20090526

Protes anti-Sri Lanka di kuil Batu Caves

Ribuan berkumpul di kuil Batu Caves pagi ini - untuk membantah pembunuhan orang awam di Sri Lanka - walaupun polis telah memberi amaran jangan menyertai perhimpunan itu.

Mereka membantah jenayah perang oleh kerajaan Sri Lanka terhadap orang Tamil dalam peperangannya dengan LTTE yang mahu mewujudkan negeri Eelam di utara Sri Lanka.

Pertempuran antara kedua pihak sampai kekemuncaknya awal minggu ini apabila kerajaan Sri Lanka mendakwa telah berjaya membunuh ketua LTTE, Velupillai Prabhakaran.

Dalam proses tersebut, ribuan mangsa yang tidak berdosa, hampir kesemuanya Tamil, telah terbunuh manakala ribuan lagi kehilangan tempat kediaman.

Protes hari ini dianjurkan oleh World Tamil Relief dan gabungan NGO.

Semalam, polis Selangor menasihatkan orang ramai supaya jangan menyertai protes tersebut yang diadakan tanpa permit polis.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com