Apabila Timbalan Presiden UMNO,Datuk Sri Najib meminta maaf kepada orang Cina bagi pihak Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Dato Ahmad Ismail mengenai kata katanya" orang Cina tidak berhak mendapat persamaan hak di negara ini kerana mereka pendatang" maka jelaslah kepimpinan UMNO sekarang telah jauh terpisah dari perasaan yang sedang berkecamuk di kalangan orang Melayu di seluruh negara.
Datuk Najib mungkin berasa perlu untuk apologetic kerana kenyataan itu dibuat di hadapannya di dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru baru ini tetapi beliau melupakan hakikat berapa banyak sudah kenyataan dan tindakan yang lebih menyinggung perasaan orang Melayu yang telah dibuat oleh pemimpin pemimpin parti komponen terutamanya Gerakan yang dibantah oleh UMNO dan Melayu tetapi tidak pernah di berikan perhatian yang sewajarnya oleh kepimpinan Cina dan BN.
Suatu kes seorang Pemuda Gerakan Pulau Pinang membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan pemuda UMNO sendiri tidak menghadapi sebarang tindakan dari Gerakan sehigga kehari ini.
Di luar kepartian,banyak sudah tindakan yang diambil oleh pelampau Cina yang di dorongkan oleh sentimen racist yang secara terang terangan menghina simbol simbol kedaulatan negara dan agama.
Seorang pelajar Cina Malaysia di Taiwan telah mengubah lirik lagu Negaraku dan memainkannnya dengan rentak popular menyindir kuasa Melayu dan Islam di negara ini.
Sebelum pilihanraya ke 12 Anggota Parlimen DAP, Teresa Kok membuat tuduhan bahawa polis dalam siasatan mereka telah membogelkan seorang wanita rakyat cina dan menyebarkan video mengenainya tetapi ternyata bahawa dia bukan rakyat Cina dan bukan Cina tetapi sebenarnya seorang wanita Melayu tetapi sebelum situasi sebenar di ketahui,kerajaan Malaysia telah mengutus seorang Menteri untuk meminta maaf dari kerajaan Republic Rakyat China.
Dalam kes pelajar Malaysia di Taiwan menghina lagu negaraku ,MCA dan Gerakan sekadarkan membuat satu dua kritik lembut tetapi lebih bersifat pembelaan terhadap pelajar itu dengan mengusahakan agar bapanya menyatakan kesal tetapi tidak ada permintaan maaf dengan sewajarnya dari pelajar yang biadab itu sendiri.
Akhbar akhbar Inggeris dan Cina tidak membesar besarkan perkara ini seperti mereka menghebohkan isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail hingga berhari hari sebaliknya telah berusaha mengkondisikan pemikiran rakyat supaya memandang pekara yang menikam perasaan orang Melayu itu hanya kecil dan remeh temeh.
Banyak pekara kemarahan orang Melayu dibiarkan berlalu bagitu sahaja dan membiarkan masa mengubati perasaan mereka.
Walaupun Teresa terbukti membuat suatu tuduhan palsu mengenai gadis Cina ditelanjangkan itu tetapi tidak ada tindakan yang diambil.Teresa tidak didedahkan dan dimalukan sebagai pembohong. Beliau mendapat keuntungan politic sebagai juara orang Cina kerana dalam keadaan keyakinan orang Cina semakin luntur terhadap BN,mereka tidak percaya pada penapian kerajaan tetapi mereka membaca hanya apa yang mereka mahu percaya.
Akhbar akhbar berbahasa Cina dan Inggeris pula memainkan peranan membesarkan pembohongan tetapi memperkecilkan kebenaran.
Teresa tidak diberikan suatu pengajaran supaya dia tidak lagi berbohong.
Dalam isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail dapat dilihat cara sebuah akhbar Inggeris berpengaruh mempromonya pada setiap hari sehingga meletakannya seolah olah beliau telah bersalah.
Sebelum pilihanraya ke 12, lobi Parlimen dijadikan pentas untuk berkempen oleh DAP dengan membawa orang luar termasuk "orang tepi jalan" untuk mengadakan sidang akhbar dengan ditemani oleh pemimpin DAP.
Mereka membuat berbagai tuduhan dan fitnah yang bersifat perkauman malah seorang rakyat asing mendakwa dipukul Mat Rempit(tentulah Melayu).Dia bercakap seperti orang politik Malaysia mendakwa kunonnya kerana sebab itu penanam modal asing tidak datang ke negara ini.
Ini semua boleh berlaku kerana kelalaian dan ketidak cekapan Kerajaan yang jenteranya tidak sensitif dan tidak tahu memantau.Akhbar akhbar bahasa Cina tidak dipantau dengan teliti dari dekat tentang perang sarap mereka untuk memburukan imej UMNO selama ini.
Usaha mereka sebenarnya telah berkesan dalam menukar Imej UMNO dari sebuah parti yang berpegang kepada amalan masyarakat majmuk kepada parti perkauman Melayu dan racist.Bila sahaja orang UMNO bercakap mempertahankan hak istemewa Melayu dan kesucian Islam diprojekan sebagai racist.Kepada orang China,Imej Pas sekarang lebih baik dari Imej UMNO.
Walaupun pada hakikatnya UMNO ialah parti Melayu yang pertama merintis kerjasama politk dengan parti parti bukan Melayu tetapi imej itu telah hancur sekarang.
Untuk memperbaiki imej inilah maka Datuk Sri Najib meminta ampun kepada orang Cina.
Adalah amat menyedihkan pemimpin pemimpin UMNO sendiri telah yakin terhadap pandangan negatif bukan Melayu itu.Selain Datuk Najib terdapat beberapa pemimpin UMNO lain yang telah membuat kenyataan tentang perlu adanya perubahan imej UMNO seolah olah imejnya sejak 50 tahun lalu tak terpakai lagi.
Sebenarnya bukan imej UMNO yang salah tetapi salah kerajaan membiarkan kebebasan untuk bukan Melayu meruntuhkan tunggak yang menahan keruntuhan itu.Memberikan kebebasan dan keterbukaan menjijak Akta Hasutan.
Mengambil kesempatan ini dan juga kepimpinan UMNO yang lemah , MCA dan Gerakan bersaing dengan DAP untuk meununjukan masing masing lebih Cina dari Cina bagi mendapat sokongan orang Cina dan dalam persaingan sensitif yang diizinkan di bahawa udara kebebasan baru telah menampakan MCA dan Gerakan tidak lagi mempedulikan perasaan UMNO dan dalam beberapa hal tidak lagi menghormati dasar kebangsaan.
Seorang yang cerdik seperti Datuk Sri Najib sepatutnya dapat melihat dari dekat kegiatan parti parti komponen.Dalam persaingan ini Gerakan telah menikam UMNO dan MCA dari belakang dan menjadi musuh dalam selimut.
Dalam hasratnya untuk menyayangi MCA ,Gerakan telah cuba menunjukan bahawa ia lebih hebat dalam menjuarai isu orang China malah ada kalanya lebih hebat dari DAP sendiri.
Dalam pada itu persaingan antara DAP,MCA dan Gerakan telah menampakan kesepakatan sentimen orang Cina dalam isu isu yang selama ini tidak boleh dibangkitkan dari segi akta hasutan dan juga dari segi dasar kebangsaan,tetapi yang mendapat keuntungan besar ialah DAP kerana kedua parti dalam kerajaan tidak diyakini akan mampu mengisi hasrat dan sentimen orang Cina.Orang Cina tidak puas hati kerana MCA dan Gerakan lebih banyak mengisi perut mereka tetapi tidak dapat mengkayakan sentimen kecinaan mereka.
Pemimpin pemimpin MCA dan Gerakan pula tidak pernah memberitahu Orang Cina secara tegas dan berani pekara yang mereka boleh dapat dan tidak boleh dapat dan dasar tak tertulis di bawah kontrak sosial.
Tolak ansur yang diberikan termasuk pemberian biasiswa JPA dan juga kedudukan Naib Caselor Universiti bukannya mendapat ucapan terima kasih dari orang Cina tetapi semakin banyak tekanan yang didatangkan keatas UMNO.Apabila UMNO tidak dapat memberi maka yang untung ialah DAP.Ini terbukti dengan kemenangan besarnya dalam pilihanraya Mac lalu.
Tekanan ini tidak akan berakhir,akhbar akhbar Inggeris dan Cina akan terus merampas dengan cepat apa juga isu yanbg boleh menggambarkan UMNO sebagai parti racist atau parti perkauman Melayu.Usaha ini tidak akan berakhir dengan tamatnya kes Datuk Ahmad kelak.
Kepimpinan UMNO akan menampakan kelemahan lagi.Bukan Melayu telah melihat Ketua Pemuda UMNO yang garang dan hebat menjerit telah dua kali meminta maaf kerana meghunus keris iaitu sebelum dan sesudah pilihanraya.Suara Pemuda UMNO sudah tidak berbisa lagi.
Orang Melayu semakin tidak faham terhadap sikap apologetic pemimpin pemimpin UMNO. kenyataan kenyataan mereka menampakan seolah olah mereka semakin jauh dari matlamat dan semangat rakyat.Perasaan yang berkocak di akar umbi seolah olah tidak didengar atau tidak lagi dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan UMNO.
Jika Presiden UMNO Datuk Sri Abdullah Badawi memberikan jaminan untuk mengambil tindakan mempastikan Ahmad Ismail tidak mengulangi kenyataannya tidaklah bagitu menggusarkan lagi perasaan orang Melayu kerana kenyataan beliau tidak lagi diambil serius kerana selalunya tidak disusuli dengan tindakan tetapi apabila Datuk Sri Najib meminta maaf bagi pihak Ahmad Ismail ini adalah mengejutkan dan menyinggong perasaan orang Melayu dan mengecewakan harapan mereka terhadap kepimpinan masa depan UMNO.
Najib telah menambah luka orang Melayu diluar UMNO yang sedang kepedihan untuk kembali yakin kepada UMNO sebagai sebuah parti nasionalis yang boleh menjamin masa depan Melayu.
MAHARAJABLOGGER
http://www.maharajablogger.blogspot.com
No comments:
Post a Comment