20090425

Saran 'meja bulat' satukan Pemuda Umno

Perjumpaan meja bulat perlu diadakan segera untuk meredakan perasaan tidak puas hati penyokong ketiga-tiga calon ketua Pemuda Umno Malaysia, kata bekas ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus.

“Khairy Jamaluddin perlu mengambil langkah berjumpa dan berbincang dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bagaimana untuk menyatukan semua pergerakan Pemuda," tegasnya.

mukhriz khir toyo khairy jamaluddin faceoffSyukur berkata, Khairy perlu mengikis keegoannya sebagai ketua Pemuda Umno dan perlu menerima pandangan dari Mukhriz dan Dr Mohd Khir untuk kebaikan pergerakan itu.

Manakala Mukhriz dan Dr Mohd Khir pula, tambahnya, perlu secara terbuka menerima Khairy sebagai ketua Pemuda Umno yang baru.

“Jika perkara ini tidak boleh diselesaikan, maka kekuatan Pemuda Umno akan hilang,” katanya ketika ditemui di Rawang dalam program anjuran Pemuda Umno malam Jumaat lalu.

Program itu dilancarkan oleh Khairy dan dihadiri oleh kira-kira 500 anggota pergerakan tersebut.

Dalam pemilihan jawatan ketua Pemuda Umno bulan lalu, Khairy mengalahkan Mukhriz dan Dr Mohd Khir.

Bagaimanapun, selepas kemenangan Khairy diumumkan, ratusan penyokong Mukhriz berhimpun membantah sambil melaung 'perasuah'.

Malah, sepanjang perhimpunan agung Umno bulan lalu, kedengaran bunyi sorakan 'boo' setiap nama Khairy disebut.

Khairy bagaimanapun, tidak dlantik menganggotai kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, Mukhriz telah dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Manakala Datuk Razali Ibrahim yang menang jawatan naib ketua Pemuda Umno, dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com