20090524

Polis sudah paranoid dengan lilin, baju hitam dan kek : Wong Chin Huat

Anna Yusof, Suara Keadilan

Polis sudah seolah-olah paranoid dengan lilin, baju hitam dan kek kerana ketiga-tiga benda ini mengingatkan mereka tentang Kemelut di Negeri Perak dan pembunuhan Altantuya.

Berikutan penangkapan 16 orang di Ampang semalam apabila mereka memakai baju hitam dam menyalakan secara aman bagi memprotes kemelut di Perak dan kes kek harijadi Altantuya yang disambut oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) awal bulan ini.

Aktivis Badan Piliharaya bebas dan Bersih (Bersih) Wong Chin Huat berkata bahawa beliau kesal dengan tindakkan polis yang menahan 16 orang awam termasuk seorang wakil rakyat dan direman selama dua hari dari semalam sehingga esok.

Wong yang telah memakai baju berwarnan hitam sejak 6 Februari lalu semasa bermulanya kemelut Negeri Perak berkata, “Polis sudah paranoid dengan ketiga-tiga perkara ini,”

“Minggu lalu sekumpulan anak muda menyambut harijadi dan secara kebetulan mereka memakai baju berwarna hitam, lalu di tahan polis,” kata Wong kepada Suara Keadilan.

“Saya akan terus memakai baju berwarna hitam selagi kemelut di negeri itu belum selesai,” jelas Wong

Enam belas yang ditahan malam tadi, termasuk Adun Teratai Jenice Lee ditahan reman selama dua hari untuk siasatan atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pagi ini.

Turut ditahan malam tadi ialah pembantu Lim Kit Siang, Lim Swee Kuan dan ahli majlis MPAJ S. Supiramany dan seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun.

Ini merupakan kali kedua Jenice ditahan dalam minggu ini. Selasa lalu, beliau ditahan selama enam jam, juga kerana menyertai nyalaan lilin.

Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 8.45 malam tadi selepas mengadakan nyalaan lilin di luar pusat khidmat Jenice.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com