Saya dengar bloggers Asam Pedas berkata , saya sekarang bekerja dengan Agenda Daily, jika tidak mana saya tahu Puan bekerja dengan Agenda Daily. Bila balik saya buka lah laman web Agenda Daily kerana mahu cari siapakah wanita ini. Bukan apa , saya bagaikan menghormati Agenda Daily , sebuah laman web mampu memiliki wartawan yang bertugas sama macam media cetak. Saya tahu Agenda Daily ada Roslan Bian dan Lokman ada Rosli ada bekas Yb ada datuk . Tapi saya tak tahu pula siapa wanita ini, maklumlah saya tak kenal. Yang menjadi daya tarikan saya untuk memberi perhatian kepada Puan adalah perkataan yang saya dengar , "berilah projek" ...... ingat tak.... saya tak ada rakaman , meminta rakaman adalah cara orang yang melepaskan diri apabila terantuk kerana tentu pasti Puan tahu saya tidak merakam , Merakam bukan kerja saya nak rakam setiap orang dalam dunia ini bercakap. Saya ada saksi , kerana ketika itu bukan saya seorang yang berada di sana, sebenarnya ada beberapa bloggers lagi yang bersama saya. Tempatnya betul -betul depan pintu dan Puan dibelakang halangan meja , kerana ketika itu press tidak dibenarkan masuk .
Datuk TS berada di depan luar garisan halangan bersama saya dan berapa teman lagi. Kami sebenarnya sedang berbual , ketika Puan wartawan menegur Datuk TS. Saya memberikan laluan kepada Puan wartawan untuk teruskan perbualan. Yang saya ingat Datuk TS ada cakap , wartawan mana boleh buat business........ ada lagi , Puan wartawan cakap seperti , nanti pergi pejabat tak bagi pula projek. Oleh kerana kata-kata ini lah yang membuat saya sampai hari begitu ingat dengan Pn wartawan sebab kami bloggers tidak pernah seumur hidup bertanyakan projek dengan pegawai menteri mahu pun sesiapa pemimpin selama ini. Kami hairan juga ...dan kami berpandangan sesama sendiri, Kata kawan saya , kalau nak minta projek pun jangan lah depan khalayak ramai.
Siapa saya tidak lah perlu tahu, yang penting adalah apa yang saya tulis , bukan siapa saya. saya tidak pernah meminta sesiapa menghormati saya. Tujuan saya adalah untuk menegur saja. Menegur untuk kebaikan , Bukankah memalukan dunia kewartawanan dan juga dunia bloggers apabila bloggers dan wartawan meminta projek dari pemimpin. Itulah bila bercakap dengan terlalu excited, lihat depan dan belakang, maklum lah kerusi meja juga mendengar. Apa untung saya mahu membuat fitnah, Puan bukan nya orang yang penting dalam kerajaan . Apa untung saya. Saya bukan boleh jadi kaya untuk membuat fitnah terhadap Puan wartawan. Saya juga bukan diupah untuk memfitnah Puan , lagi pun siapa nak upah saya untuk fitnah puan, apa untung nya mereka yang mengupah untuk fitnah puan. tak akan berlaku satu tsunami politik jika saya memfitnah puan. Jika boleh berlaku , mahu juga saya cuba . But i think it's dosn't make any diffrent , lainlah kalau Rocky , Raja Petra , Kadir Jassin atau Rosli Ismail mahupun Rolsan Bian. Tak berbaloi rasanya nak buat fitnah. Bagi saya peranan Puan hanya menumpang sekaki saja dalam dunia blogging ini. banyak lagi yang puan perlu belajar , bukan sekadar menulis sahaja.
Tak kiralah Puan mahu kata saya juga baru setahun jagung, ha ha ha.... hanya dengan melihat tarikh blog dibina. Lagi satu.... bloggers berpengalaman tidak akan melenting bila dijolok , takut banyak lagi yang akan gugur.Bloggers yang bukan setengah masak tidak akan mengugut untuk membuat laporan polis, kami sudah lama sebenarnya dalam dunia ini sebelum Pn wartawan mengenali alam siber ini. Ini hanyalah salah satu dari blog kami saja. banyak lagi blog yang kami ada . Tak payah nak ugut - ugut kami Kalau Puan wartawan boleh menulis , kami pun boleh juga. Eloklah kiranya Rosli dan Lokman jaga disiplin wartawan beliau. Sebagai seorang teman bloggers yang sealiran saya hanya menasihati saja . Jika puan rasa bersalah dan tidak mahu mengakui nya di publik , puan perlu perbaiki sahaja , bukan kami minta pengakuan. Kami juga tak perlu tahu berapa lama puan kenal siapa atau siapa , kira rapat sangat lah. Buatlah apa yang puna raaa patut. Kami bloggers sudah biasa dengan keadaan begini , mungkin puan belum lalui keadaan ini kan. Tapi puan ok , sebab puan kenal ramai orang berpengaruh , kami tak , kami ni tak kenal sesisapa punnnnn.........sebab kami menulis selama ini pasal artis kot ....
Nota:
Atas semangat keadilan, saya memberi peluang kepada WalkdTalk untuk menarik balik tuduhan fitnah ini. Saya memberi tempoh sehingga 8 Mei, 2009, jam 10 pagi. Sekiranya saya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari anda, saya akan membuat laporan polis secara rasminya.
* Tak apa lah jika ini yang puan mahukan , saya menrima dengan seadanya kerana saya tidak menulis perkara yang tidak benar. Saya juga ada bukti saya yang tidak mungkin saya tulis disini. Kalau saya ada fitnah itu , tentu saya sudah tarik balik , tapi saya tidak ada fitnah itu untuk ditarik balik, sebab saya tidak memfitnah.
No comments:
Post a Comment