20090423

Perdana Eksekutif kereta rasmi Perak

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan membeli kereta Proton Perdana Eksekutif untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan 16 buah kereta rasmi jenis Toyota Camry yang akan dilelong pada 4 hingga 18 Mei ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Kita sudahpun membuat keputusan bahawa kita akan kembali semula kepada Proton kerana itu adalah kereta yang menjadi lambang kebanggaan negara dan sewajarnya kita kembali semula menggunakan kereta ini sebagai kereta rasmi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com