20090406

MIC: Ganesan dahului sokongan pengundi

MIC mendakwa tinjauan terkini petugasnya di Bukit Selambau mendapati calon BN, Datuk S Ganesan mendapat sokongan majoriti pengundi semua kaum di DUN tersebut.

Di samping itu, menurut bendahari MIC Selangor, Senator Ravi Sandran, kira-kira 70 peratus dari 9,800 pengundi India di situ menyokong Ganesan.

“Mereka yang dalam pilihanraya umum lalu mengundi calon PKR, berjanji akan mengundi BN kali ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau yang mengetuai kempen di peti undi Taman Ria Jaya berkata, Ganesan mempunyai kelebihan berbanding lawannya, khususnya S Manikumar dari PKR.

“Beliau orang luar, muka baru dan tiada pengalaman. Oleh kerana orang baru, ramai yang tidak kenal dengannya.

“Yang orang tahu beliau merupakan kroni Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Calon-calon bebas tidak menjejaskan calon BN, sebaliknya mengacau undi calon PKR,” katanya.

Reaksi PKR


Ravi berkata, lebih mengembirakan ialah pemimpin-pemimpin Umno cawangan Bukit Selambau telah menyatakan sokongan kepada Ganesan.

Katanya, wujud sokongan mendadak dari pemimpin Umno cawangan dalam pilihanraya kecil ini berbanding dalam pilihanraya umum lalu.

Sementara itu, Naib Ketua AMK, Fariz Musa mendakwa Manikumar akan memperolehi 50 peratus dari jumlah keseluruhan undi di Bukit Selambau.

Katanya, paling banyak BN akan mendapat 40 peratus kerana calon-calon bebas dijangka mendapat 10 peratus pengundi.

“Walaupun Mamikumar muka baru, ia bukan masalah kerana hari ini semua pengundi Bukit Selambau telah mengenali calon PKR ini,” katanya.

Fariz berkata, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad membantu kempen Ganesan tidak akan memberi banyak kesan kerana pengundi Bukit Selambau telah tahu siapa mantan perdana menteri itu.

Lagipun, katanya ini bukan zaman Dr Mahathir lagi dan tidak ramai yang akan mendengar cakapnya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com