20090526

ADUN Teratai terus disiasat polis

ADUN Teratai, Jenice Lee, dan 15 lagi yang direman semalam berhubung kes perhimpunan haram di bilik gerakannya kelmarin pada mulanya dijangka akan dibebaskan hari ini.
Justeru ahli parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai bersama kira-kira 30 penyokong tiba di balai polis Pandan Indah, selepas jam 10 pagi tadi, untuk menyambut pembebasan wakil rakyat DAP itu.

Peguam parti itu Wong Kai Phun – yang hadir kira-kira sejam sewaktu ADUN itu memberi keterangan kepada polis – mendapati tempoh reman selama dua hari hanya tamat esok.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata seorang pegawai polis daerah Ampang Jaya, DSP Goh Lee Fook memaklumkan bahawa Jenice dan penyokongnya turut disiasat berhubung kesalahan melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Sebelum ini, dalam acara nyalaan lilin di bilik gerakan ADUN tersebut, DAP mengedarkan risalah dua muka berjudul "507 Detik Hitam dalam Sejarah Demokrasi Malaysia!" yang ditulis dalam bahasa Cina.

Tambah Wong, timbalan ketua polis daerah Supt Amiruddin Jamaluddin memberitahunya bahawa belum ada keputusan membebaskan Jenice dan tahanan lain hari ini.

janice lee teratai adun dap candle light vigil arrest 210509 14Ketika dihubungi Malaysiakini, Tan pula berkata, mereka berkumpul di situ pagi ini untuk memberikan sokongan kepada Jenice dan para penyokongnya.

“Kita harap polis buat keputusan segera. Ini bukannya kes yang rumit pun. Kenapa mereka hendak melambat-lambatkan?" katanya.

Mahkamah Majistret Ampang pagi semalam mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadap 16 orang yang ditahan itu, termasuk seorang pembantu tokoh utama DAP Lim Kit Siang - Lim Swee Kuan - dan ahli majlis MPAJ S Supiramany dan seorang lelaki tua berusia 72 tahun.

Kesemua tahanan lelaki ditahan di ibu pejabat polis daerah Ampang, manakala tahanan wanita dibawa ke balai polis Pandan Indah.

Jenice ditahan kali kedua minggu ini. Selasa lalu, beliau ditahan selama enam jam, juga kerana menyertai perhimpunan nyalaan lilin berhubung krisis politik di Perak.

Walaupun menghadapi kemungkinan ditahan lagi, Pemuda DAP tetap meneruskan perhimpunan nyalaan lilin di pusat khidmat parti itu di Batu 3 1/2 Jalan Cheras mulai jam 9 malam ini.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com