20090527

Satu Sekolah - Satu Malaysia!



Hai ini saya nak bincangkan pasal kempen satu sekolah! Saya amat terperanjat apabila diberitahu yang Wee Ka Siong akan membuat laoran polis terhadap blog yang memulakan kempen satu sekolah ini! Baca disini

Saya agak terkejut dan kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin parti komponen! Tujuan kami adakan kempen satu sekolah adalah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang! Apa salahnya kan? Baca disini!

Kadang-kadang saya terfikir kenapa ada segelintir manusia takut dengan perkara ini! Adakah mereka mempunyai niat tak baik? Perlukah Timbalan Menteri seperti Wee Ka Siong berkelakuan demikian? Mengugut sampai nak laporkan pada polis?

Salahkah sekiranya kami sebagai rakyat yang prihatin mahu seluruh rakyat malaysia belajar di satu sekolah? Satu sekolah untuk Satu Malaysia!

Marilah kita bincangkan perkara ini, saya tidak kisah anda berfahaman politik apa sekali pun, saya cuma ingin tahu pendapat anda tentang isu ini!

ParpuKari


No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com