20080906

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1665

Messages In This Digest (4 Messages)

Messages

1.

Fw: Re: [BULK]  [ReSpONs] Perbahasan menarik isu bajet di warung kop

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Fri Sep 5, 2008 8:04 am (PDT)



--- Pada Sel, 2/9/08, lynn <lynn@phneh.com.my> menulis:

Daripada: lynn <lynn@phneh.com.my>
Subjek: Re: [BULK] [ReSpONs] Perbahasan menarik isu bajet di warung kopi
Kepada: ReSpONs@yahoogroups.com
Tarikh: Selasa, 2 September, 2008, 10:21 PM

Hahaha.. benar sama sekali.. berkali kali..
 

----- Original Message -----
From: umar faruqi
To: respeks@yahoogroups .com ; tipah@yahoogroups. com ; kayangan@yahoogroup s.com ; SahabatInteraktif@ yahoogroups. com ; mahligai@yahoogroup s.com ; bersamamu@yahoogrou ps.com ; blalang_group@ yahoogroups. com ; keluarga_melayu@ yahoogroups. com ; keluarga02@yahoogro ups.com ; melayucyber@ yahoogroups. com ; melayusiber@ yahoogroups. com ; rampai_iklan@ yahoogroups. com ; respons@yahoogroups .com ; kejayaan_sihatceria @yahoogroups. com ; uitm-melaka@ yahoogroups. com ; azhariyeeiin@ yahoogroups. com ; iklanbebasku@ yahoogroups. com ; usahawan_cyberia@ yahoogroups. com ; MANGKUKHAYUN@ yahoogroups. com ; mymasjid@yahoogroup s.com
Cc: relexjap@yahoogroup s.com
Sent: Wednesday, September 03, 2008 12:37 PM
Subject: [BULK] [ReSpONs] Perbahasan menarik isu bajet di warung kopi

Perbahasan menarik isu bajet di warung kopi

Basiron Abdul Wahab
Wed | Sep 03, 08 | 11:19:25 am MYT

Ramai yang gembira dengan 'Belanjawan 2009 - kerajaan prihatin' berjumlah RM207.9 billion naik 5.1 peratus berbanding belanjawan 2008 yang dibentang Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, 29 Ogos lalu.

Iklan
 

 

 
 
Gembira juga rakyat marhain mendengarnya apabila bayaran bil eletrik RM20 kebawah dikecualikan pembayaranya. Katanya pengcualian bayaran itu akan memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin walaupun ada yang berpendapat kerajaan BN 'fobia' dengan angka RM20 itu.

Sebagaimana biasa media arus perdana memainkan peranan propagandanya untuk menghebahkan kebaikan bajet kerajaan prihatin itu maka ramailah tokoh-tokoh diemput (dibayar) untuk bercakap memujikan kerajaan BN itu.

Di peringkat rakyat biasa, tidak kurang yang turut membahaskan isu sama di parlimen mereka, iaitu kedai kopi dan warung-warung .
Penulis sempat mencuri dengar perbahasan tanpa speker itu ketika singgah minum teh tarik disebuah warung, isi perbahasan mereka berbeza daripada apa yang dibahaskan oleh wakil rakyat di parlimen.
Namun mereka berbahas dengan telus dan baik tanpa ada yang mencelah atau mengganggu. Perbahasan begitu lancar sekali.

Jika speker parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melihat perbahasan itu tentu beliau sendiri kagum kerana perbahasan tanpa pengerusi itu berjalan lebih lancar daripada perbahasan di parlimen yang dipengerusikannya.
Antara yang dibahaskan termasuklah isu pengecualian bil eletrik RM20 yang dikatanya sebagai hadiah kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah.

Pembahas A di kedai kopi bertanya, siapakah yang menggunakan eletrik dibawah RM20 itu?
"Rumah aku yang tak banyak peralatan eletrik pun kena bayar lebih dari RM20 sebulan dan tidak layak mendapat bil percuma," jelas si A memulakan bicara.
"Aku tahu siapa yang layak tidak perlu bayar bil eletrik itu," kata si B disebelahnya sambil menghirup teh tarik.
"Siapa? tanya si A.
"Mereka ialah pendatang asing," jawab B.

"Kenapa pula pendatang asing mendapat faedah itu, tidakkah kerajaan mengecualikan bayaran itu untuk rakyat miskin," si A inginkan penjelasan.
"Rakyat tempatan biasanya menyiapkan kelengkapan rumahnya dengan peralatan eletrik seperti televisyen, kipas angin, sterika, peti sejuk, peruk eletrik, cerek eletrik dan sebagainya, penggunaan peralatan itu walaupun dikira perlatan asas sahaja bagi sebuah rumah menyebabkan bayaran bil mereka pastinya melebihi RM20 sebulan.

"Bagi pendatang asing yang tinggal sementara di sini sudah pastinya mereka tidak memerlukan peti sejuk, sterika atau periuk eletrik, memadailah dengan televisyen dan kipas angin sahaja, ini menyebabkan bil eletrik bulanan mereka rendah di bawah RM20 sebulan, jadi merekalah yang layak menerima faedah bajet kerajaan prihatin itu," hujah si B.
"Ya tak ya juga, bil aku dah lebih RM20 itu pun aku tak pakai alat pendingin hawa pun, aku setuju dengan awak," kata A.

"Jika demikian Bajet kerajaan prihatin itu adalah untuk warga asing dari Indonesia , Bangladesh dan lain-lainlah ya, rakyat tempatan melopong juga la," kata si A.

"Hehehehe... " Semuanya ketawa mungkin geli hati dengan langkah kerajaan prihatin yang membuat bajet tidak mengenai sasaran.
Terfikir juga penulis kenapalah kerajaan tidak memberikan dalam bentuk rebet RM20 kepada semua pengguna eletrik supaya semua rakyat mendapat faedahnya.

Ini kerana melalui kaedah dalam bajet itu hanya penggunaan eletrik dibawah RM20 kebawah sahaja akan dikecualikan bayarannya, pengguna-pengguna yang menggunakan eletrik dibawah RM20 kemungkinan besar adalah mereka yang tidak tinggal tetap disini dalam erti kata lain adalah warga asing !.

Pendapat si B ada munasabahnya, kerana warga asing yang tinggal sementara disini mereka tidak akan membeli peralatan eletrik ayng besar sebagaimana penduduk tempatan. Apabila mereka tiada peti sejuk, sterika yang mengguna banyak banyak watt sudah tentu bil akan lebih rendah.
Berbeza dengan rakyat tempatan yang memang menetap disini dan inginkan keselesaan hidup sudah tentulah mereka membeli banyak perlatan eletrik .

Persoalanya adakah menteri kewangan berfikir perkara itu semasa membuat cadangan untuk mengecualikan bayaran bil RM20 kebawah itu?
Jika mereka sudah memikirkannya tentulah mereka telah mengenal pasti golongan sasaran sebenar, malanglah jika yang mendapat faedah adalah warga asing sedang rakyat tempatan berputih mata!.

Pengalaman seorang rakan penulis yang menyewakan rumah kepada warga asing dari Indonesia membuktikan kebenaran dakwaan si B.
Menurutnya, penyewa warga asing itu tidak membeli apa-apa peralatan eletrik dirumah sewanya. Mereka hanya mengunakan lampu dan bil eletrik bulanan mereka memang rendah dibawah RM20 sebulan. Nah...terbukti sudah memang warga asinglah yang bakal mendapat manfaat daripada Bajet kerajaan prihatin!.

Rupanya prihatin kerajaan BN bukan kepada rakyat tempatan tetapi kepada warga asing. - mr_

ym : mr_respeks

weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
2.

Fw: [ReSpONs] Pemimpin Cakna Rakyat

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Fri Sep 5, 2008 8:33 am (PDT)



--- Pada Sel, 2/9/08, umar faruqi <faruqi03@yahoo.com> menulis:

Daripada: umar faruqi <faruqi03@yahoo.com>
Subjek: [ReSpONs] Pemimpin Cakna Rakyat
Kepada: respeks@yahoogroups.com, tipah@yahoogroups.com, kayangan@yahoogroups.com, SahabatInteraktif@yahoogroups.com, mahligai@yahoogroups.com, bersamamu@yahoogroups.com, blalang_group@yahoogroups.com, keluarga_melayu@yahoogroups.com, keluarga02@yahoogroups.com, melayucyber@yahoogroups.com, melayusiber@yahoogroups.com, rampai_iklan@yahoogroups.com, respons@yahoogroups.com, kejayaan_sihatceria@yahoogroups.com, uitm-melaka@yahoogroups.com, azhariyeeiin@yahoogroups.com, iklanbebasku@yahoogroups.com, usahawan_cyberia@yahoogroups.com, MANGKUKHAYUN@yahoogroups.com, mymasjid@yahoogroups.com
Tarikh: Selasa, 2 September, 2008, 5:35 PM

Pemimpin Cakna Rakyat
Dilulus terbit pada Wednesday, September 03 @ 06:45:43 MYT oleh SongkokPutih
Oleh wamad

"
Saya menulis kali ini berikutan pengalaman yang dilalui sendiri untuk mendapatkan setitis rasa cakna dari kalangan pimpinan PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya. Sememangnya saya ini orang biasa sahaja, yang tidak punya pangkat, gelaran atau jawatan dalam parti, apatah lagi kekayaan untuk dipandang orang. Saya juga tidak punya rakan-rakan atau kenalan yang boleh membantu saya berjumpa dengan para pimpinan yang disanjung tinggi.

Baru-baru ini saya cuba untuk mencari alamat emel beberapa pimpinan terutama dalam PAS dan PKR, susah yang amat untuk saya mendapatkannya. Saya ingin menulis emel menceritakan keadaan hidup saya sekarang setelah dizalimi oleh kerajaan BN Terengganu selepas PRU11 tahun 2004, serta untuk memohon sedikit bantuan atau zakat.

Seingat saya, kes saya selepas PRU11 2004, ada diceritakan di dalam harakah selepas PRU 11 tersebut, dan juga dijadikan modal kempen juga semasa PRU 12 baru-baru ini. Terima kasih kerana masih mengingati kami yang dizalimi, iaitulah kumpulan 9 PTN Terengganu yang ditendang selepas BN ambil alih kerajaan negeri tahun 2004. Justeru, saya mengharapkan, bukan sahaja kes itu diingati semasa PRU, tetapi hubungilah kami untuk mendengar rintihan kami. Saya amat berkecil hati, kerana tidak pernah pun para pimpinan menghubungi atau menziarahi kami atau mendapatkan sebarang khabar berita dari kami.

Berikutan kenaikan harga minyak dan barangan, serta timbul pula beberapa keperluan di dalam hidup saya, saya berusaha menulis emel untuk mendapatkan sumbangan dan sebagainya. Saya menghantar emel kepada MB Selangor kerana saya sekarang menyewa di Subang Jaya (yang serba mahal dan mencabar) dan mengambil upah mengajar Quran dan Pendidikan Islam dari rumah ke rumah. Saya kira mungkin kerajaan Selangor boleh memberi sedikit sumbangan atau zakat, namun hampa sangat, emel yang saya kirim tidak berbalas sama sekali. Saya cuba mencari emel para pimpinan dalam PAS yang saya amat sanjungi tetapi tidak pula terjumpa. Saya cuba emelkan juga kepada mana-mana alamat emel yang berkaitan dengan perhubungan PAS, tetapi masih menanti juga. Saya juga cuba menulis kepada beberapa tokoh dan YB termasuklah YB DUN saya iaitu Batu Burok melalui blog mereka tetapi hampa dan kecewa juga. Hina sangatkah saya ini kerana tiada nama, pangkat dan harta untuk dapat Tuan-tuan, Datok
Sri, Dato, Tan Sri semua mendengar rintihan masalah dan permohonan saya?

InsyaAllah, kalau ada sumbangan yang saya terima sekalipun, tidak akan mengkaya-rayakan saya apatah lagi menjejaskan kekayaan tuan-tuan, Tan Sri, Datok Sri, Dato sekelian. Sumbangan yang diharapkan pun kalau dapat sekali setahun pun saya amat berterima kasih kepada pimpinan yang ingin menegakkan syiar Islam sebenar, konsep Ta`awun, dan negara berkebajikan. Dan kalau saya ini seorang yang senang lenang dan hartawan, saya tidak perlu lah memohon bantuan ibarat kucing kurap jalanan, bahkan boleh pula saya memberi sumbangan. Walau apa pun, saya hanya ikhtiar, bagi saya apa yang ada sekarang pun segala puji dan syukur hanya pada Allah jua. Ikhtiar saya sesama Islam, kerana itulah saudara-saudara kita pada pandangan agama. Lagipun sudah menjadi adat, sang susah meminta pada sang kaya, sang rakyat meminta pada pimpinan. Betol tak?

Harapan saya, agar para pimpinan PAS khususnya dan Pakatan Rakyat umumnya dapat serius untuk menjaga kebajikan rakyat, apatah lagi yang telah dizalimi amno, lebih serius mesra rakyat, jangan takut untuk mengguna teknologi IT dan emel walaupun tuan-tuan sekarang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas. kadang-kadang, bukan wang ringgit sangat yang diharapkan oleh sang susah, kadang-kadang rasa cakna yang ikhlas dapat mengubat sedikit derita yang ada. Mohon maaf dan terima kasih jua."

ym : mr_respeks

weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks

Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
3.

Re: [ReSpONs] Apabila Mufti Perlis berpantun...

Posted by: "Azham Abdullah" azham_917@yahoo.com   azham_917

Fri Sep 5, 2008 9:10 am (PDT)

Sudah seharusnya jurang perbezaan sama ada dari segi perkapita, kemudahan hidup, kos sara hidup, perbezaan sosio-budaya dsb di antara semenanjung dan sabah/sarawak hendaklah dirapatkan secara lebih pantas dan berterusan dan bukannya lagi sabah/sarawak masih kelihatan tersisih ketinggalan dari segi kemudahan awamnya dan kekayaan ekonomi rakyat jelatanya selama ini.
Oleh itu Malaysia Baru yang bakal menjelma sangat-sangat memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa yang berpengalaman serta jujur untuk benar-benar membela rakyat terutama yang tertindas di bawah pemerintahan BN yang tidak adill selama ini.
Percayalah bahawa keamanan yang dirasai sekarang pasti tidak akan kekal lama sekiranya jiwa senantiasa memberontak untuk mendapatkan keadilan serta senantiasa merasa tertindas akibat jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dan yang tertindas. Apa lagi jika jurang tersebut semakin melebar jauh.

--- Pada Sel, 2/9/08, Stephen Raden Azmi <stephenradenazmi@yahoo.com> menulis:

Daripada: Stephen Raden Azmi <stephenradenazmi@yahoo.com>
Subjek: Re: [ReSpONs] Apabila Mufti Perlis berpantun...
Kepada: ReSpONs@yahoogroups.com
Tarikh: Selasa, 2 September, 2008, 1:51 PM

Kalau pun nak ganti pm kita, saya tidak setuju kalau DSAI yang jadi pm sebab lagi rosak negara kita, macam negara barat yang penuh dengan keganasan. Kami aman di sabah tanpa kehadiran kamu semua. 

----- Original Message ----
From: umar faruqi <faruqi03@yahoo. com>
To: respeks@yahoogroups .com; tipah@yahoogroups. com; kayangan@yahoogroup s.com; SahabatInteraktif@ yahoogroups. com; mahligai@yahoogroup s.com; bersamamu@yahoogrou ps.com; blalang_group@ yahoogroups. com; keluarga_melayu@ yahoogroups. com; keluarga02@yahoogro ups.com; melayucyber@ yahoogroups. com; melayusiber@ yahoogroups. com; rampai_iklan@ yahoogroups. com; respons@yahoogroups .com; kejayaan_sihatceria @yahoogroups. com; uitm-melaka@ yahoogroups. com; azhariyeeiin@ yahoogroups. com; iklanbebasku@ yahoogroups. com; usahawan_cyberia@ yahoogroups. com; MANGKUKHAYUN@ yahoogroups. com; mymasjid@yahoogroup s.com
Cc: relexjap@yahoogroup s.com
Sent: Sunday, August 31, 2008 9:30:08 AM
Subject: [ReSpONs] Apabila Mufti Perlis berpantun...

Apabila Mufti Perlis berpantun...

Bashir Ishak
Sun | Aug 31, 08 | 7:15:55 am MYT

Penulis tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan di laman webnya, drmaza.com. Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini?

 

 

 

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hariHarta rakyat dijadikan taruhan
                  Akhir kebencian menjadi api.

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.

Berikut adalah pandangan peribadi penulis....( Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati!).
Sekali imbas memang pantun ini jelas ditujukan pada pemimpin negara yang menyelewengkan harta negara, hidup dalam penuh kenewahan dan menggunakan kuasa politik demi kepentingan peribadi.

Natijahnya, apabila pemimpin berbuat demikian, maka rakyat menjadi marah. Pemimpin mengumpulkan harta, yang kaya menjadi bertambah kaya sedangkan rakyat bawahan semakin menderita dengan tekanan hidup yang semakin mendesak.

Api kemarahan rakyat lama-kelamaan membuahkan rasa benci kepada pemimpin negara dan arus perubahan mula berkocak menjadi satu gelombang.

Akibat keadaan ekonomi , sosial dan politik negara yang dilihat kurang stabil, maka pemimpin negara digesa untuk berundur.... UndurLAH!
Justeru, pengunduran pemimpin perlulah digantikan denga orang baru. Namun, sudah semestinya rakyat mahu melihat pengganti yang lebih baik dan lebih berkredibiliti.

Memang betul dua baris terakhir pantun di atas. Kalau mahu dicari pengganti kepimpinan negara, maka perlu dicari yang berbudi tinggi dan boleh diterima sekalian rakyat.

Begitu juga, pengganti baru ini bukannya dari kalangan mereka yang setara atau lebih teruk dari yang sedia ada.... Betul tu BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI! - mks._

ym : mr_respeks

weblog : http://respeks. blogspot. com
webgroups : http://groups. yahoo.com/ group/respeks

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
4.

Tips Individu Berjaya

Posted by: "Hasan Nazam" tinta_ilmu@yahoo.com   tinta_ilmu

Fri Sep 5, 2008 4:09 pm (PDT)


Tips Individu Berjaya

Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)

Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti�azah (membaca a�uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan).

Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima:
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah..
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam:
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

Sapaan Makrifat Dambaan Hakiki
Semarak Budaya Ilmu

http://jailurrashied.blogspot.com



Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find everything

you're looking for.

Wellness Spot

on Yahoo! Groups

A resource for living

the Curves lifestyle.

Find helpful tips

for Moderators

on the Yahoo!

Groups team blog.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
�      Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com     
�      Spa Q              - http://spa-q.blogspot.com     
�      Auto Insurance     - http://pdautoinsurance.blogspot.com     

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com