Messages In This Digest (1 Message)
- 1.
- BP - Bicara Politik 3 - DBKL Halang Bantu Si Miskin + Artikel ISA From: badaruddinmz@technip.com
Message
- 1.
-
BP - Bicara Politik 3 - DBKL Halang Bantu Si Miskin + Artikel ISA
Posted by: "badaruddinmz@technip.com" badaruddinmz@technip.com diden99
Fri Sep 19, 2008 4:57 pm (PDT)
[107.1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari
pembalasan)?
[107.2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak
yatim,
[107.3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak
diterima oleh orang miskin.
===================== ========= ========= ========= ========= =========
http://groups.yahoo.com/ group/ingatan/ message/27002
Artikel untuk siaran : DBKL halang Dr. Lolo bantu rakyat miskin!
Oleh HermanSamsudeen
Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama
penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh
pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pada 18 September, Pegawai Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan
telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada
hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr.
Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan&n
bsp;atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh di
edarkan kepada pihak luar.
Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo' Lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali
berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.
"Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin
turun memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit."
"Saya dan ahli-ahli Pas telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin
serahkan kepada yang layak." kata Dr. Lo'Lo lagi.
Pada masa ini Dr. Lo'Lo' terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau
bersama ahli-ahli Pas Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat
yang kurang bernasib baik. Dr. Lo' Lo' turun sendiri menziarahi rakyat
dari rumah ke rumah dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta
menghulurkan bantuan.
Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN
Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan
bantuan bagi kawasan parlimen itu.
Sebelum ini Menteri Wilayah dan Datuk Bandar telah memberikan jaminan
untuk membantu rakyat walaupun di dalam kawasan Parlimen yang ditadbir
oleh Pakatan Rakyat, namun akhirnya pembohongan mereka terbongkar.
Bukan sahaja enggan bekerjasama memberikan maklumat, bantuan kewangan juga
tidak dihulurkan. Sehingga kini, semua ahli Parlimen Pakatan di Wilayah
Persekutuan menggunakan dana sendiri dan bantuan orang ramai bagi
menjalankan aktiviti bersama rakyat dalam kawasan masing-masing.
Setakat i ni kerjasama DBKL amat terhad dan mereka hanya tertumpu kepada
Kawasan Parlimen Setiawangsa.
Rakyat begitu kecewa kerana ahli Parlimen yang dipilih oleh mereka tidak
mendapat layanan yang adil dari DBKL, walhal rakyat telah membayar cukai
yang banyak kepada DBKL setiap tahun.
Surat Dari Pejabat Dr. Lo'Lo'
Surat Dari DBKL
*penulis adalah Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr.
Lo' Lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali.
.......lawati : http://docpearl.blogspot. ataucom/
http://drlolo.wordpress. untuk mengikut i perkembangan Dr. Lo'Lo'com/
===================== ========= ========= ========= ========= =========
From : http://tech.groups.yahoo. com/group/ PerisikRakyat/ message/23890
Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
15-09-2008 01:01:12 PM
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur
tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam
isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra
Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di
bawah peruntukan akta itu.
Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam
dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan
ISA untuk membela ajarannya.
"Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang
membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu
mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil
agama.
"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan
menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa
kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng,
buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu.
Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu
hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan
idea yang berani dan telus itu.
Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana
kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu
berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita
takut berhuja h dengan dia."
Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
"Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju
dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan
digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada
aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain
termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.
"Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain
maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang
membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,"
kata Dr Asri lagi.
Dari segi politik Islam atau s iasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan
orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada
keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.
"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang
dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha
Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak
buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi
peluang mereka membela diri?," jelas beliau.
Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi
dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak
boleh.
"Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga
menganggu orang awam, ulamak Isl am juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat
tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara
sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah
diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
"Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk
diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar
sahaja," jelasnya.
Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.
"Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari
agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan
itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan
peruntukan orang yan g menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat
politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.
"Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat
aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?," soal Dr Asri.
Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.
"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku
pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA
mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak
buat?," kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota
Bharu pada hari ini.
Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, s
empena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri
Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal
kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.
"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak
boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.
Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik
menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.
"Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan
belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata
beliau.
Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri.
Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam
politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik
masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabk an.
Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa
rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan
lebih rumit.
"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang
menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.
===================== ========= ========= ========= ========= =========
From : http://tech.groups.yahoo. com/group/ PerisikRakyat/ message/24335
ISA kejam, Islam bukan agama yang bacul - Mufti Perlis
17 Sep 2008 1:12PM
MUFTI Perlis, Dr Muhd Asri Zainul Abidin, kelmarin mengkritik penahanan
tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil berkata
orang yang tertuduh harus diberi peluang menjelaskan kesalahan mereka.
Beliau berkata Islam tidak memerlukan ISA untuk mempertahankan kemurnian
agama itu, sambil menambah bahawa Al-Quran dan hadis harus digunakan
sebagai panduan untuk menyiasat jika seseorang didakwa menghina Islam.
'Jadi tidak ada alasan menahan orang dengan tidak memberi peluang membela
diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu bersalah
dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama,' kata Dr
Asri.
'Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak a kan
menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa
kesalahan itu.
Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu
berdasarkan Quran dan hadis,' jelasnya lagi.
Menurutnya, Islam 'bukan agama yang bacul' tetapi tindakan ISA itu atas
kesalahan yang berkaitan dengan agama tersebut 'seolah-olah menggambarkan
orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang'.
Sambil mengingatkan bahayanya tindakan ISA itu, Dr Asri berkata adalah
'kejam' menahan seseorang selama dua tahun tanpa menjalani proses
kehakiman terdahulu dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
memainkan peranan lebih aktif dalam memberi penjelasan mengenai Islam. /
The Star
===================== ========= ========= ========= ========= =========
From :
===================== ========= ========= ========= ========= =========
Fro m :
===================== ========= ========= ========= ========= =========
From : http://groups.yahoo.com/ group/islah- net/message/ 59935
KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
14 September 2008
JIM KECAM PENAHANAN AHLI POLITIK, WARTAWAN DAN PENULIS BLOG DI BAWAH AKTA
KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengecam undang-undang tanpa bicara
seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penggunaannya ke atas Ahli
Parlimen Seputeh yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor,
Teresa Kok, wartawan akhbar Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan pengendali
laman blog Raja Petra Kamaruddin.
JIM ingin menegaskan bahawa prinsip keadilan amatlah penting dalam
perundangan. ISA menyalahi prinsip keadilan kerana mereka yang ditahan
dinafikan hak untuk "tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya",
dinafikan hak bela diri, dinafikan khidmat guaman dan boleh ditahan
selama-lamanya tanpa dihadapkan ke mahkamah.
Walaupun wartawan Tan Hoon Cheng kemudiannya telah dibebaskan selepas 16
jam ditahan, namun JIM mempersoalkan penahanan tersebut atas kononnya
untuk melindungi beliau daripada ancaman ke atas keselamatan beliau. Ini
menurut Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dalam sidang akhbar di
Ibupejabat Polis Bukit Aman pada 13 September 2008. Bukankah suatu yang
amat pelik apabila seseorang ditahan di bawah ISA untuk menyelamatkan
beliau daripada ancaman keselamatan sedangkan lazimnya seseorang ditahan
kerana beliau dituduh memudaratkan keselamatan negara?
Apakah dengan ini wartawan tersebut perlu berterima kasih kepada Kerajaan
atau sepatutnya menyaman Kerajaan kerana merampas hak kebebasan beliau
sebagai warganegara dengan alasan yang tidak munasabah langsung?
Perbuatan menuduh tanpa sebarang bukti adalah perbuatan yang haram dari
sudut Syariah, kerana ianya sendiri merupakan sebab utama kepada keadaan
huru-hara di kalangan masayarakat yang hilangnya kepercayaan antara satu
sama lain.
Firman Allah s.w. t. dalam surah Al-Hujurat ayat 6, penyebaran perkhabaran
dan maklumat yang tidak sahih lagi meragukan menyebabkan berlakunya
pertimbangan yang tidak adil, lantaran mengundang kepada musibah fitnah
yang melanda masyarakat.
Riwayat hadith Ibnu Majah dan Abu Dawud menyebutkan bahawa kadi yang
menetapkan hukuman kepada seseorang bedasarkan sumber-sumber bukti yang
tidak benar akan dicampakkan ke dalam api neraka sewajarnya cukup menjadi
pengajaran bagi kerajaan untuk mengutamakan prinsip keadilan Islam yang
rasional berbanding dengan sentimen-sentimen perkauman yang rapuh dalam
menjaga kemaslahatan masyarakat.
< SPAN lang="MS">JIM mengesyorkan mana-mana pihak yang terkesan dengan
sebaran awam yang dianggap menghina Islam supaya tampil proaktif dalam
memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan. Islam
tertegak di atas nas dan dalil Al-Quran dan Sunnah yang jelas. Tuntutan
untuk mengemukakan hujah-hujah Islam secara berhikmah dan beradab sudah
termaktub di dalam riwayat hadith-hadith yang sahih.
JIM memandang penahanan wartawan Tan Hoon Cheng seolah-olah beliau
bertanggungjawab ke atas kontroversi kenyataan perkauman Ahmad Ismail
sebagai tidak wajar kerana Ahmad Ismail dan pengikut beliau sendiri yang
sengaja memberikan provokasi perkauman tanpa sebarang kawalan emosi di
hadapan wartawan-wartawan.
Penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula merupakan satu
ketidakadilan kerana dakwaan bekas Menteri Besar Selangor keatasnya telah
dinafikan sekeras-kerasnya. Malah, masjid di Damansara yang dikatakan
disuruh perlahankan bunyi azannya telah memberi penjelasan bahawa azan
tidak berbunyi dengan kuat kerana alat pembesar suara azannya mengalami
kesulitan teknikal, bukannya kerana ditentang penduduk bukan Islam.
Penduduk bukan Islam di kawasan perumahan sekitar sebuah masjid di Puchong
pula dilaporkan hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar
suara untuk majlis kuliah bacaan ayat al-Quran, bukannya azan itu sendiri.
JIM berpendirian jelas bahawa apa juga alasan yang dinyatakan kerajaan
atas episod penahanan terbaru ini samada sebagai "pencetus polemik
ketakutan" atau "pencetus kegawatan", ianya seharusnya boleh ditangani
dengan pelbagai akta lain yang sedia ada.
Tindakan menggertak dan menangkap blogger, wartawan, para pengkritik dasar
kerajaan khususnya dari kalangan parti pembangkang tanpa hujah yang
konkrit hanya akan mengundang kemusykilan rakyat terhadap motif dan
keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan perubahan pasca Pilihan raya Umum
ke-12 terutamanya dalam konteks lanskap politik negara kini. Tindakan ini
hanyalah mengesahkan lagi bahwa ISA digunakan untuk tujuan politik parti
pemerintah.
JIM amat kesal dengan tindakan parti politik pemerintah yang sanggup
memainkan isu sensitif seperti perkauman dan agama demi untuk menutup
pelbagai kelemahan kepimpinan sedia ada. Sebaliknya, adalah lebih baik
pihak kerajaan berusaha menyelesaikan pel bagai kemelut yang terjadi di
dalam negara sekarang ini tanpa menggadaikan suasana keamanan yang sedia
ada. Hentikan politik perkauman, fitnah dan tuduh menuduh tanpa bukti lagi
tanpa bicara dan kembalilah kepada Syariat Islam.
JIM menggesa Kerajaan untuk membebaskan Teresa Kok, Raja Petra dan
tahanan-tahanan ISA yang lain dengan serta merta atau dakwa mereka di
mahkamah. Nasib tahanan yang ditahan dalam tempoh yang lama sehingga 7
tahun juga perlu dibela.
Sebagai anggota aktif gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), JIM menyeru
rakyat yang prihatin untuk turut tampil membantah ISA dan penahanan
berhubungnya melalui program-program yang dianjurkan oleh GMI. Dalam
tuntutan keadilan dan kebenaran, tidak ada batasan agama, kaum atau
budaya.
Syed Ibrahim Syed Noh
Timbalan Presiden
===================== ========= ========= ========= ========= =========
From : http://groups.yahoo.com/ group/islah- net/message/ 59507
Salaam,
Saya solat Isyak agak lewat, iaitu jam 11.15pm, sebaik saja pulang dari
SUARAM selepas mesyuarat Malam Himpunan Rakyat Anti ISA 28/6.Sebaik saja
selesai solat, mata terpandang susunan kitab-kitab dan buku-buku abah
Suhaib yang saya bawa balik dari Kemta, dua minggu lepas.
Masih segar di ingatan,sebaik saja lawatan keluarga tamat,beria-ia benar
Abah Suhaib meminta saya membawa buku-buku dan kitab-kitab itu
pulang.Walaupun berat,Suhaib lah yang bersusah payah mengangkat dua
plastik besar berisi buku dan kitab itu ke dalam kenderaan.Wajahnya
kelihatan begitu berseri ketika bertemu abahnya hari itu.Suhaib tahu,
hanya beberapa hari saja lagi abahnya akan cukup tempoh 6 tahun dan
mungkin akan bebas dan boleh pulang ke rumah.
"Umi, Suhaib rasa tak sabar nak kongsi baju dan seluar dengan Abah bila
dia balik nanti..."nampak ceria sangat Suhaib menyusun pakaian di
almarinya.Saiz baju mereka sama. Tapi sebenarnya, Suhaib lebih besar dan
tinggi dari abahnya.Saya memandang anak bujang itu sambil tersenyum pahit.
Susahnya peristiwa itu untuk di hilangkan dari ingatan.Setiap kali
terpandang buku dan kitab itu, bagai filem yang berputar, kenangan itu
datang kembali mengganggu minda.
Untuk menenangkan hati, saya capai Quran terjemahan tinggalan Abah kepada
kami.
Hati ini teringin sangat menjenguk Surah Al Insan.Dari ayat 5 hingga 22...
indah sungguh terjemahan ayat-ayat itu mengenai Syurga...sebagai balasan
Allah SWT kepada kebajikan yang telah dilakukan oleh insan ketika masih
hidup didunia....(Agaknya,jika Menteri Dalam Negeri menghayati semua yang
terkandung dalam ayat ini, dia tak tergamak untuk menambah 2 tahun lagi
pada tahanan yang dah dikurung tanpa bicara selama 6 tahun....Ah! itu
bisik hati saya yang serba naif ini.Allah lebih tahu diatas
segala-galanya.)
Saya berdoa, semoga Allah memberi kesabaran,kekuatan, petunjuk dan hidayah
kepada kami ,disaat-saat diuji seperti ini.Saya yakin, doa semestinya
disertai dengan usaha untuk membebaskan diri dari belenggu ini.Bukan untuk
diri kami saja....malahan, biarlah orang lain tidak menjadi mangsa ISA,
seperti kami.
Saya sedar, kami (saya dan Suhaib) tidak keseorangan. Ramai diluar sana
yang sangat-sangat teruja untuk membantu kami, mengikut kadar kemampuan
masing-masing.Contohnya, Sdri Roha bersama JK Wanita JIM Pusat dan team,
akan mengadakan Hi Tea Setulus Kasih....pada 29/6/08... khas u ntuk
membantu perjuangan kami di Pusat Sokongan Keluarga GMI bagi menyantuni
mangsa-mangsa ISA diseluruh Malaysia.Saya pasti, tentunya sasaran utama
Sdri Roha adalah dari kalangan Netters di NN ini.Harap-harap, selepas ini,
lebih banyak lagi hati-hati yang terbuka untuk membeli meja-meja yang
dijual sempena Hi Tea itu......
Malam Himpunan Rakyat Anti -ISA Stadium Malawati pada 28/6/08
9.00-12.00pm, kemudian the next day 29/6/08 ada Hi Tea Setulus Kasih....
di Hotel Quality, tak jauh dari Stadium....ini suratan atau kebetulan????
Cg Laila
===================== ========= ========= ========= ========= =========
Salaam,
Dalam perjalanan pulang dari Dewan Perhimpunan China tadi, mata ni
mengantuk sangat, hingga pening kepala kerana terpaksa fokus kepada kereta
yang dipandu.
;
Alhamdulillah, saya rasa puas hati dengan kehadiran FORUM.Auditorium yang
boleh memuatkan 150 - 200 tetamu itu penuh dan ada juga yang terpaksa
berdiri.Saya perhatikan ramai muka baru yang hadir.Saya rasa-rasa, ramai
gak ikhwah /akhawat JIM yang datang,tapi tak kenal nama...maaf lah
ya.(nanti saya tanya Tuan Syed, I/A yang datang tadi.Terimakasih kerana
sudi hadir ke majlis itu.
Sepertimana VIGIL, nampaknya FORUM juga mendapat sambutan dan kehadiran
adalah menepati sasaran. Kejayaan dua program itu memberi cabaran baru
bagi saya yang baru nak bangkit semula setelah jatuh terjelepuk, beberapa
hari yang lepas, disebabkan menerima berita pelanjutan itu.
Walaupun jam telah menunjukkan pukul 3 pagi, saya sukar melelapkan mata
mengenangkan ada beberapa perkara penting berkenaan penghantaran poskad ke
Parlimen dan majlis Himpunan Rakyat Anti ISA, belum diselesaikan.Hantar
poskad , tak jadi masaalah kerana ianya sekadar media even t dan jika ada
peluang, memang nak serang hendap Pak Lah dan Hamid Albar.Tapi....yang
menjadi cabaran besar ialah macam mana nak ajak orang ramai datang ke
Stadium Malawati 28 Jun nanti???
Anda yang membaca tulisan ni, ada sebarang idea??? Share lah sikit.
Saya cuma terfikir, jika setiap netters yang baca tulisan ni boleh ajak at
least 10 orang, paling sikit pun, jadi 5000 orang akan diperolehi dari JIM
seluruh Malaysia.Lagi 10,000 saya akan serah pada PAS,PKR,DAP, Hindraf dan
NGO lain.Ok tak kiraan saya ni???
Selama 48 tahun ISA beraja di negara kita,minda rakyat dikepung dan
ditakut2kan dengan penggunaan akta zalim itu. Tidak keterlaluan dikatakan,
inilah julung kali, satu perhimpunan rakyat, akan diadakan di sebuah
Stadium, untuk sama-sama membantah kekejaman ISA di Malaysia.Tak pernah
terfikir di minda, bahawa saya adalah antara individu da lam team GMI,yang
akan memecahkan tradisi itu.(Mungkin SB2 tu ingat, bila hubby disambung
penahanannya,saya akan menagis tanpa henti dan akan sujud pada kemahuan
mereka.....I'l prove it that they are wrong!!! IA)
Bagaimana anda semua? Sekiranya anda benar-benar simpati dengan kekejaman
yang dilakukan keatas saya sekeluarga, marilah bersama-sama kami team GMI,
meramaikan majlis itu kelak.
Sejak semalam, saya menerima puluhan sms,personal emel dan emel yang
boleh dikongsi di NN ini, semuanya mendoakan supaya saya tetap kuat
menghadapi ujian ini.Semua doa dan kata-kata nasihat itu amat istimewa dan
berharga bagi saya.Inilah kelebihannya menjadi salah seorang member di NN
ni....dapat continuous care , concern and du'a dari I/dan akhawat semua.
Saya memang amat terhutang pada team GMI , especially 'the other half of
me- nashita' yang melayan saya bagai menatang minyak yang penuh,
terutamanya ketika saya sedang dirundung kesedihan.Tq Nash, I luv u..
Kepada semua, semoga Allah memberikan kebahagiaan didunia dan memastikan
satu tempat disyurgaNya, kelak.
Cg Laila
===================== ========= ========= ========= ========= =========
From: Norlaila othman <laila6306@...>
Salaam,
Tak tahu macam mana nak mulakan bicara, setiap kali jari mula mengetuk key
board, mata mula berkaca...
Let's p ut it this way....."Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang
kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa beriman kepada Allah,niscaya
dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.Dan Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu." AtTaghaabun:11
Sebaik saja berita lanjutan 2 tahun itu keluar dalam Harakahdaily petang
tadi, saya rasa seolah-olah ramai sangat yang turut "berkabung' dan
menangisi keputusan yang tidak berperikemanusiaan itu. Tak daya saya nak
melayan sms dan panggilan telefon dari mereka yang ingin menyatakan
kesedihan,disamping meminta saya terus tabah menghadapi keputusan yang
zalim itu.
Sekadar mengimbas kembali, 10 dan 11 Jun,"hari-hari terakhir 6 tahun" saya
rasakan hidup bagai diatas bara api.Setiap kali tengok kalendar, fikiran
jadi amat tertekan.Kepala jadi sakit yang amat sangat dan ubat paling baik
ialah...tidor.Tapi tak boleh dilayan sangat.Saya pergi GIANT membeli jus
Peel Fresh Orange dan s nack kegemaran saya- Vochele roasted almond
....tapi bila tiba dirumah, tak ada mood pula untuk menjamahnya.Saya
sibukkan diri dengan kerja-kerja kempen dan kebajikan keluarga tahanan
yang masih bertimbun.Fikiran difokuskan terhadap program terdekat.Malu
rasanya untuk menghadiri sidang media, dengan mata yang bengkak kesan
tangisan yang berpanjangan.Lega sedikit, ada cermin mata untuk menutup
kekurangan itu.
Saya amat bersyukur pada Allah SWT,Tuhan yang memberi nyawa,yang masih
mengizinkan nadi saya berdenyut, yang membolehkan saya menghirup udara
pagi ketika terjaga dari tidur.Disebalik tekanan perasaan yang tinggi,
saya berjaya mengarungi saat-saat sukar ,sebelum menerima berita/keputusan
yang amat berat itu...Alhamdulillah.
"sekurang-kurangnya dia masih hidup dan boleh dilihat walaupun disebalik
kaca"....
ya.... itulah realitinya.
Saya redha dengan semua ketentuanNya.Sekurang- kurangnya, saya telah cuba
melakukan yang terbaik untuk melihat dia bebas.Bila-bila masa,sekiranya
saya di panggil Illahi, saya tidak akan merasa terkilan/bersalah,kerana
saya telah berusaha dengan pelbagai tindakan yang sewajarnya,untuk
membantu mengembalikan nama baik dan hak peribadinya yang sedang dicabuli
oleh mereka yang amat ego dan "sedang diberi kuasa oleh Allah" ketika
ini.Kemungkaran ISA terlalu besar dan terlalu zalim untuk dibiarkan begitu
saja.Saya tidak kesal dengan keputusan ini (menangis tu biasalah bagi
orang perempuan)...malahan semangat juang tetap membara d sanubari
saya.....
Semoga Allah permudahkan semua perkara dan memang Allah lah penentu
segalanya.
Cikgu Laila.
p/s Semua di Jemput menghadiri FORUM ISA:Antara Mansuh Atau Pinda,Selasa
17 Jun,8.00-10.0 0pm, Dewan Perhimpunan China, Jalan Maharajalela, K.L
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
1. Alhamdulillah, jazaakumullahu khairun pada semua yang telah sudi /
berani menyertai kempen kendalian saya yang boleh dalam kategori
hard/harsh.
Kepada semua ikhwah dan akhawat yang turun ke jalanraya di depan Kemta
Sabtu lepas, mungkin saya tak mengenali antum tetapi saya dapat merasakan,
sokongan yang tidak berbelah bagi dari kalian.Maaflah, saya tidak secekap
Pengerusi GMI yang boleh menyebut nama antum satu persatu.Tetapi saya
tahu, some of you had been there, to be part of the crowd,in silent
protest,silent prayer, with the highest hope, those incarcerated
detainees would be released fast- including Abah Suhaib.
2. Sebenarnya, s emasa sidang akhbar mengenai VIGIL, hati saya agak resah
untuk menjawab soalan berulang-ulang dari wartawan mengenai kehadiran
peserta pada malam itu.Target 1000 orang adalah agak tinggi bagi satu
tempat diluar K.L seperti Taiping.Namun, saya percaya dengan segala usaha
sahabat2 kita di Perak, Sdr Megat Sharifudin dan teman-teman YB, akhirnya
VIGIL ini berjaya mencapai sasarannya.Alhamdulillah...Tahniah pada Bro
Megat and team.
(Ada juga yang bergurau, agaknya bila Tim KPN kata jangan pergi ke
perhimpunan haram, orang ramai menjadi semakin teruja untuk turut
menyertainya.Tak rugi dapat publisiti percuma...)
3. Empat keluarga telah pergi ke Kem menaiki bas tajaan Negeri Selangor
ada logo JAIS.Setelah melawat suami/bapa masing-masing, kami beredar ke
sebuah rumah rehat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak.Anak-anak
excited nak tahu apa bendanya VIGIL itu.Nak sebut pun susah! Hanya Suhaib
yang sudah biasa den gan program itu, sekadar memerhatikan kawan-kawannya
sibuk bertanya kenapa ada lilin, headband bertulis ISA, candle protector
dll.
Semakin menghala senja,semakin ramai penyokong yang tiba dari pelbagai
arah.Saya dikerumuni wartawan,bloggers- (yang selama ini hanya tahu nama
saja), dan teman-teman aktivis lelaki mengangkat tangan sambil "say hi' ,
manakala wanitanya bersalam dan memeluk saya tanda gembira dapat bertemu
di majlis seperti ini.Flash kamera bertalu-talu juga agak merimaskan .Saya
sempat menjeling kearah isteri2 tahanan ISA yang hadir iaitu Pn Fatma, Pn
Juraina ,Pn Atikah dan anak-anak, yang kelihatan relax tanpa gangguan
sesiapa.
4.Dalam hujan renyai,kami berarak dari Masjid Oren Kamunting,menuju ke
pintu Kemta.Huh!! Boleh tahan penatnya.Tapi anak-anak kelihatan enjoy
sangat.Road block polis tak dapat menahan langkah kaki peserta yang
kelihatan begitu agresif untuk segera tiba dihadapan Kemta.(Ramai yang tak
pernah masuk,teringin sangat nak masuk dalam kawasan kem...) Semasa majlis
berlangsung,sepertimana yang disiarkan M'siakini, ramai juga kakitangan
/warden kem dan anak beranak mereka, curi-curi pandang majlis yang unik
dan cantik dengan kerdipan lilin itu.
5.Majlis selesai.Semua gembira dan pulang.Saya tak dapat menyertai
teman-teman peguam dari K.L yang ajak minum kopi sambil berbual mengenai
VIGIL kerana terpaksa menguruskan kawan-kawan yang ingin terus balik ke
rest house! Namun....tanpa disangka,tiba saja dirumah, rupanya teman-teman
isteri tahanan ISA ni,tak habis2 menceritaka kegembiraan mereka,pertama
kali menghadiri VIGIL.Anak-anak mereka mencium saya berkali-kali tanda
seronok yang amat sangat."Hilang tension!!" kata mereka lagi.Dalam hati
saya berkata...siapa sangka, selepas 6 tahun suami ditahan dibawah ISA,
baru ini mereka berpeluang untuk menzahirkan perasaan, internal dan
external protest terhadap kezaliman ISA yang sekian lama membelenggu
mereka."Ramainya orang benci ISA ya kak?Mereka tidak menuduh dan
memburukkan suami kita kan?? Mereka sokong ayah kita ,kan" tambah mereka
lagi...Rupanya kehadiran lautan manusia memegang lilin malam itu,menyuntik
semangat baru pada mereka untuk meneruskan kehidupan dengan lebih kuat dan
tabah.Mereka baru terjumpa satu dunia baru...
"kami hanya mampu berusaha menonjolkan isu ISA saja,tetapi Allah lah yang
mengizinkan pembebasan mereka...."
To b cntinued.
p/s: Terimakasih pada Ust Zul (Dr Har) yang sempat ambilkan gambar sayadan
teman-teman dari PAS.
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
Vigil- berjaga diwaktu malam, beramai-ramai, soft protest, untuk membantu
mereka yang bertahun2 ditindas , dah lama ingin dilakukan, terutama di
Kamunting, tempat dimana letaknya, ibu pelbagai kejahatan dan
kezaliman.Sejak sebelum PRU12, Vigil ini tidak pernah hilang dari senarai
program utama yang mesti ditunaikan,pada 2008 ini.
Makin dekat dengan malam "VIGIL' itu, makin tinggi tekanan yang saya
rasakan.Persiapan semuanya berjalan lancar.Semua aspek telah dikenal
pasti. Lokasi, keselamatan, komunikasi,publisiti,peralatan, barang-barang
keperluan, semuanya di kira sudah beres.
Ramai juga pemberita meminta latest -updates dari saya untuk dijadikan
modal countdown terhadap program ini.Saya amat berterimakasih pada mereka
yang begitu banyak membantu publisiti program GMI.Tanpa sebarang bntuan
media arus perdana, publisiti VIGIL sudah melata.Polis yang menyebarkan
program ini pada orang ramai!!!!
Saya juga turut mendengar "luahan' hati beberapa orang rakan di Ipoh yang
dihubungi oleh OCPD dan SB, beberapa kali.Mereka yang berkuasa di Balai
Polis Ipoh telah saya hubungi dan diberitahu, sebarang urusan mengenai
VIGIL ini, just go direct to my hp.Tapi, kalau dah SB tu, SB juga. Depa
"harass" juga AJK kami yang tinggal di Ipoh tu, dengan pelbagai helah dan
pujukan supaya jangan meneruskan program tersebut.
Namun, orang Perak memang tak sama dengan rakyat negeri lain. Sebab itu
mereka berjaya menafikan kekuatan parti penguasa ISA. Walau apa pun
tekanan dan gangguan dari polis dan kakitangan nya, mereka tetap
bersemangat waja untuk meneruskan program ini.
Kempen GMI ada 3 jenis.Soft, medium dan hard. Menandatangani surat/poskad
dikira soft program.Menghadiri forum atau ceramah, dikira medium, dan
hadir ke VIGIL adalah program untuk mereka yang kategori hard core .Inilah
reliti Kempen Bebaskan Tahnan 6 Tahun ISA.Tiada alasan untuk tidak turut
serta.The choice is in your hands!
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Maaf Zahir bathin
Cg Laila.
Hanya dua
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
Siang tadi saya menemui YB Rodziah @ Ogy di pejabatnya untuk membincangkan
tindakan susulan dari beberapa siri pertemuan sebelum ini.
Alhamdulillah, Kerajaan Selangor bersetuju untuk menghantar keluarga ISA
ke Taiping, sekurang-kurangnya, dua kali sebulan.Jika sebelum ini, Negeri
Selangor adalah negeri pertama mengeluarkan usul mansuhkan ISA ,bebaskan
tahanan dan tutup Kem Kamunting, kini mengkotakan apa yang dikata dengan
menghantar keluarga tahanan ke Kem Kamunting.
"Kerja-kerja penghantaran ni, orang JIM memang expert" jawab saya pada
satu soalan Yb Ogy.Beliau tersenyum penuh makna.Yes, tak boleh dinafikan,
dan pastinya telah ditulis oleh malaikat yang menjaga amalan baik,bahawa
orang JIM memang mempelopori tugasan yang "aneh' ini.
Aneh?? Apa tidaknya, membawa satu keluarga seawal jam 5.30am menuju ke
satu tempat di Taiping.Tiba di Kamunting,terus ke Kem dan membiarkan
keluarga(isteri &anak2) itu masuk ke dalam kawasan berpagar kawat berduri
setinggi 20 kaki, dalam jangkamasa 45 minit.Sementara itu,driver boleh
berehat dalam kenderaan atau duduk di pondok menunggu....kemudian bila
keluarga yang di hantar itu keluar dari pintu besar kem, terus pula
kembali semula ke Kuala Lumpur. Perjalanan pergi balik selama lapan jam
jika kereta dipandu 110km/h , termasuk berhenti rehat ......Its really a
noble job and surely the pahala is all yours!!!
Kini, biarlah ianya diambil alih oleh negeri pilihan rakyat.Walaupun pada
awalnya saya hanya ingin mendapatkan sedikit bantuan asas untuk 16
keluarga ISA yang tinggal di Selangor,namun saya tidak dapat lari dari
menjadikannya sebagai salah satu dari elemen penting dalam Kempen Bebaskan
Tahanan 6 Tahun ISA.Membantu yang di tindas,dimasa yang sama mendedahkan
kejahatan kerajaan pusat yang masih terlalu sayang dan cinta dengan ISA.
Saya akui,semakin lama dianiaya,semakin banyak peluang untuk mendedahkan
kejahatan ISA, makin mudah untuk mendidik masyarakat jangan takut ISA dan
makin banyak pihak yang berani menghulur bantuan...Alhamdulillah
"Make my office like your home" sampai begitu sekali Yb Ogy meraikan usaha
saya untuk mendedahkan kedurjanaan ISA.
Projek pertama saya dan exco Kebajikan itu ialah membawa 8 keluarga untuk
menemui suami mereka pada Sabtu 7 Jun, kemudian bersama-sama dengan
perhimpunan aman Vigil di hadapan Kem Kamunting.Yb Lih Kang, bekas s/u GMI
yang kini menjadi ADUN Teja di Ipoh, berjanji untuk mendapatkan sebuah
rest house untuk mereka....
Doakanlah 8 keluarga ini kuat dan berjaya merempuh gangguan SB yang
sentiasa mengganas.
To Be continued- IA
Cg Laila
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
"Puan Laila, sila tandatangan di buku ni..." tiba-tiba saja saya
dikelilingi wanita-wanita yang membeli buku Dunia Tanpa Suami 2, yang baru
siap semalam.Sampai saat ini, masih terasa hangatnya bersama mereka yang
ingin mendapatkan tandatangan saya. Tiba-tiba je teringat....saya selalu
di kerumuni anak-anak comel(murid Al Amin yang dah 3 bulan di tinggalkan &
missed them so much) , kini dikerumuni orang dewasa pula....( saya senyum
sendiri dengan pengalaman baru ni..)
Yb Pak Abu, artikelnya juga ada di buku itu, tersenyum lebar sambil
bertanya samada saya gembira, bila ramai orang datang minta tandatangan
buku dan ramai pula yang menurunkan tandatangan untuk kempen surat serta
poskad.
Sibuk sangat masa tu... tak sempat menjawab pertanyaan Yb!! Maaf ya...
tetapi kemudian kami berempat iaitu saya, Yb Pak Abu, Kak Jije dan S.Norma
sempat mengabadikan kenangan itu di kamera saya.
Alhamdulillah, buku Dunia Tanpa Suami 2, telah dilancarkan dalam suasana
ringkas oleh YB Rodziah di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Negeri Shah
Alam.Sebenarnya, kami diberi slot 15 minit di Forum Wanita Bersama YB
Rodziah,YB Theresa dan YB Saari anjuran Mawaddah. Selepas pelancaran itu,
semua peserta forum telah pergi ke meja GMI untuk menurunkan tandatangan
masing-masing di surat-surat dan poskad yang disediakan.
Seronok dapat berkenalan dengan akhawat-akhawat JIM Shah Alam di program
itu.Mereka adalah penggerak utama dalam menjayakan majlis tersebut.
Tahniah!!!
Pada Dik Roha dan Kak Jije, saya ucapkan terimakasih yang tidak terhingga
kerana begitu bersungguh-sungguh menjadikan kehadiran buku ini,satu
kenyataan.Kak Jije siap pesan, tujuan penerbitan buku itu adalah salah
satu usaha untuk mendedahkan kejahatan dan kezaliman ISA supaya dapat
memberi lebih tekanan kepada bapa ISA, supaya tahanan segera dibebaskan...
To b continued...IA.
p/s: Thanks to Nurul dan Amjad yang turut menyusun serta menjaga produk
GMI.
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam n Greetings,
Satu dari episode Kempen 6 Tahun ISA,iaitu beri lencana pada ADUN
Selangor, selamat dijalankan tengahari tadi.Alhamdulillah...lega.
Asalnya, pertama kali saya jumpa MB bulan lepas,cuma nak minta bantuan
kewangan bagi mangsa ISA di selangor, tapi akhirnya jadi lebih bersejarah
pula.
Sejak pertemuan pertama dengan MB dan YB Rodziah, saya tegaskan,
kami(mangsa ISA) bukan orang yang dilahirkan dari keluarga&nb sp;miskin
atau malas kerja atau suka meminta-minta.Kami, boleh dikatakan ada
segalanya .Ada kerja yang memberi pendapatan lumayan, ada kereta, ada
rumah dsb.Hidup kami selesa .Kalau setakat bantuan RM500 sebulan, tak sama
dengan pendapatan suami kami yang jauh lebih banyak dari itu.
Tapi nak buat macam mana.Kami susah kerana ada orang lain yang di beri
gaji oleh pihak berkuasa,kerja mereka semata-mata untuk membuatkan kami
susah,kami terpisah dan rumahtangga kami jadi porak peranda.They are fully
paid dan ramai orang takut pada mereka.
(Kadang-kadang terfikir, kenapa Allah bagi izin makhluk macam itu hidup
didunia ini? Adakah supaya ada golongan lain yang akan mendakwahkan mereka
dan kembali ke pangkal jalan?Allah nak beri pahala? pada siapa?)
Namun, yang jelasnya,kerja-kerja jahat mereka tu,mesti ada usaha untuk
menghentikannya.Anda setuju dengan pendapat saya ?
If the answer is YES, then you should try to post another letter to Mentri
Dalam Negri pula. Kalau tak sanggup guna nama sendiri, guna nama samaran
pun ok, no body knows who you are!
Adakah saya ni terlalu mendesak? If Yes, maafkan saya.Saya cuma inginkan
teman yang boleh berkongsi menghentikan kerja-kerja jahat mereka dengan
cara yang paling lembut dan selamat....Itu je
Maaf zahir Bathin.
C.laila
.
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
"Oh!!! U dah fikir habis, ke?" itu sms yang saya terima dari Naz.
"Are you serious?" Nurul mengulangi ayat yang sama dua tiga kali.
Itu sekadar beberapa respon "lembut" dari beberapa orang kawan-kawan bila
di beritahu saya akan mengambil "unpaid-leave" selama 4 bulan.
Suhaib sendiri tidak tidur sepanjang malam, selepas beliau terbaca surat
permohonan cuti tanpa gaji yang perlu di serahkan pada pihak pengurusan
sekolah.
"Umi, Suhaib risaulah, kalau Umi tak kerja, sapa nak bayar rumah, kereta,
makan, bills dan lain-lain.?" sibuk dia bertanya pelbagai soalan.
"Allah kan ada....." selamba saja saya menjawab.
"Tahu...tapi, kita kena usaha, kena kerja, baru Allah beri rezki" soalnya
lagi.
" Yalah.. nanti Ummi doa ada orang bayar kerja baru Ummi ni" kataku sambil
tersenyum....
Ya, memang dilema untuk mengambil keputusan "berkempen"sepenuh masa
walaupun hanya 4 bulan.Syura dengan semua teman-teman aktivis dan
diakhiri dengan memohon ketentuan pada Allah SWT.Ini bukan sekad ar kerja
mengisi masa lapang atau kerja "part-time".Memang ramai tidak faham,
sepatutnya ada full-timer dalam kerja-kerja seperti ini.
"Orang beriman selalu syak baik sesama manusia, hingga lupa, bahawa orang
yang membuat kejahatan itu, mereka melakukannya secara sepenuh masa,
Laila, u go for it.."ini sms dari seorang teman, untuk memantapkan niat
baik saya.
Teman-teman di SUARAM menyambut keputusan saya dengan gembira. Mereka
sediakan satu meja untuk saya menyelesaikan segala urusan dan mereka
jugalah menjadi sebahagian dari jentera yang menggerakan kempen saya
selama ini.Contohnya, mereka akan pastikan setiap minggu,
sekurang-kurangnya ada sejumlah surat yang akan di pos ke destinasi yang
telah ditetapkan.....
Saya amat menghargai huluran tangan dari teman-teman di SUARAM yang
semuanya Non-Muslim,tetapi.... jauh disudut hati saya, alangkah inda hnya
jika teman-teman di NN ini, juga sama prihatin ,dengan mereka-mereka yang
belum revert itu.
Salah kah saya berperasaan seperti itu? If yes, then I'm so sorry.....
Tapi....jika anda semua setuju dengan pendapat saya, harap dapatlah luaskn
lagi kempen menandatangani surat ini, ya....
Norlaila.
p/s: Contoh surat saya sertakan....
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
"Cik gu, kami dah mulakan and now, we pass the baton to you..." itulah
kata-kata Pak Abu @ YB Saari pada akhir 2003 dulu.
Saya tak akan lupa pesanan Pak Abu tu. Cuma baton tu sekarang masih
ditangan saya, seolah-olah tak dapat nak di 'pass' pada orang
lain....atau...adakah selepas ini semua orang boleh relaks kerana ISA dah
tak ada...
....ISA would not be repealed despite pressure for the government to do
so....he (Zaid Ibrahim), Hamid Albar and Gani Patail tasked to review
certain sections of the draconian law.....Malaysiakini/22Mei
Maknanya, mereka tu rasa sikit tekanan tu? Ye lah, kami dah hantar 6000
surat di pejabat dia di Putrajaya dan jumlah yang sama ke Switzerland.
Aktivis di Switzerland dah respon pada kami, tanya macam-macam tentang
keadaan tahanan ISA di Malaysia, cuma Hamid Albar je yang masih
senyap.....
Jika anda nak tahu,semua ni adalah idea asal dari Pak Abu, sejak 2 tahun
lepas, susah payah menyusur/mencari IHRC .Selama ini kita sering mengadu
hal pada United Nation HR....rupanya dah ada orang Islam yang buat
kerja-kerja Hak Asasi ni.....selain kita-kita di Malaysia ...
Baru 6000 surat, ada bunyi nak review, jika kita dapat hantar 60000 or
100k?
Nampaknya , anda semua kenalah tolong saya tambahkan jumlah surat
tu...lagi pun lebih selamat hantar surat ke seberang laut.Tiada SB yang
nak pergi sampai ke sana untuk buka surat dan check, siapakah yang hantar
surat-surat tu...
Semoga Allah permudahkan segalanya.
C.Laila
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
Dear all,
Terimakasih pada anda semua kerana sudi membaca tulisan ini.Alhamdulillah,
saya mendapat beberapa feedback dan janji2 untuk menyertai LSM ini.
Sekadar ingin berkongsi semban g saya dengan seorang Mak Cik jual kueh
dekat Petronas, tak jauh dari rumah saya.
" Kenapa nama dia ada Marathon? "tanya seorang Mak Cik kepada saya.Saya
siapkan beberapa keping untuk dia tandatangan dan pos.
"Kita kena ajak ramai orang tandatangan surat ni...nak pujuk orang ramai,
kenalah masa lama sikit.Kalau ramai yang tandatangan, lagi baik..." jawab
saya.
" Oh...ye ke? Sepanjang hidup Mak Cik, tak pernah buat benda-benda macam
ni.." katanya sambil tersenyum.
"Kerja-kerja macam ni, kita orang Melayu memang jarang buat. ISA ni dah 48
tahun aniaya orang ramai, baru kali ni kita buat tanda tangan ramai-ramai
macam ni..." jawab saya lagi.
"Err..Bila dah pos surat ni nanti, tahanan ISA tu dah boleh terus keluar
ke???" tanya Mak Cik itu lagi dalam nada serius.
" Kalau ramai yang hantar surat, sampai ratus ribu, ....maknanya, ramai
orang yang minta mereka dibebaskan...tak mustahil mereka akan keluar
juga..." jawab saya...
Thats part of my job to share and educate the people, to be part of the
indirect campaigners....
Saya rasa anda semua, boleh membantu saya menjadikan kempen ni lebih
efektif lagi.......kan?
Hanya dapat mendoakan agar Allah sediakan satu tempat untuk anda di Syurga
Allah- Ameen.
2 b continued....InsyaAllah.
C.Laila.
p/s:Saya sertakan surat yang sama, tapi dah di murnikan oleh Bro Amer.
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
Sebelum PRU12....
"Cikgu, kalau pembangkang menang banyak kerusi, mesti semua tahanan ISA
dibebaskan..."suara calun YB PRU12.
Seminggu selepas PRU12....
"Cikgu...Alhamdulillah....5 negeri jatuh dibawah pembangkang@ Pakatan
Rakyat...tak lama lagi bebaslah semua tahanan ISA tu..." suara pengundi
B.A.
Sebulan selepas PRU12....
"Cikgu doalah banyak2, kalau ramai MP lompat kat PR, dapat je satu kerusi
lebih, kita mansuhkan ISA dan tutup Kem...tak de sapa nak duduk kat dalam
tu lagi...." kata-kata DSAI.
Ya...semua kata -kata diatas tu ada benarnya, walaupun rakyat belum faham,
ISA dipegang oleh Federal, yang sekarang ada kelebihan simple majority.
Rakyat tak faham, lagi banyak YB Pakatan Rakyat menang, lagi banyak kerja
saya dan team kena buat.Tak dinafikan, kakak2, brother2 yang dulunya
sering buat demo dengan kami, sekarang dah hampir semua jadi YB, hinggakan
bila duduk bersama mereka, tak rasa pun mereka tu YB...
Lagi ramai YB jadi ADUN dan MP, sebenarnya lagi banyak peluang untuk
mendidik rakyat tentang ISA.Sebelum ni, tak terfikir nak jumpa mana-mana
MB, tetapi selepas PRU12, hampir semua MB 5 negeri dibawah PR, kami dan
temui.Semuanya nk membantu memansuhkan ISA,Ahli Parlimen pun sama,
semuanya tak suka pada ISA.... tapi....macam biasa,kami jugalah yang mesti
memulakan segala kerja.....
Ok, sekarang saya dan team di GMI dah sediakan kerja....
Senang je, print surat ni dan buat salinan banyak2,kemudian sign dan pos
ke alamat yang tertera di surat tu. Very simple!!
Ini silent protest yang sangat berkesan, tapi kita orang Melayu@Malaysian
belum biasa buat benda2 ni.Di negara2 maju , perkara ini dah menjadi
kebiasaan,tetapi kita ni mungkin dah 50 tahun minda kita manja dan tak
suka membaca, jadi perkara2 mudah seperti ini, macam remeh pula.
Jom lah tolong kami buat kerja ni....usaha sikit, tapi pahalanya berbaloi!
InsyaAllah.
To b continued...
C.Laila
Sapa dah buat, boleh mel kat saya, berapa keping surat yang dah di pos....
===================== ========= ========= ========= ========
Salaam,
" Ummi... tadi Suhaib dah doa supaya Mahathir dan SB semua kena langgar
lori ,mata keluar dan mati cepat...." tiba-tiba Suhaib bersuara dalam
kegelapan awal subuh ,dalam perjalanan ke Taiping.Saya yang sedang memandu
ketika itu hanya menoleh sekejap ke kiri, sekadar memastikan dia tidak
bercakap seorang diri.
"Kenapa doa macam tu? Ummi tak pernah ajar pun...?" sengaja saya meneka,
sedangkan dalam hati sama setuju dengan kata-kata Suhaib.
"Ye lah...polis Mahathir ambik Abah malam-malam, dah lama sangat Suhaib
tunggu, tak balik-balik. Suhaib susah hati lah tak ada ab ah....."
kata-kata itu diucapkan beberapa bulan selepas Abahnya di bawa ke Kem
Kamunting.Pada masa itu, umur Suhaib lapan tahun lebih.
Sapa kata saya tak sedih dengar kata-kata Suhaib yang masih kecil ketika
itu....
Tiba di Kemta, sewaktu berjumpa Abahnya, dia sebut lagi lagi tentang
doanya itu.Tetapi, terperanjat kami berdua dengan jawapan Abah Suhaib.
"Tak payah doa macam itu. Kita doa supaya Allah saja yang balas setiap
perbuatan mereka itu.Kita tak boleh fikir, apakah balasan yang Allah nak
beri pada mereka tu nanti..." kami semua terdiam.
Tengahari tadi, bila terbaca kisah bekas PM keluar UMNO, tiba-tiba saya
teringat "doa' itu semula.Tentunya kami takkan melupakan bekas PM yang itu
kerana dialah yang membuat cerita dan menuduh Abah Suhaib salah seorang
dari 200 pengganas Islam dan kesannya, sistem UMNO dibawah pimpinannya,
telah meneruskan penganiayaan itu kepada kami, hingga ke hari ini. Kami
tidak akan lupa dan doa kami juga standard sejak dari 2002 hingga kini,
biarlah Allah yang membalas dengan ganjaran yang tidak terjangkau oleh
fikiran normal kami.
Kini, kami sedang melihat tayangan demi tayangan ,nasib mereka yang
tangan-tanganya digunakan untuk menganiaya kami. Filem belum tamat dan
tugasan kami juga belum berakhir...
Bagi anda semua diluar sana yang ingin berkongsi sedikit saham akhirat
mengenai perjuangan ini, harap dapat sebarkan kempen Letter Signing
Campaign,Petition-on-line dan Postcard Signing.Inilah cara termudah yang
tidak akan memberi sebarang kesan terhadap nama baik, pekerjaan , mahupun
jawatan anda.Boleh rujuk banner di Harakah daily/Malaysiakini dan Suaram
Website.
To be continued....InsyaAllah.
Send instan t messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment