20090530

Calon bebas akan dedah PKR tawar ganjaran tarik diri

(Bernama) - Calon bebas Aminah Abdullah berkata beliau akan mendedahkan bukti bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Aminah, 57, tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

“Saya akan bongkar dengan memberi bukti yang PKR ada menawarkan rasuah terhadap saya selepas saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihan raya ini,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.

Aminah yang akan menggunakan simbol kunci pada pilihan raya kecil ini berkata baginya simbol itu adalah sesuatu yang simbolik kerana ia melambangkan kunci kepada pendedahan kepincangan pakatan pembangkang.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang turut menafikan beliau ditaja oleh Umno untuk bertanding.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com