Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak guna taktik kotor dengan menaja calon bebas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei depan.
Beliau yang juga pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, parti itu yang memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil itu, bukan tamak dan terdesak.
Justeru, dakwaan yang mengaitkan Umno menaja calon Bebas adalah tidak berasas, katanya kepada pemberita ibunegara malam tadi.
zahid hamidi umno and penanti state by electionZahid diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Umno mungkin menaja calon Bebas yang bertanding di pilihanraya itu.
Anwar yang juga ketua umum PKR membuat dakwaan itu selepas berceramah di Taman Medan Petaling Jaya semalam, sempena pelancaran kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat" malam kelmarin.
Isnin lalu, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Perdana menteri memberi tiga sebab BN menolak bertanding kerusi tersebut.
bullet buttonPertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
bullet buttonKedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
bullet buttonKetiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.
Najib juga menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.
malaysiakini
No comments:
Post a Comment