang!

Hidup Nizar!!!


Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com