20090523

Gerrard ikrar janji


GERRARD mahu menjadikan 2010 sebagai tahun paling gemilang dalam kariernya.


LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard berjanji mahu menjadikan 2010 sebagai tahun paling gemilang dalam hidup dan karier bola sepaknya.

Dia mahu menjulang Piala Dunia bersama skuad kebangsaan England dan juga memenangi gelaran juara Liga Perdana England bersama Liverpool.

Bagaimanapun, Gerrard terlebih dahulu mahu menumpukan perhatian terhadap dua aksi kelayakan Piala Dunia bulan depan yang dianggapnya cukup penting.

England akan bertemu Kazakhstan dan Andorra untuk mengesahkan kedudukan mereka ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Namun, Gerrard yang baru diumumkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Penulis-Penulis Sukan mahu menjadikan legenda Liverpool, Roger Hunt sebagai inspirasi.

Hunt yang juga penyerang England telah memperoleh medal selaku juara Piala Dunia 1966 hanya beberapa minggu selepas dia membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana England.

"Hunt adalah seorang pemain yang hebat. Walaupun saya belum lahir ketika itu, ayah saya telah menceritakan betapa hebatnya Hunt dan jika saya dapat mengikut jejak kejayaannya pada 1966 itu, ia sesuatu yang cukup menggembirakan.

"Untuk memenangi liga dan kemudiannya memenangi Piala Dunia, ia adalah impian yang cukup sempurna jika dapat dilaksanakan," kata Gerrard.

Liverpool akan bertemu West Brom malam esok di mana ketika itu Manchester United mungkin sudah dinobatkan sebagai juara Liga Perdana England jika mereka seri atau menang ke atas Arsenal malam ini.

"Kami masih mempunyai peluang terakhir musim ini jika Arsenal mampu menewaskan United. Tetapi jika tidak pun, saya hanya berharap tahun 2010 akan menjadi tahun istimewa," ujar Gerrard. - Agensi

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com