20090401

Si Pin: Hormati hak calon bebas bertanding

Calon bebas seharusnya dibenarkan menggunakan hak politik mereka untuk bertanding dalam pilihanraya kecil, kata Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin.

Katanya, rakyat mesti bersikap terbuka dan menerima keputusan individu-individu berkenaan untuk bertanding.

Bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, seramai 15 orang termasuk 13 calon bebas telah menyerahkan borang penamaan calon semalam.

bukit selambau nomination day pkr candidate and crowd 290309 01Calon-calon bebas tersebut ialah L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Penyertaan seramai 13 calon bebas itu dianggap satu sejarah dan yang teramai dalam satu-satu pilihanraya kecil yang pernah diadakan.

Lim berkata, penyertaan calon-calon bebas dalam pilihanraya mencerminkan sistem pemilihan yang demokratik di negara ini.

"Penyertaaan mereka juga mencerminkan bertambahnya kematangan rakyat untuk mengambil bahagian dalam sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kita juga dapat melihat di negara lain, di mana calon-calon bebas bertanding dalam pilihanraya. Mereka memfokuskan terhadap isu-isu dan kebajikan rakyat," tambahnya.

"Oleh itu, kita mesti menghormati keputusan mereka yang bertanding sebagai calon bebas, sama ada dalam pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil," kata Lim.

Lim juga menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dalam apa juga bentuk perjudian menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Bating Ai.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com