Kejayaan mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat tanpa bertanding menjadikan pembakar semangat kepada Zarkashi mengorak langkah lebih jauh lagi dalam aren politik UMNO.
Berbekalkan tekad untuk memastikan UMNO terus mara memperjuangkan asas dan tujuan penubuhannya terutama menganagkat agenda Melayu, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu Disember depan.
“Saya percaya, ekoran cabaran semasa, kali ini perwakilan UMNO akan memberi peluang seluasnya kepada orang baru yang tidak berjawatan dalam kerajaan untuk menganggotai MT.
“MT perlu memperbaiki strategi ‘UMNO outreach’ nya (jangkauan) yang tidak lagi berkesan. Jangkauan UMNO mesti terkini untuk mendekati semua lapisan masyarakat khususnya anak muda, golongan kelas menengah, pelajar universiti, pekerja kilang, pemandu teksi, NGO NGO dajn juga kaum bukan Melayu yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang difaks kepaa Agendadaily hari Sabtu.
Dr Puad yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor mula aktif dalam UMNO pada 1987 pernah menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Johor dari tahun 2000 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Johor.
Anak jati Batu Pahat itu berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Sosiologi dari University of Hull United Kingdom (UK) pada 1998 dan pernah menjadi Presiden Kelab Penyokong UMNO United Kingdom pada 1995 dan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Melayu Universiti Malaya pada 1980.
Beliau turut memberikan alasan untuk bertanding jawatan MT itu kerana mahukan konsep parti menguasai kerajaan diperkukuhkan dalam MT.
“Suara akar umbi perlu kuat dalam MT agar dasar utama negara tiak meminggirkan agenda Melayu seperti yang termaktu dalam Perlembagaan Persekutuan.
“MT bukan lagi status quo kepada mereka yang berjawatan dalam kerajaan sahaja tetapi perlu diimbangi oleh mereka yang berani menyatakan keresahan akar umbi,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan, UMNO perlu bergerak berdasarkan kekuatan hujah dan bukannya emosi ketika berdepan masyarakat.
"Saya sedia memikul tanggungjawab, menyumbang fikiran dan tenaga dalam perkara ini jika diberi peluang menganggotai MT," katanya. – 6/9/2008
No comments:
Post a Comment