BIASALAH. Kalau DAP mahu mengadakan mogok lapar, ia memang budaya mereka. Budaya yang tidak sesuai dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Dalam Islam, kita diajar berpuasa dan doa orang yang berpuasa, insyaAllah akan dimakbulkan Allah.
Tetapi kalau DAP memilih untuk mogok lapar, khabarnya, mogok lapar mereka boleh minum susu dan minum air, kalau dahaga dan terasa lapar, biarlah mereka melakukannya. Ini sahajalah yang boleh mereka lakukan setelah mereka tahu, proses undang-undang memang jelas adil tetapi tidak menyebelahi mereka.
Kalau proses undang-undang menyebelahi mereka, mereka tidak jadi mogok lapar. Kalau undang-undang menyebelahi mereka, mereka tidak berkabung memakai pakaian serba hitam, macam orang Cina berkabung kerana keluarganya mati.
Pakatan Pembangkang yang diketuai Nga Kor Ming memberitahu akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula 26 Mei ini untuk menyampaikan mesej agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.
Di mana mereka mengadakan siding akhbar? Di Wisma DAP. Di mana letaknya Wisma DAP? Bersententang dengan Pejabat Menteri Besar Perak. Kenapa Wisma DAP terletak di situ? Kerana mereka bercita-cita menjadikan Wisma DAP sebagai pejabat Menteri Besar DAP, selepas DAP tidak diperkenankan Tuanku Sultan Perak menjadi MB Perak selepas PRU 12, Mac 2008 yang lalu.
Cuba kita bertanya dengan DAP, Pas dan PKR di Perak. Jika selepas diadakan pilihan raya semula, keputusannya nanti ‘status quo’ tidak ada bezanya dari jumlah kerusi yang diterima sebelum ini, adakah mereka mahu DUN Perak dibubarkan lagi?
Misalannya, keputusan kali kedua dibubarkan, begitu juga keputusannya, adakah DUN Perak akan dibubarkan semula, sehingga DAP menang 100 peratus kerusi di DUN Perak?
Kalau perkiraan DAP kurang cerdik, janganlah PKR dan PAS juga mengikut apa sahaja kehendak DAP. Tidak ada suara langsung PAS dan PKR dalam bab DUN Perak dibubarkan ini. Mengikut sahaja!
Mogok lapar itu khabarnya akan dirasmikan Mohamad Nizar Jamaluddin dan V. Sivakumar. Kenapa dua orang sekali merasmikannya? Tentulah kerana DAP tahu Mohamad Nizar tidak ada kuasa apa-apa ketika menjadi Menteri Besar, manakala V. Sivakumar adalah ‘hero Tamil’ yang baru menerima oskar pelakon terbaik dalam drama panjang Persidangan DUN Perak, 7 Mei lalu.
Nga Kor Ming mengajak seberapa ramai rakyat Negeri Perak supaya datang ke majlis perasmian Mogok Lapar di Wisma DAP itu, dengan memakai pakaian serba hitam. Jangan pula ada yang datang dengan baju berbelang-belang macam kuda belang, takut kena usir dengan petugas-petugas DAP pula nanti.
Malahan, Nga Kor Ming juga terus menerus bercakap soal apa yang berlaku di Perak sebagai rampasan kuasa. Dia faham bahawa ada dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP meninggalkan parti masing-masing dan menyokong BN. Ini bukan rampasan kuasa.
Mustahil rakyat Perak tidak tahu yang mana rampasan kuasa dan yang mana bukan rampasan kuasa.
Kalau penyokong DAP, PKR dan Pas tidak tahu, mungkin kita semua boleh maafkan mereka, kerana mereka kalau boleh mahu membutakan mata mereka untuk melihat kebenaran, memekakkan telinga mereka untuk mendengar kebenaran dan mereka akan menolak segala-galanya, kecuali dari Tok Guru mereka, Nga Kor Ming.
Menurut laporan berita Sinar Harian (Ahad, 24 Mei 2009), pelbagai aktiviti mahu diadakan antaranya mengutip tanda tangan dan menyalakan lilin, ketika bekalan elektrik ada, sebagai usaha mahu menuntut pembubaran DUN.
Mereka tidak sabar-sabar untuk melihat DUN dibubarkan sedangkan mereka tahu, tempoh matang DUN adalah lima tahun dan terpulanglah kepada pihak yang memerintah, bila agaknya mahu DUN dibubarkan.
Kalaulah rakyat Perak masih tidak faham permainan politik DAP, selama itulah sentimen rakyat ini akan dimainkan. Mereka menamakan pakatan tidak terikat mereka sebagai Pakatan Rakyat sedangkan pakatan mereka itu adalah pakatan pembangkang yang tidak layak menerima atau menggunakan nama Pakatan Rakyat. Tidak ada rakyat yang mahu berpakat untuk memusnahkan keharmonian, menyalakan lilin dan menentang polis yang mahu mengekalkan keamanan.
Kalaulah pihak polis tidak bertegas dan tidak menguatkuasakan undang-undang, sudah lama DAP bermaharajalela di Perak.
Kalaulah Polis tidak serius berdepan dengan pelbagai rancangan tunjuk perasaan yang dianjurkan PAS, DAP dan PKR ini, sudah lama penyokong-penyokong Pas tidur dan berbaring atas jalan raya, seperti yang pernah mereka lakukan, selepas Sholat Jumaat di Bukit Chandan dahulu.
Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Kam tidak perlu berbaring atas jalan raya. Mereka arahkan sahaja, penyokong Pas dan PKR akan berlumba-lumba menawarkan diri berbaring atas jalan raya kerana mereka ingat arahan Nga dan Ngeh itu sebagai ‘seruan mati syahid’ jika berlaku kematian.
Ingat! Tiada dalam ajaran Islam istilah mogok lapar ini. Tiada sesiapa pun Tok Guru yang boleh mengatakan Islam membenarkan umatnya ‘mogok lapar’. Ingat! Janganlah kerana keghairahan berpolitik kita umat Islam menjadi mangsa kepada ‘fatwa-fatwa songsang’ yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Islam ada mengajar kita berpuasa. Kembali kepada Allah dan ajarannya jika menghadapi masalah dan kebuntuan.
Tidak perlu hadir untuk bersama-sama memakai baju hitam, berkabung atas kematian sanak saudara kerana dalam episode politik di Perak, tiada siapa yang mati kecuali ada seorang dua yang hilang kerusi Menteri Besar dan Exco yang selama ini mereka nikmati.
Memetik kata-kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, “saya tidak meminta untuk menjadi Menteri Besar. Berilah saya peluang.”
Ketika Datuk Seri Dr. Zambry mahu bertugas dan menggerakkan jentera untuk membantu rakyat, ada-ada sahaja gangguan dan halangan yang dicipta oleh mereka yang memang hidup kerana ketegangan dan kekecohan.
Kepada seluruh rakyat Perak, mari kita katakan kepada DAP, PKR dan Pas “si Luncai terjun dengan labu-labunya… biarkan, biarkan, biarkan”.
Oleh Zamzuri Damanhuri
No comments:
Post a Comment