CYBERJAYA: Malaysia perlu mewujudkan pasaran baru bagi produk dan perkhidmatannya memandangkan pasaran tradisi sudah terjejas oleh krisis ekonomi global, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Katanya Malaysia perlu mengingatkan dirinya bahawa dunia telah menjadi lebih miskin dan barangan yang negara ini keluarkan mungkin tidak lagi mendapat pasaran seperti sebelumnya.
"Mungkin kita boleh melihat ke dalam negara atau ke negara yang tidak terlibat dengan permainan wang menjadikan wang," katanya dalam bahagian pertama Siri Ucapan Kepimpinan Malaysia MSC 2009 di sini.
No comments:
Post a Comment