Kita akhirnya terpaksa menerima keputusan bahawa BN tidak akan bertanding di pilihan raya kecil Penanti atas alasan kerana kita tidak mahu melayan permainan politik Anwar Ibrahim yang pasti kita ketahui sedang menyusun satu demi satu pilihan raya kecil di kawasan kuat mereka. Pada mulanya ramai antara pemimpin UMNO dan ahli UMNO merasa agak janggal menerima hakikat pertama kali dalam sejarah BN sedari parti perikatan lagi bahawa kali ini BN tidak bertanding di dalam pilihan raya kecil.
Mungkin ada betul juga kita berundur kali ini kerana ada kala berundur dalam peperangan bukan bererti kita kalah , banyak pro dan kontra nya apabila BN menarik diri dari pilihan raya kecil di penanti kali ini. Kalah memangnya kalah di Penanti , jika mereka letak India jual botol pun mereka pasti akan menang di Penanti. Persoalannya sampai bila kita akan terus membiarkan keadaan ini berterusan di Permatang Pauh. Saya berada di Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh ketika Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih kerusi Wan Azizah baru-baru ini. Apa yang saya lihat sememangnya sukar untuk BN menang di Permatang Pauh.
Saya dapat melihat anak kecil sekecil 5 tahun memakai topeng Anwar ibrahim dan setiap kedai makan ada memaparkan program Anwar Ibrahim . Apakah alasan kita tidak mahu melayan kerenah dan permainan politik pembangkang ini akan memberikan kesan yang bertambah buruk kepada BN Permatang Pauh khususnya UMNO. Apakah itu benar-benar alasan kita ataupun kita punya alasan yang lebih pada itu yang memutuskan BN tidak bertanding di Penanti.
Rasanya Kita tidak perlu menafikan bahawa alasan sebenar dan yang utama adalah kelemahan UMNO Permatang Pauh itu sendiri. UMNO yang telah berpecah dan keadaan yang tidak stabil UMNO Permatang Pauh perlu diberikan perhatian oleh UMNO Pusat dan UMNO Pulau Pinang.Pergeseran antara pemimpin utama UMNO pPermatang Pauh perlu diselesaikan segera. Kemelut yang pernah membawa khabar angin yang mengatakan bahawa ada pemimpin utama UMNO yang mahu menyertai parti pembangkang membayangkan betapa kritikal nya UMNO Permatang Pauh.
Apakah yang akan terjadi dan apakah nasib ahli ahli UMNO selepas pilihan raya kecil Penanti. Apakah perasaan dan kesan psikologi yang akan dihadapi oleh ahli UMNO Penanti. Mereka akan terdedah kepada keterbukaan pilihan raya kecil Penanti , apakah mereka mungkin mereka akan merasa tersisih dan apakah mungkin akan ada pengaruh yang akan mendorong mereka untuk melihat parti pembangkang lebih hebat dari BN.
Kita pasti , walaupun Kita kalah di mana - mana pilihan raya , semangat ahli UMNO bertambah membara dan perasaan cinta kepada UMNO bertambah kuat kerana kita sama-sama turun berjuang menentang pembangkang dan sikap jijik mereka membuat kita lebih cintakan parti kita. Moral BN sebenarnya tidak jatuh walaupun kita tewas . Apa yang penting kita telah menyuntik semangat juang kepada ahli UMNO. Mungkin ada kebaikan dan mungkin ada keburukan apabila BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil hari ini , yang pasti UMNO perlu melakukan sesuatu , satu pembubaran pada UMNO Permatang Pauh , kerana jika UMNO Permatang Pauh masih tidak berubah , sampai bila kita tidak akan dapat menawan kembali Permatang Pauh dan sekiranya UMNO tidak memulakan sesuatu untuk memujuk pengundi Permatang Pauh , jawabnya kita akan terus tidak akan bertanding di Permatang Pauh.
Sebaiknya , jika UMNO Permatang Pauh tidak juga berubah, Tak payah lah bertanding pada pilihan raya Umum yang ke 13 nanti. Sebaiknya pada pilihan raya Umum nanti kita hanya bertanding ditempat -tempat yang kita boleh menang saja. Gombak , Bukit Lanjan , Bukit Selembau , Bukit Gantang , Kepong , Bukit Bintang , Kelang , Pengkalan Chepa dll tempat yang kita rasakan tidak selamat, tidak lah perlu kita letakan calon. Eloklah kita renung kembali , apakah keputusan yang telah dibuat oleh UMNO ini relevan atau tidak kerana kita masih belum terlambat untuk membuat keputusan.
news-walkdtalk09.blogspot.com
No comments:
Post a Comment