20080909

16 SEPTEMBER HARI BERKABONG DISELURUH NEGARA.

Dengan perasaan yang amat sedih, Maharaja ingin mencadangkan supaya 16 September ini dijadikan hari berkabong di seluruh negara kerana pada hari itu kita akan melihat kekecewaan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam,hari itu adalah hari jatuhnya maruah Penasihat Parti Keadilan kerana gagal mendapat sokongan yang diperlukannya untuk meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Kita seluruh rakyat Malaysia mesti berkabong kerana hari itu adalah hari berakhirnya paluan gendang Anwar Ibrahim "Perdana Menteri Menunggu" tetapi menjadi hari "Perdana Menteri Berkubur".Hari itu akan mencemarkan kredebiliti Anwar Ibrahim kerana pembohongannya akan terbukti,hari itu adalah hari yang meningkatkan lagi maruah Barisan Nasional kerana dapat mengekalkan kuasanya diatas segala ugutan dan pembohongan yang menggugat kepercayaan rakyat selama ini.

Tidakkah ini sangat menyedihkan,tidakkah ini boleh menjadi alasan yang kuat untuk kita berkabong kerana berakhirnya sebuah harapan yang begitu tinggi?

Tanda tanda hari yang buruk itu akan datang telah pun kelihatan.Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri yang tergugat telah pun cuba mengalih perhatian rakyat dari 16 September sebagai hari penubuhan kerajaan baru kepada 16 September sebagai hari cuti umum di lima buah negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau pandai memilih hari yang penoh dengan sentimental rakyat Sabah dan Sarawak yang meningatnya sebagai hari penubuhan Malaysia dan hari kemerdekaan mereka.

Anwar berharap dengan permainan isu ini akan dapat mengubati perasaan luka rakyat Sabah yang kecewa untuk melihat antara mereka menjadi Timbalan Perdana Menteri bila Anwar menjadi Perdana Menteri 16 September ini.

Malangnya media Malaysia terutama akhbar akhbar juga termasuk dalam perangkapnya turut memainkan isu ini sebagai suatu isu besar.Ini memang di perlukan oleh Anwar untuk menutup kemaluannya.

Media Malaysia patutnya memberikan perhatian kepada kata kata Tun Dr.Mahathir yang berpengalaman dengan Anwar Ibrahim bahawa Anwar Ibrahim adalah kakiputaralam no 1,malah syaitan pun boleh ditipunya.

MAHARAJABLOGGER
http://www.maharajablogger.blogspot.com

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com