20090527

3/4 dari apa yang saya laporkan diakui adalah benar 1/4 lagi disorok untuk menyerang saya .

Seawal pagi Jumaat yang lalu saya telah bertolak ke utara dalam satu sesi lawatan dalam tugas dan baru saja kembali ke KL pada jam 6 petang tadi, (Hari ini hari minggu) Sebaik saja sampai ke KL saya terus ke rumah ibu untuk menyambut hari ibu dan kemudian pulang ke rumah selepas menyaksikan game antara MU dan MC yang mana berakhir MU telah menang 2-0. Dalam perlawanan berkenaan , Rolnado telah bersikap tidak profesional kerana tidak berpuas hati apabila dikeluarkan oleh pengurus MU .

Sekembali di rumah saya menonton AF , kerana tidak dapat tenguk konsert sebenar pada hari Rabu yang lalu. setelah selesai saya seperti biasa membuka laman web dan melayari semua laman web yang biasa saya layari dan kemudian membuka blog asam pedas. Saya membaca dengan tenang dan saya terpanggil lah untuk menjawab dan mengulas sedikit mengenai laporan yang dibuat oleh empunya blog berkenaan yang berkeras mengatakan saya memfitnah beliau. sebenarnya dalam laporan berkenaan telah terjawab secara asasnya bahawa saya tidak memfitnah dan detik yang saya ceritakan sememangnya berlaku cuma program nya mungkin saya terkeliru, tempatnya sama , watak-watak yang saya cerita sama. tahu perbualan juga sama seperti yang saya laporkan cuma gaya persembahan dan laporan kepada pihak Polis ada berbeza sedikit.

1.Inti laporan sedikit sahaja , yang lain hanyalah kosmetik yang mahu membayangkan bahawa wartawan ini adalah kawan baik dan telah lama kenal dengan SUA PM.
2.Kekeliruan program juga di besarkan untuk membuktikan saya memfitnah, itu sebenarnya tidak penting , yang penting adalah apa yang berlaku itu adalah benar.
3. Peristiwa ini berlaku di hadapan mata saya kerana ketika itu saya sedang berbual dengan Datuk TS dan saya berikan laluan apabila wartawan ini mencelah. Saya hanya mendengar sahaja.
4.Sekurang-kurangnya wartawan ini mengaku bahawa ada menyentuh mengenai , projek , saya akui apa yang beliau tulis dalam laporan berkenaan. mengenai beliau bekerja dengan Agenda daily dan saya bersyukur kerana beliau mengaku Datuk TS ada kata wartawan mana reti buat business. Datuk Tengku Sariffuddin (dalam nada berseloroh): Ha..ha..wartawan mana reti business, saya akui memang ini yang dikatakan oleh Datuk TS . Kenapa Datuk TS cakap begini ? ada ayat ayat yang tercicir yang tidak ditulis. Tak apa ini akan saya terangkan apabila saya dipanggil . Saya percaya Datuk TS juga tahu kenapa dia cakap begitu.

Saya sengaja menulis Datuk TS kerana saya tidak mahu membabitkan Datuk TS dalam kemelut ini dan tujuan saya menulis adalah sekadar mengingatkan wartawan ini agar berhati-hati bila bercakap , kerana nila setitik akan habis susu sebelanga. Kerana seorang bloggers , habis semua bloggers dianggap sama. bagi saya laporan polis yang dibuat kepada pihak berkuasa jelas membayangkan betapa blogers ini tidak profesional dan masih mentah dalam menghadapi dunia blogging. Raja Petra telah memfitnah Agenda Daily. Sebagai laman profesional perkara ini diselesaikan dan dijawab melalui blogging sahaja. tapi kalau ini pilihan bloggers ini , kami ikut sahaja kemahuan beliau dan beliau perlu ingat dalam laporan beliau yang tidak lengkap ini juga boleh saya katakan sebagai laporan palsu. namun saya tidak risau sebab . laporan ini sudah cukup membantu saya untuk membuktikan dan memenuhkan tempat - tempat yang tidak dilaporkan.

Inilah saja inti laporan berkenaan.

Perbualan sebenar kami (ketika menunggu keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan di aras lain daripada tempat penulis blog mendakwa beliau berada) adalah seperti berikut:
Datuk Tengku Sariffudin: Hey Shila, tiba-tiba you muncul, ke mana you menghilang selama ini?
Noor Hasilah: After I left Berita Harian, I joined several companies. Also tried business. Tapi biasalah, bukan senang nak dapat projek,apa lagi kalau kena bersaing dengan company besar. -------------------------- (dekat sini tidak di isi dan ada ayat yang tercicir ) Saya juga selalu kena tipulah. Orang tak bayar dan macam-macam. So, here I am, back to reporting dengan Agendadaily. I am happy here because Rosli is a very nice boss. D TS ada jawab lagi__________________________________ (tak perlu saya jawab dalam blog, saya akan jawab bila dipanggil ) wartawan berkenaan membalas , nanti kalau pergi ofis...................................... (biar saya jawab bila dipanggil nanti )

Datuk Tengku Sariffuddin (dalam nada berseloroh): Ha..ha..wartawan mana reti business. Bagus lah you kembali jadi wartawan. Good to have you back.

Bermakna 3/4 yang saya laporkan ada lah benar , cuma .... ada yang tidak dilaporkan .

Sebagai seorang Islam, dengan nama Allah saya bersumpah dan kafir lah saya dan di lakanati Allah SWT sekira saya memfitnah dan tidak dengar wartawan ini cakap , berilah projek , Saya mencabar wartawan ini menulis dalam blog beliau bahawa dengan nama Allah. kafir lah dia dan akan dilaknati Allah SWT jika beliau menipu bahawa beliau tidak ada meminta projek dari Datuk TS dalam perbualan berkenaan.Yang lain akan saya hadapi , kita tidak boleh menipu Allah SWT.

News-Walkdtalk09

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com