20090429

Rakyat Perak atau pindaan perlembagan tajaan Umno yang mudaratkan raja?

Rakyat Perak atau pindaan perlembagan tajaan Umno yang mudaratkan raja?
Abdul Aziz Mustafa
Tue | Feb 17, 09 | 10:05:25 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Ketika Umno begitu histeria dengan aksi-aksi yang kononnya membela Raja-Raja Melayu, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan, yang mana satukah mendatangkan mudarat atau keburukan lebih besar kepada kedaulatan Raja-Raja antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?


Dalam kenyataan yang dilihat mengingatkan Umno, beliau berkata, Raja-Raja Melayu hari ini boleh dibawa ke mahkamah khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.

"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.

Dalam kenyataannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Mengulas apa yang berlaku di Perak, Tengku Razaleigh berkata, isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.

Sebaliknya, kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."

Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.

Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."

Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankan undang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Baru-baru ini, mahkamah khas tersebut yang membicarakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmann yang disaman oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) telah memerintahkan Tuanku Ja'afar membayar AS$1 juta kepada SCBMB.



No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com