Mengimbas balik sejarah silam, pada suatu masa dahulu, adalah lebih mudah untuk rakyat Singapura untuk ke Sabah dan Sarawak dari rakyat Malaysia sendiri yang dari Semenanjung. Keanehan ini Alhamdulillah sudah tiada lagi, tetapi pada masa tersebut, diperlihatkan seolah-olah Singapura lebih rapat dengan kedua-dua negeri tersebut, hingga timbul ide kiasu Singapura untuk menyatukan ketiga-tiganya ke dalam gagasan '3S' (Singapura-Sarawak-Sabah).
Mengimbas kembali sejarah yang lebih dekat, Pak Lah mula tumbang dari tampuk kuasa hasil mendengar kepada ide-ide mengarut para penasihatnya, termasuklah mereka yang suka mengampu Singapura di Tingkat 4.
Imbas-imbasan tersebut jelas membawakan kita kepada persoalan merunsingkan yang seiras diajukan kepada Pak lah bertubi-tubi pada suatu masa dahulu dan kini kembali apabila dilihat DS Najib membincang tentang jambatan ketiga menghubung Singapura ke Malaysia sambil bersetuju tambak Johor dikekalkan, yakni,
KINI GILIRAN PENASIHAT DATUK SERI NAJIB UNTUK MULA MENGARUT PULAKAH?!
Sebab kenapa saya merasakan ide pembinaan jambatan ketiga ke Singapura sambil Tambak Johor juga dikekalkan merupakan karut-marut adalah:
- Dikatakan jambatan ketiga berniat membangunkan Desaru dan Pengerang. Apakah perlu jambatan tersebut untuk membangunkan kedua-duanya? Padahal, Desaru memang membangun dan pelancongan yang berpaut kepada pelancong yang naik dari Singapura ke Pantai Timur Johor memacu hingga sampai ke Mersing, malah bertempias ke Rompin lagi! Setakat ini, ia tidak memerlukan jambatan ketiga!
- Kenapakah tidak dihubungkan Pengerang dengan Pantai Barat dengan lebih mudah dahulu? Tidakah ini juga menjana pembangunan? Adakah kita bakal gembira yang orang Singapura lebih mudah ke Pengerang dari orang Muar, Segamat, apatah lagi orang Melaka kelak? Dulu dengan '3S' kita dah malu sekali dah!
- Malah, kenapakah ide ini tidak dikembangkan potensi dengan sepenuhnya, yakni mencadangkan 'jambatan ketiga' dihubung sekali dengan lebuhraya yang merentas Pantai Timur dari Tanjung Piai hingga ke Rantau Panjang? Inilah ide hebat yang membina negara serta mampu melonjak nama DS Najib menandingi pencapaian Tun Dr M dengan lebuhraya Utara-Selatan yang merentas Pantai Barat dari 'Second Link' ke Bukit Kayu Hitam!
- Akhir kata, kenapakah tidak dicadangkan jambatan ketiga ini dihubungkan dengan perobohan Tambak Johor? Kalaulah ia dikaitkan, nescaya ia membawa manfaat kepada bandar Johor Bharu, negeri Johor mahupun negara dengan membuka kembali laluan air Selat Tebrau yang diakui DYMM Sultan Iskandar Syah sendiri merupakan hasil penipuan British untuk mengekang pembangunan Johor sebagai pesaing Singapura?
Siapalah saya... cuma seorang blogger yang tak seberapa, namun dengan 2 imbasan dan pembacaan sedikit sebanyak, dapat saya rumuskan seperti di atas. Apakah DS Najib kini juga dalam bahaya kerana masih mendengar nasihat mereka yang hanya cerdik tetapi pendek pengalaman, lantaran kurang bijaksana? Bukankah sudah cukup bukti yang ide setengah masak dan sloganisme ala Lah tak memadai untuk memuaskan kehendak rakyat Malaysia?
thoughtsintangents.blogspot.com
No comments:
Post a Comment